20

Tajuk AAA terbesar dari Sony tahun ini akan mendapat beberapa perubahan pada tarikh pelancarannya. Ini melibatkan dua tajuk iaitu The Last Of Us Part II, yang dimana ditunda beberapakali sehingga tiada tarikh pelancaran, dan juga permainan dibangunkan oleh Sucker Punch, Ghost Of Tsushima.

The Last Of Us Part II kini mempunyai tarikh pelancaran, iaitu 19hb Jun pada platform PS4, mengikut dari kiriman terkini di Playstation Blog, oleh Ketua SIE Wordlwide Studios, Herman Hulst.

Manakala, untuk Ghost Of Tsushima, akan dilancarkan pada 17hb Julai, penukaran dari tarikh asalnya, 26hb Jun.

Pengumuman ini amat menarik atas kerana beberapa plot jalan cerita The Last Of Us Part II telahpun tertiris didalam internet. Jikalau anda ingin mengelakkan spoiler tersebut, anda perlu berhati-hati terhadap kandungan di internet buat masa sekarang.

Sumber: Playstation Blog via Gamer Matters

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.