TechSemut Malaysia

Tempah AirAsia online, app dan dapat diskaun perjalanan

Tempah AirAsia online, app dan dapat diskaun perjalanan

Ogos 01
21:15 2018
Share Button

Ahli AirAsia BIG kini boleh menikmati lebih keistimewaan termasuk diskaun segera apabila mereka menempah penerbangan terus di laman web airasia.com atau melalui aplikasi AirAsia.

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata, Kemudahan tetamu amat penting bagi syarikatnya justeru AirAsia terus menyahut cabaran untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Ahli AirAsia BIG akan menikmati keistimewaan perjalanan eksklusif seperti diskaun segera untuk semua penerbangan yang nikmati diskaun RM10 untuk penerbangan pergi balik atau diskaun RM5 untuk perjalanan sehala untuk semua tempahan baharu yang dibuat di airasia.com atau melalui aplikasi AirAsia. Diskaun ini tersedia untuk semua penerbangan serta tambang promosi.

Selain dapat menikmati tawaran penerbangan terbaik ke lebih 130 destinasi dan mempunyai keutamaan tempahan untuk promosi, para ahli kini boleh menggunakan mata ganjaran AirAsia BIG mereka untuk membayar penerbangan dan produk tambahan seperti tempat duduk, hidangan, bagasi dan banyak lagi. Akan tetapi, mata ganjaran AirAsia BIG tidak boleh ditebus untuk membayar cukai, yuran dan caj.

Nikmati tambang rendah dengan ciri pembayaran ‘BigClick’ yang menyediakan pembayaran lebih pantas dan mudah untuk semua pembelian. Para tetamu tidak perlu lagi memasukkan semula butiran kad mereka untuk setiap pembayaran kerana ‘BigClick’ boleh menyimpan maklumat kad kredit dan debit mereka dengan selamat. Simpan butiran kad anda sekarang dan dapatkan 100 mata ganjaran AirAsia BIG.

Para ahli kini boleh menggunakan ciri ‘Low-Fare Finder’ untuk mencari tambang termasuk semua terendah. Tambang terendah akan dipaparkan dengan warna hijau apabila mereka memilih tarikh perjalanan yang dikehendaki.

Terlupa untuk menempah hidangan atau bagasi tambahan setelah membuat pembayaran? Jangan risau kerana urusan penerbangan akan datang dan produk tambahan boleh dibuat dengan mudah melalui pautan ‘Tempahan Saya’. Jangan lupa untuk membuat pra-tempahan untuk menikmati penjimatan yang lebih baik!

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com