Televisyen Panasonic Siri FX600K Dan FX700K Adalah Televisyen Pintar Yang Anda Perlukan

Terdapat banyak televisyen pintar di pasaran, daripada variasi webOS sehinggalah variasi Android TV. Tetapi yang mana satukah pilihan yang patut anda pilih? Adakah yang menjalankan webOS ataupun Android TV?

Panasonic telah melancarkan televisyen 49″, 55″ dan 65″ baru dalam siri FX600 dan FX700. Televisyen ini menjalankan sistem operasi my Home Screen 3.0 dan turut mempunyai ciri dan fungsi sebuah televisyen pintar.

Paparan 4K HDR

Menariknya, televisyen-televisyen ini menyokong paparan 4K dan HDR. Untuk siri FX700K ia mempunyai resolusi 4K Ultra HD HDR Pro. Panel yang sama digunakan pada FX600K, tetapi siri FX700K ini mempunyai kadar segar sehingga 120Hz dan juga sudut pandangan 178 darjah.

Bagi model FX600K, ia mempunyai pilihan skrin yang sama dengan FX700K iaitu 49″, 55″ & 65″. Cuma pada siri ini menggunakan paparan 4K Ultra HD HDR dengan kadar segar 60Hz. Sudut pandangan model televisyen ini juga sama, iaitu 178 darjah dan ia mempunyai tahap kecerahan yang cukup memuaskan. Panel-panel yang digunakan pada televisyen ini adalah LED LCD+ Super Bright Panel.

Selain itu, resolusi televisyen ini adalah 3840 x 2160 dan ia menyokong peningkatan resolusi dari resolusi lain ke 4K untuk fail-fail video. Contohnya, jika anda mainkan video 1080p HD penuh televisyen ini akan meningkatkan resolusi video tadi kepada 4K.

Memperkenalkan Multi-HDR

Menonton drama atau filem yang mempunyai babak berwarna warni pasti anda akan terasa teruja kerana skrin televisyen yang cerah dan juga resolusi 4K yang memuaskan. Tetapi, anda akan menjadi terliur jika anda menonton drama atau filem yang mempunyai sokongan HDR. Ya, kedua-dua televisyen ini menyokong Multi-HDR seperti HDR10 dan HLG. Ini akan menjadikan warna pada drama/filem yang anda tonton lebih menarik, lebih cerah dan tampak realistik. Anda boleh tonton video-video HDR melalui YouTube dan juga Netflix.

Fungsi YouTube Resume

Lebih menarik, kedua-dua televisyen ini mempunyai fungsi “YouTube Resume“. Dengan fungsi ini, apabila video YouTube yang sedang ditonton dihentikan sementara, lalu pengguna mematikan televisyen – video tadi boleh terus sambung ditonton sebaik sahaja televisyen dihidupkan. Menurut Panasonic, fungsi ini hanya ada pada televisyen mereka sahaja.

Cinema Surround Menghasilkan Bunyi Lebih Baik

Kedua-dua model televisyen ini menggunakan teknologi Cinema Surround dan juga dua buah pembesar suara liputan penuh. Tetapi pada siri FX700K, sistem pembesar suara televisyen ini boleh berfungsi sebagai pembesar suara bluetooth. Jika anda tidak mahu menonton televisyen, anda boleh tambatkan peranti pintar anda kepada televisyen ini dan mainkan muzik dengan pengalaman pendengaran mengasyikkan.

Lancarkan Netflix Terus Dari Alat Kawalan Jauh

Jangan lupa, televisyen kedua-dua televisyen ini adalah televisyen pintar. Walaupun ia tidak seperti televisyen Android TV, ia mempunyai cukup kuasa untuk melancarkan aplikasi dan fail-fail media dengan lancar. Jika anda melanggan Netflix, televisyen ini mempunyai sokongan Netflix terbina dan lebih menarik alat kawalan jauh televisyen ini mempunyai butang khas Netflix.

Televisyen Pintar Dengan Pelbagai Aplikasi Terbina

Antara ciri pintar lain yang boleh digunakan pada televisyen ini adalah fungsi casting. Anda boleh menggunakan telefon pintar anda baik Android atau iOS untuk cast YouTube, Netflix atau mana-mana pemain video yang sokong terus ke televisyen. Anda turut boleh muat turun aplikasi-aplikasi web dan juga melayari web dengan televisyen ini. Tetapi fungsi casting ini menggunakan sistem Viera.

Walaupun kedua-dua siri FX600K dan FX700K ini kelihatan lebih kurang sama – siri FX700K mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Televisyen siri FX700K mempunyai rekaan yang tampak lebih premium, mempunyai saiz keseluruhan yang lebih nipis dan juga mempunyai pengurusan kabel yang akan memudahkan pengguna.

Kaki Boleh Laras Sesuai Untuk Ruang Berbeza

Bercakap mempunyai rekaan lagi, kedua-dua siri televisyen ini mempunyai kaki yang boleh dilaras. Jadi, anda tidak perlu risau untuk membeli perabot baru – kerana kaki televisyen yang boleh laras ini muat diletakkan pada kedua jenis perabot baik permukaan yang kecil atau juga yang lebih lebar.

Untuk port-port pula, pada model TH-49FX600K ia mempunyai x3 HDMI 2.0, x3 USB-A 2.0, x1 port LAN, x1 bicu audio 3.5mm. Manakala, bagi model TH-55FX700K pula, x3 port USB-A adalah (x2 USB 2.0 dan x1 USB 3.0). Kedua-dua model ini mempunyai sambungan yang cukup untuk perkakasan audio. Secara ringkasnya, televisyen ini mempunyai cukup port penyambungan untuk anda sambungkan dekoder Astro, PS4 atau juga set teater.

Dengan kehadiran televisyen ini, sekaligus ia akan membuat hari anda lebih ceria dan lebih seronok. Anda kini boleh tonton beramai-ramai tanpa sebarang isu pemandangan atau masalah suara yang tidak kuat. Jika anda berminat untuk memiliki televisyen ini anda boleh dapatkan Panasonic TH-49FX600K pada harga hanya RM3,799, manakala model TH-55FX700K pada harga RM5,899

Beli: Panasonic TH-49FX600K di laman rasmi Panasonic

Beli: Panasonic TH-55FX700K di laman rasmi Panasonic

Penafian: Advertorial Dari Panasonic

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.