Teknologi nirwayar menjadi lumrah hidup manusia moden dengan penggunaan meluas pada peralatan audio dan pengecasan peranti. Tetapi satu impian sejak zaman Nicola Tesla masih hidup masih belum menjadi impian sepenuhnya iaitu penghantaran kuasa kepada peralatan elektrik secara nirwayar.

Di CES 2021, firma Reasonance memperlihat prototaip televisyen yang boleh berfungsi secara nirwayar sepenuhnya. Menurut Reasonance, teknologi mereka adalah lebih baik berbanding teknologi resonan medan magnet yang dibangunkan sebelum ini. Kuasa sehingga 120W dapat dipancarkan secara nirwayar sehingga 50 cm dari pemancar kuasa.

Televisyen 40″ yang menggunakan teknologi Reasonance ini masih boleh berfungsi walaupun diletakkan 90 darjah dari pemancar. Sistem ini juga dikatakan mempunyai tahap kecekapan penggunaan kuasa mencecah 90%.

Kekurangan yang dapat dilihat ialah komponen tambahan pada belakang televisyen yang besar mengakibatkan rekaan nipis yang digunakan sekarang tidak dapat diteruskan. Pemancar kuasanya juga bersaiz besar yang memerlukan ia disorokkan dalam dinding.

Teknologi kuasa dari udara atau pemancaran elektrik secara nirwayar beberapa kali kami paparkan di Amanz. Antara berita terawal ialah Wi-Power dari Korea Selatan yang menguasakan seluruh bilik, bateri Cota Forever Battery yang tidak perlu dicas sepanjang hayat dan WattUp yang mengecas bateri telefon dari sehingga 15 kaki.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.