TechSemut Malaysia

Thermaltake View 27 – Ruang Tetingkap Yang Besar Untuk Menunjukan Perkakasan PC Anda

Thermaltake View 27 – Ruang Tetingkap Yang Besar Untuk Menunjukan Perkakasan PC Anda

Thermaltake View 27 – Ruang Tetingkap Yang Besar Untuk Menunjukan Perkakasan PC Anda
Januari 26
15:25 2017

Thermaltake telah melancarkan mid-tower ATX PC case yang baharu yang mempunyai ciri-ciri yang menarik, panel tetingkap besar yang merangkumi bahagian tepi dan atas casing PC, yang diberi nama Thermaltake View 27.

thermaltake-view27-4_674_8fc3d

Tetapi, rekabentuk seperti ini bukan baru. Mengambil reka bentuk dari casing EKWB Vulture mini-ITX , Thermaltake View 27 mempunyai reka bentuk panel sisi / atas yang sama. Panel tetingkap yang besar ini pasti menarik perhatian kepada modders dan pengguna PC yang mahu menunjukkan perkakasan PC mereka.

thermaltake-view27-2_674_da5d4

thermaltake-view27-3_674_77694Walaupun Thermaltake View 27 panel kaca yang sangat menarik kepada modders yang mahu menunjukkan kemahiran memasang PC mereka, ini bermakna bahagian atas dan tepi casing ini tidak dapat diletakkan kipas untuk pengudaraan yang cukup. Untuk memastikan casing ini boleh mendapat pengudaraan yang cukup, Thermaltake tidak mempunyai ruang pemacu luaran. Seluruh hadapan casing tersebut diduduki oleh tiga kipas 120mm. Atau memasang radiator sehingga 360mm panjang. Casing ini juga mempunyai kipas 120mm di bahagian bawah ruang bekalan kuasa, dan juga 120mm di belakang.

r_600x450Dari penggunaan panel kaca sisi ini, satu lagi cara untuk menunjukkan (dalam erti kata lain, berlagak) perkakasan anda, ialah dengan pemasangan kad grafik anda 90 darjah dari kedudukan asal dengan menggunakan PCI-Express riser cable. Tambah pula dengan penyejukan cecair dengan kelengkapan penyejukan air Thermaltake RGB baharu , dan anda akan mempunyai sebuah PC yang akan menjadi sumber insprasi (atau jealousy) para modders yang lain.

Thermaltake tidak mendedahkan lagi apa-apa maklumat mengenai harga atau tarikh pelancaran tetapi, mudah-mudahan kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.

thermaltake-view27-1_674_b28ae

sumber : http://techoais.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com