Pada tahun lepas, Samsung mula mengedarkan sokongan AirPlay 2 mereka kepada beberapa televisyen pintar Samsung. Ini adalah bagi menambah pelanggan Apple TV+. AirPlay 2 yang dilancarkan pada Januari tahun lalu adalah eksklusif untuk produk-produk Apple sahaja. Dengan pengenalan AirPlay 2 kepada televisyen pintar Samsung, aplikasi Apple TV turut boleh dimuat turun.

Terkini, Apple akan membenarkan pula pengguna televisyen ini memuat turun aplikasi Apple Music. Ini adalah pertama kali aplikasi Apple Music diperkenalkan untuk sesebuah televisyen pintar selain dari kotak set Apple TV. Walau bagaimanapun, seperti sokongan AirPlay 2 dan Apple TV – hanya televisyen-televisyen pintar Samsung model tahun 2018 ke atas sahaja akan menyokongnya.

AirPlay 2 adalah jawapan Apple kepada Google Chromecast. Ia adalah fungsi melontar skrin atau kandungan dari telefon pintar atau tablet ke peranti lain.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.