Tesla hari ini mengumumkan mereka telah membeli Bitcoin bernilai $1.5 bilion, iaitu sekitar RM6.1 bilion mengikut kadar tukaran mata wang semasa. Hal ini sekaligus membawa kepada peningkatan harga semasa Bitcoin dengan drastik.

Tesla mengatakan mereka membeli Bitcoin dalam usaha untuk menawarkan lebih fleksibiliti dan memaksimakan pulangan terhadap pegangan tunai mereka.

Pada masa yang sama, Tesla turut mengatakan mereka akan mula menerima Bitcoin sebagai medium pembayaran untuk pembelian produk keluaran mereka.

Pengumuman rasmi daripada Tesla ini hadir selepas Elon Musk sendiri mula mempromosikan Bitcoin melalui laman sosial, dan turut mengatakan beliau percaya Bitcoin adalah suatu yang baik, serta menyokongnya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.