TechSemut Malaysia

Tetikus Logitech G304 Lightspeed Dilancarkan Pada Harga RM199

Tetikus Logitech G304 Lightspeed Dilancarkan Pada Harga RM199

Tetikus Logitech G304 Lightspeed Dilancarkan Pada Harga RM199
Jun 11
04:40 2018

Tetikus tanpa wayar mengurangkan keserabutan pada meja kerja. Logitech telah melancarkan tetikus tanpa wayar terkini mereka G304 Lightspeed dengan ketahanan bateri sehingga sembilan bulan walaupun hanya menggunakan satu bateri bersaiz AA.

Tetikus tanpa wayar ini menggunakan sensor HERO yang mempunyai tahap kepekaan sehingga 12000 DPI dan tahap ketepatan sehingga 400 IPS. Pada mod prestasi, G304 mempunyai hayat bateri sehingga 250 jam. Tetapi di dalam mod ketahanan, bateri ini boleh bertahan sehingga sembilan bulan. Walaupun ia sebuah tetikus tanpa wayar berbateri, ia masih ringan iaitu sekitar 99 gram.

Pada waktu yang sama butang pada tetikus diuji untuk bertahan sehingga 10 juta klik dan sensor pula bergerak sehingga 250 kilometer. Di Malaysia Logitech G304 Lightspeed akan dijual di Malaysia pada buklan Julai dengan harga RM 199 sebuah

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com