Tesla Memperlihatkan Kebolehan Brek Automatik Untuk Mengelakkan Kereta Melanggar Orang Awam

Tesla pada sebelum ini telah sedia hadir dengan sistem automated emergency braking (AEB) untuk kebolehan brek automatik dalam mod pemanduan swapandu. Tesla nampaknya ingin menambah baik sistem AEB ini, dengan memperlihatkan sejumlah pembaharuan yang akan hadir pada teknologi ini.

Antara pembaharuan yang dapat dilihat ialah kenderaan Tesla kelak dapat diberhentikan secara automatik apabila ia mengesan orang awam di hadapan. Ia sangat berguna pada lokasi yang sibuk, kerana pemandu sukar menjangkakan individu yang sedang berjalan pada berlainan arah.

Selain daripada orang awam, ia juga dapat mengesan penunggang motosikal walaupun ketika di waktu malam. Melalui video yang dikongsikan oleh Tesla, kereta dapat diberhentikan sebaik sahaja ia menghampiri motosikal di hadapan kenderaan.

Tesla memperlihatkan kebolehan ini dalam meraikan kejayaan Tesla Model 3, yang mana berjaya meraih skor NCAP tertinggi bagi teknologi ‘Safety Assist’. Ia sebuah kebolehan yang selamat dan menarik, namun tidak diketahui bilakah ia akan ditawarkan kepada pengguna.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.