Bulan September tahun lepas, Google telah melancarkan Android TV berasaskan Android 11. Tetapi, masih tiada lagi televisyen pintar atau peranti menjalankan sistem operasi ini. Malahan, Chromecast With Google TV juga masih menjalankan Android TV versi Android 10. Tetapi tahun 2021 ini adalah tahun di mana orang ramai tidak sabar untuk menikmati Google TV.

TCL Announces its Google TV Launch at CES2021 to Offer Very Best Content with Superb Viewing Experience

Google TV adalah pelancar baharu yang memberikan pengalaman penggunaan Android TV yang menyeronokkan. Walaupun Google katakan ia terhad kepada Chromecast, Sony dan TCL sudah hadir dengan televisyen Google TV mereka di acara CES 2021. Terkini, TCL dilaporkan akan mengemaskini perisian televisyen Android TV mereka model tahun 2019 dan 2020 dengan Android TV 11.

Tetapi sayang sekali, TCL masih tidak dapat menjanjikan sama ada model televisyen ini akan menerima pelancar Google TV atau tidak. Produk Google TV TCL yang disahkan hanya untuk model 2021. Tetapi jika tahun ini televisyen Android TV sudah boleh menerima Google TV, berkemungkinan besar pengguna tidak perlu tunggu sampai tahun 2022 untuk menikmatinya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.