Berita Menarik

Tiada Lagi Bayaran Deposit Dikenakan Untuk Menggunakan Mobike Di China

Pembaca : 9
0 0

Perkhidmatan perkongsian basikal di Malaysia kini masih di skala kecil. Terdapat banyak masalah dilaporkan seperti basikal yang tidak diletakkan kembali dengan sempurna dan ada juga yang dicuri. Di China persaingan perkhidmatan perkongsian basikal ini semakin hangat. Bagi kekal kompetitif, Mobike yang menawarkan perkongsian basikal ini tidak lagi memerlukan pengguna meletakkan deposit untuk menggunakan perkhidmatan.

Langkah ini diambil sebagai cara untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan berbanding pesaing mereka Ofo yang menerima dana dari Ali Baba. Di China terdapat 200 juta pengguna Mobike. Sebelum ini mereka perlu meletakkan deposit sebanyak RMB 299 (~RM 182). Di Malaysia basikal Mobike boleh digunakan di Setia Alam dan Cyberjaya selepas pengguna meletakkan deposit sebanyak RM 99 seorang.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.