Tesla Bakal Hadir Dengan Kemampuan Memainkan Perkhidmatan Penstriman Dalam Kenderaan

Jika sebelum ini Tesla hadir dengan kemampuan untuk memainkan permainan video didalam kenderaan apabila ia sedang dicas, nampaknya Tesla akan memperkenalkan satu lagi ciri baru yang menggunakan paparan skrin besarnya.

Melalui satu siri kicauan, Elon Musk berkata bahawa kebolehan memainkan perkhidmatan penstriman video YouTube dan Netflix bakal hadir pada kenderaan-kenderaan Tesla tidak lama lagi.

Elon Musk mengatakan lagi bahawa pengalaman menggunakan perkhidmatan penstriman tersebut didalam Tesla adalah sangat baik kerana semua kereta Tesla hadir dengan tempat duduk yang selesa dan juga sistem pembesar suara yang berkualiti tinggi, disamping paparan skrin yang cukup besar.

Walaupun begitu, Elon Musk berkata bahawa buat masa ini, perkhidmatan YouTube dan Netflix hanya boleh diakses apabila kenderaan-kenderaan Tesla berada dalam keadaan pegun. Ini mungkin akan berubah apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat membenarkan teknologi swapandu digunakan oleh orang ramai di jalan raya.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.