space-hubble

Galaksi bergabung adalah sebuah fenomena penting yang berlaku di alam ini. Dengan mengkaji bagaimana 2 galaksi bergabung, ahli astronomi akan belajar banyak perkara mengenai proses pembentukan sesebuah galaksi.

Sebuah gambar terbaru yang dikeluarkan oleh teleskop Hubble NASA telah menunjukkan hal ini. Galaksi tersebut yang bernama NGC 6052 berada di kedudukan 230 juta tahun perjalanan cahaya dari bumi. Galaksi tersebut telah begitu lama menunjukkan sifat-sifat aneh sebelum astrofizik mendapati ia terdiri darpada 2 galaksi yang kini di peringkat terakhir ingin bergabung.

Pertembungan di antara 2 galaksi akan berlaku dengan sangat perlahan dan pada hari ini ia sangat jarang  berlaku. Proses yang berlaku pada NGC 6052 ini bahkan akan mengambil masa berjuta tahun lagi untuk bergabung.

Apabila 2 galaksi ingin bergabung, biasanya ia akan berputar di antara satu sama lain dan lama kelamaan bentuk asalnya akan mula berubah sehinggalah ia bergabung. Apabila sudah bergabung, bentuk galaksi yang baru akan sama sekali berbeza dengan bentuk mereka yang asal.

Sumber : IFLScience

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

sumber : http://www.sciencenazi.com/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.