Berita Menarik

Tenaga Nasional Membangunkan Projek Solar Berskala Besar – Mampu Menjana Tenaga Sebanyak 50MW

Pembaca : 8
0 0

Melalui sebuah kicauan Twitter semalam, Tenaga Nasional mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan sebuah projek solar berskala besar (Large Scale Solar).

Menurut Tenaga Nasional, projek solar tersebut ialah sebahagian daripada usaha syarikat tersebut untuk membangunkan sistem tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy) di Malaysia.

Projek solar ini sedang dibangunkan di Kuala Langat, dan walaupun keluasan kawasan yang digunakan tidak diberitahu, Tenaga Nasional mengatakan bahawa ia adalah ladang solar yang terbesar di negara ini, dan ia mampu menjana kuasa sebanyak 50MW apabila ia berfungsi pada kapasiti penuh.

Adakah ini titik permulaan dimana Tenaga Nasional akan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar dan angin? Apa-apa pun, ini adalah sebuah projek yang cukup mengujakan kerana seluruh dunia sudahpun mula beralih daripada kebergantungan kepada tenaga gas dan arang.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.