Siri Samsung Galaxy Note 20 akan dilancarkan pada 5 Ogos kelak. Ia adalah peranti mercu seterusnya daripada Samsung selapas siri Galaxy S20. Ia turut akan dijana Exynos 990, yang mana besar kemungkinan adalah variasi untuk pasaran Malaysia.

Ura-ura mengatakan yang peranti ini akan menggunakan skrin 60Hz sahaja dan dan reso 1080p, tetapi itu adalah pada Note 20 biasa. Terkini, untuk Note 20 Ultra ia akan menyertakan sokongan skrin kadar segar semula boleh suai dari 60Hz ke 120Hz. Akan tetapi, tangakapan skrin yang tertiris mencadangkan tiada sokongan ini untuk resolusi QHD+ dan terhad kepada 60Hz sahaja.

Ini adalah satu ciri menarik bagi sebuah peranti mercu. Kerana kadar segar semula tinggi pada skrin peranti akan memberikan pengalaman menyentuh yang baik dan prestasi animasi yang lancar.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.