Tesla Mengemaskini Bateri Mereka – Kurang Kobalt & Lebih Kuasa

Antara inovasi yang Tesla cipta adalah bateri mereka yang tersendiri. Bateri yang dicipta mereka ini memberi kuasa kepada kereta-kereta elektrik mereka dan juga panel kuasa Powerwall untuk digunakan bersama tenaga solar di rumah sebagai sumber kuasa.

Terkini, bateri Tesla ini telah dikemaskini penggunaan kobalt yang lebih rendah iaitu 20%. Ia adalah 2 kali lebih rendah berbanding sebelum ini. Secara tidak langsung menjadikan kos pembuatan lebih rendah dan memberi kepadatan tenaga yang lebih. Bateri ini menggunakan katod “single crystal” NMC 532 dan sejenis elektrolit baharu yang telah Tesla patenkan. Jenis bateri pula adalah Li-ion. Kitaran bateri baharu ini dikatakan adalah sehingga 4000 kitaran. Seperti sebelum ini, sel bateri yang digunakan dihasilkan oleh Panasonic tetapi rekaan adalah dari Tesla.

Kelak, Tesla akan menghasilkan sek bateri mereka sendiri pula. Terdapat projek rahsia yang digelar Roadrunner menguji sel-sel bateri baharu ini. Jika projek sel bateri tersendiri mereka ini berjaya, Tesla akan mula menggunakan bateri buatan mereka 100% pada kereta dan produk-produk kuasa mereka lain seperrti Powerwall, Po werpack, atau Megapack.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*