Tesla Membeli Syarikat Pembangun Kecerdasan Buatan DeepScale Untuk Menaiktarafkan Sistem Swapandu Mereka

Elon Musk, pengasas syarikat kenderaan elektrik dan swapandu Tesla, mempunyai visi untuk menghasilkan kenderaan swapandu menjelang 2023 dan membangunkan barisan teksi swapandu yang boleh digunakan di seluruh Amerika Syarikat.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Tesla telah mengambil-alih syarikat pembangun teknologi kecerdasan buatan DeepScale untuk menambahbaikkan teknologi kecerdasan buatan mereka sendiri.

DeepScale ialah sebuah syarikat startup yang terkenal untuk menggabungkan sensor dan cip pemprosesan kos rendah dengan sistem kecerdasan buatan mereka sendiri, dan gabungan ini biasanya digunakan untuk tujuan membina kenderaan swapandu.

Dengan pengambil-alihan ini, Tesla dilihat mahu menyegerakan pembangunan teknologi swapandu mereka, disamping menambahkan jumlah jurutera kecerdasan buatan didalam syarikat mereka.

Kenderaan-kenderaan swapandu Tesla kini berada pada tahap Level 2, dan matlamat akhir mereka adalah untuk membangunkan kenderaan swapandu tahap Level 4, dimana kenderaan tersebut tidak perlu sebarang kawalan daripada manusia.

Pengambilalihan ini boleh dikatakan sahih kerana pengasas DeepScale, Forrest Iandola telah mengeluarkan kenyataan di akaun Twitternya dan mengatakan bahawa beliau telah menukar tempat pekerjaan di profil LinkedIn ke Tesla.

Adakah ini bermakna kita akan dapat melihat kenderaan swapandu Tesla yang benar-benar tidak memerlukan input dari pengguna? Sama-sama kita tunggu.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.