Televisyen Pintar Nokia Dilancarkan – 55-Inci 4K UHD & Sistem Audio Dari JBL

Jika anda mengikuti perkembangan produk-produk Nokia, sejak November lagi mereka telah bercadang untuk lancarkan televisyen tersendiri. Televisyen ini adalah khusus untuk pasaran India melalui Flipkart yang telah menandatangani perjanjian bersama Nokia. Hujung November, televisyen ini telah tertiris dan hari ini Nokia secara rasmi telah melancarkan televisyen mereka.

Televisyen Nokia ini adalah televisyen pintar dan ia menggunakan skrin bersaiz 55-inci dengan resolusi 4K UHD yang mempunyai kecerahan sehingga 400 nit. Panel skrin yang digunakan adalah jenis LED, namun tidak jelas jika ianya adalah OLED atau QLED. Sistem audio adalah daripada JBL dengan pembesar suara 24w terbina. Pembesar suara ini dioptimasikan dengan DTS TruSurround dan Dolby Audio. Sistem operasi adalah Android TV berasaskan Android Pie dengan sokongan Play Store dan juga Google Assistant untuk arahan suara.

Televisyen ini dijana dengan cip pemprosesan empat-teras yang dipadankan dengan memori 2.25GB RAM dan storan dalaman 16GB. Untuk port sambungan, ia mempunyai 3x port HDMI, 2x port USB-A (1x 2.0 dan 1x 3.0) dan mempunyai sambungan WiFi serta Bluetooth 5.0. Televisyen terhad di India sahaja dan dijual di Flipkart pada harga Rs. 41,999, iaitu sekitar RM2456.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.