KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu mengenal pasti dua lokasi iaitu Kampung Ladang, Kuala Terengganu; dan Kampung Telaga Papan, Setiu; untuk dibangunkan sebagai Hab Digital tidak lama lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pembangunan hab itu di kawasan Ladang akan dijalankan dalam tempoh tiga bulan menerusi peruntukan RM17 juta daripada Kementerian Kewangan.

Ahmad Razif berkata Hab Digital berkonsepkan teknologi maklumat percuma itu juga dapat akan menjadi pusat sehenti kepada usahawan dalam talian seluruh negeri ini.

Jelasnya Hab Digital di Kampung Ladang itu juga akan beroperasi di bangunan milik kerajaan negeri dan proses pengubahsuaian kedai akan mengambil masa tiga bulan sebelum beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan depan.

Beliau berkata selepas Program Wacana Intelektual Transformasi Terengganu Baharu ke arah Transformasi Nasional 2050 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, malam tadi.

Sumber : BERNAMA

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.