Riot Games sebelum ini telah dilaporkan memfailkan saman ke atas permua Mobile Legends kerana dikatakan meniru pelbagai elemen daripada permainan League of Legends.

Walaubagaimanapun, kes awal ditamatkan kerana pelabur Riot Games turut memfailkan saman ke atas permua Mobile Legends.

Mobile Legends vs Riot Games

Melalui apa yang dilaporkan DotEsports, Tencent memenangi kes berkenaan, dan pembangun Mobile Legends diarahkan membayar sebanyak RMB19.4 juta (~sekitar RM11 juta) kepada Tencent Holdings.

Pada saman pertama yang difailkan Riot Games terhadap Moonton, ia memperlihatkan pelbagai perbandingan antara League of Legends dan Mobile Legends – yang mana memperlihatkan terdapat elemen watak, kuasa dalam permainan, malah peta permainan yang menyerupai permainan League of Legends.

Ia dikatakan Tencent melalui permainan Arena of Valor turut akan memfailkan saman tambahan terhadap penerbit permua Mobile Legends.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.