Tesis PhD dan Kerusi Roda Stephen Hawking dilelong RM4.8 Juta

Kerusi roda bermotor yang digunakan oleh saintis fizik British mendiang Stephen Hawking dijual pada hari Khamis pada nilai hampir £300,000 pound (RM1.635 juta) untuk tujuan amal.

Terkenal kerana karyanya menerokai asal-usul alam semesta, Hawking meninggal  dunia pada bulan Mac pada usia 76 tahun setelah menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan penyakit neuron motor.

[BACA; Siapa Bakal Pengganti Stephen Hawking?] 

Antara barang-barangnya termasuk esei, pingat, anugerah dan satu salinan bukunya “Brief History of Time” yang ditandatangani dengan cap jari, dijual melalui talian semalam, bersama surat dan manuskrip milik Isaac Newton, Charles Darwin dan Albert Einstein.


Tesis PhD 117 halaman Hawking Properties of Expanding Universes,” dari tahun 1965 dijual dengan harga £584,750 (RM3.187 juta), jauh lebih tinggi daripada anggaran sehingga £150,000.

Pingat dan anugerah dijual dengan harga £296,750, berbanding dengan anggaran £15,000, sementara kerusi roda merah bermotor dijual dengan harga £296,750, juga dibandingkan dengan anggaran £15,000.

Rumah lelongan Christie telah menjalankan sembilan hari lelongan dalam talian yang disebut “On the Shoulders of Giants” untuk mendapatkan dana untuk Yayasan Stephen Hawking dan Persatuan Penyakit Neuron Motor.

Ia juga menawarkan peminat ahli fizik itu, yang dikenali menggunakan voice synthesiser, peluang unuk membeli beberapa harta miliknya.

“Stephen Hawking adalah personaliti besar di seluruh dunia. Dia memiliki kemampuan untuk berhubung dengan orang ramai,” kata Thomas Venning, Ketua Jabatan Buku dan Manuskrip Christie London, kepada Reuters menjelang acara lelongan itu.

Sumber- Reuters

344total visits,344visits today

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.