Jangan terkejut dengan permainan hampir 6 tahun dari tarikh pelancaran asalnya masih lagi relevan didalam industri. Ianya bukanlah permainan kompetitif seperti CS:GO ataupun Dota, namun permainan simulator oleh Maxis, The Sims 4.

Baru-baru ini, EA mengeluarkan statistik mengenai jualan The Sims 4 melonjak semula sehingga 2.5 juta unit terjual dalam masa 2 bulan. Dengan lonjakan tersebut, jumlah pengguna aktif dalam satu masa juga naik mendadak kepada 10 juta sebulan.

Rekod ini dibantu dengan kembalinya penjualan permainan EA didalam Steam awal bulan lalu, selepas beberapa tahun penjualan permainannya secara eksklusif didalam platform mereka sendiri, Origin.

Dengan penjualannya di Steam (melalui matawang Ringgit Malaysia) dan kesemua 32 DLC tersedia, adakah ianya berbaloi dibeli? Rakan kami di Gamer Matters juga pernah memberi pendapat adakah permainan The Sims 4 masih lagi relevan pada tahun 2020 atau tidak.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.