Pepatah Inggeris ada mengatakan jangan membawa pisau di dalam gelanggang pertarungan pistol. Ia boleh digunapakai di dalam arena e-sukan di mana “senjata” yang terbaik adalah perlu bagi mengalahkan musuh. Tetikus Cooler Master MasterMouse Pro L RGB direka bagi memberikan kelebihan kepada pengguna ketika bertarung di dalam arena permainan komputer.

Ia boleh dilaraskan dengan keperincian di dalam julat 400-12000 DPI. Terdapat lapan butang yang boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai makro. Pada waktu yang sama terdapat dua set butang klik utama dan panel sisi yang boleh ditukar ganti mengikut keperluan pengguna.

Sistem lampu RGB yang digunakan menyokong paparan 16.7 Juta warna. Akhir sekali kesemua konfigurasi pengguna dapat disimpan terus ke dalam tetikus. MasterMouse Pro L RGB dijual di Malaysia pada harga RM 249 sebuah.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.