Aeroangkasa

Penjantinaan Anak Ayam Menggunakan Kaedah Reaksi Rantai Polimerase (PCR) @MudahnyaBacaJurnal

Mac 29, 2017 0

Dr. Jayaraj Vijaya Kumaran (Google Scholar) Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan Berikut merupakan ringkasan jurnal En. Richard The Swee Aun dan penulis sendiri berjudul ‘Gender Identification of Domesticated Chicken Using a- PCR Based Method’ yang diterbitkan dalam Pertanika J. Trop. Agric. Sci. 33 (2): 329 – 336 pada tahun 2010. Jurnal boleh dimuat turun […]

Tentera Laut Ikan Lumba-lumba

Mac 27, 2017 0

Oleh: Nur Zafirah Binti Zapri Mahasiswa Sains Marin Universiti Malaysia Terengganu Tentera biasanya memakai uniform, dilengkapi senjata api, peluru berpandu dan kapal perang. Tetapi cuba anda bayangkan bagaimana pula jika ikan lumba-lumba menjadi tentera laut? Kita semua tahu, bahawa mamalia ini ialah haiwan ciptaan Tuhan yang comel dan istimewa. Bermain sesama sendiri dan ‘bersosial’ menjadi […]

Spora Bakteria: Menghurai Misteri Keracunan Makanan Dalam Nasi

Mac 24, 2017 0

Oleh: Amin Rukaini Bin Mustafa Penuntut Ijazah Doktor Falsafah (Biotechnology), Molecular Microbiology Group, Department of Chemical Engineering and Biotechnology, University of Cambridge, United Kingdom.   Pemahaman mengenai keracunan makanan berpunca daripada nasi jarang-jarang diceritakan secara umum. Mungkin kerana kurang penekanan oleh pihak media, mahupun kurang kesedaran dari sudut saintifik di kalangan kita. Disebabkan kelopongan ini, […]

Pemenang Hadiah Abel 2017: Yves Meyer

Mac 23, 2017 0

Yves Meyer, seorang ahli matematik Perancis, telah diisytiharkan semalam sebagai pemenang Hadiah Abel 2017 di atas peranan pentingnya di dalam pembangunan teori gelombang kecil (wavelet), suatu teori matematik yang sering digunapakai dalam pemampatan data (data compression), pengimejan perubatan (medical imaging) dan pengesanan gelombang graviti (gravitational wave). Meyer, yang kini berusia 77 tahun, akan menerima hadiah sejumlah […]

#TanyaSaintis – Apakah Keradioaktifan?

Mac 23, 2017 0

Soalan: Apa itu Keradioaktifan?  – Harith, SKPBD(2) Merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, keradioaktifan bermaksud, “sifat nuklid yang secara spontan memancarkan sinaran yang mengion”. Oleh itu, persoalan seterusnya timbul. Apakah itu nuklid? Apakah itu pula sinaran mengion? Sifat nuklid apakah yang menyebabkan sinaran tersebut? Nuklid ialah sesuatu atom yang dicirikan oleh nombor atom, nombor jisim […]

Pengaruh Oksigen Terlarut Terhadap Hidupan Akuatik

Mac 22, 2017 0

Oleh: Dr Mohamad Faiz Mohd Amin Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan. ‘Oksigen terlarut’ adalah kadar gas Oksigen (O2) yang terlarut dalam cecair.  Oksigen terlarut terhasil dan memasuki air melalui udara yang terdapat di sekitar permukaan air, melalui pengudaraan disebabkan oleh pergerakan pantas (arus air), dan juga hasil daripada proses fotosintesis tumbuhan […]

Penumpang Dilarang Membawa Peralatan Elektronik Di dalam Penerbangan Ke Amerika Syarikat Kerana Ancaman Keganasan

Mac 21, 2017 0

Ancaman keganasan mula dipandang berat selepas insiden 11 September 2001. Sejak dari hari hitam ini kawalan keselamatan di lapangan terbang meningkat dengan mendadak. Kami sendiri secara peribadi telah “diraba” pegawai keselamatan di lapangan terbang Amerika Syarikat atas tujuan keselamatan Terkini penumpang dari 13 lapangan terbang antarabangsa dinasihatkan supaya tidak membawa sebarang peralatan elektronik di dalam […]

Kanak-kanak Perlukan Kuman, Bukan Antibiotik Untuk Membina Imunisasi Badan

Mac 21, 2017 0

Oleh: Mej (Dr.) Rosedarina Nordin Pegawai Perubatan, Jabatan Pediatrik Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Mencuci tangan adalah penting, khususnya pada musim jangkitan selsema atau lebih-lebih lagi selepas kita melawat orang sakit di hospital. Tetapi ada sesetengah kita terlalu menitikberatkan kebersihan hingga tahap keterlaluan. Kajian menunjukkan dengan menghapuskan kuman dengan gel anti-septik, sabun antibakteria dan penggunaan […]

Penuntut Malaysia Menang Pingat Emas Pertandingan Sains di Parlimen Britain

Mac 18, 2017 0

Oleh : Afiq Asri LONDON– Isnin lalu, seorang pelajar PhD dari Malaysia telah memenangi pingat emas bagi kategori Kimia di pertandingan STEM for Britain, yang diadakan di Parlimen United Kingdom. Di pertandingan tersebut, beliau telah membentangkan hasil penyelidikan beliau dalam laras bahasa yang mudah difahami golongan bukan saintis, dan disampaikan kepada ahli politik dan warga […]

Kepentingan Penyimpanan Ubatan Farmaseutikal Dengan Cara Yang Betul

Mac 14, 2017 0

Oleh: Amirah Mohd Gazzali, B.Pharm, PhD Pensyarah (Teknologi Farmaseutik), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Pengenalan Ubatan, atau drug dalam Bahasa Inggeris merupakan bahan aktif yang mampu memberikan kesan kepada sistem biologi badan. Bahan aktif ini setelah diformulasikan dalam produk tertentu, dan perlu disimpan dalam keadaan yang sesuai untuk memastikan produk tersebut kekal optimum, stabil dan […]

1 43 44 45 46 47 49