Automotif

MPAJ Hadir Dengan Aplikasi Khusus Untuk Memudahkan Pengguna Membayar Parkir

April 26, 2017 0

Majlis Perbandaran Ampang Jaya menguruskan sekitar 14,000 petak parkir, dan kini dalam usaha memudahkan pengguna membuat pembayaran dan menyemak status pembayaran mereka, MPAJ telah melancarkan sebuah aplikasi khusus dinamakan MPAJ Parking. Melalui aplikasi MPAJ Parking, pengguna boleh membuat pembayaran kotak parkir terus melaluinya, selain turut menyemak masa baki untuk tempoh letak kenderaan yang telah dibayar. […]

Uber Merancang Untuk Menguji Kereta Terbang Dalam Tempoh 3 Tahun

April 25, 2017 0

Uber Technologies yang sedia popular sebagai aplikasi untuk membuat tempahan pengangkutan ke destinasi, kini turut merancang untuk mengoperasikan rangkaian kereta terbang. Berkongsi hari ini, mereka menyasarkan untuk menguji kenderaan boleh terbang di Dubai dan Dallas menjelang 2020 kelak. Untuk tujuan ini, Uber akan bekerjasama dengan syarikat pengeluar kenderaan terbang dan juga hartanah, termasuk rangkaian pengecasan […]

Perkhidmatan Perkongsian Basikal, oBike Hadir Ke Malaysia – RM1 Untuk 15 Minit

April 21, 2017 0

Sekiranya anda ke beberapa negara berhampiran, termasuk Singapura, China dan sebagainya, perkhidmatan perkongsian basikal semakin popular – dimana pengguna boleh membuat tempahan untuk menggunakan basikal terus melalui suatu aplikasi, mendapatkan kod untuk mengakses basikal berkenaan, dan menunggang ia kemana-mana serta meninggalkannya. Ia seterusnya akan diikuti oleh pengguna lain sekaligus mempromosikan gaya hidup yang sihat, dan […]

(Konsep) CityHawk – Sebuah Lagi Rekaan Kereta Terbang

April 18, 2017 0

Kereta terbang sepatutnya digunakan secara meluas sejak 2015 sekiranya anda menonton siri filem Back To The Future. Tetapi sehingga kini kereta terbang yang dijual secara komersial masih belum dapat dilihat melintasi ruang udara secara bebas. CityHawk ialah sebuah lagi konsep kereta terbang yang dihasilkan oleh Urban Aeronautics. Dua buah kipas digunakan untuk memberikan tujuhan terbang. […]

Ujian Menggunakan Aplikasi GPS Bakal Diberikan Kepada Pemohon Lesen Memandu Di UK

April 15, 2017 0

Penggunaan sistem seperti Garmin, Google Maps dan Waze adalah perlu sekiranya anda memandu di kota besar seperti Kuala Lumpur. Ini adalah bagi memastikan anda tidak akan terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Malang sekali sistem GPS juga boleh mengakibatkan kemalangan kerana pemandu terganggu dengan paparan peta atau gagal mematuhi arahan dengan tepat. Di United Kingdom […]

Lincoln Chauffeur – Perkhidmatan Menyewa Drebar Ditawarkan Di Amerika Syarikat

April 13, 2017 0

Perkhidmatan perkongsian kereta seperti Uber dan Grab menerima sambutan yang baik di Malaysia sungguhpun mendapat bantahan dari pemandu teksi. Menjadi penumpang di dalam kenderaan memang lebih selesa berbanding memandu sendiri tetapi adalah lebih selesa sekiranya di dalam kenderaan milik peribadi. Di Amerika Syarikat perkhidmatan Lincoln Chauffeur ditawarkan di mana pemilik kenderaan boleh menyewa drebar peribadi. […]

Grab Memperluaskan Perkhidmatan Ke Langkawi, Kota Bahru, Kuala Terengganu Dan Miri

April 12, 2017 0

Uber sebelum ini telah melancarkan perkhidmatan mereka di beberapa bandar baru termasuk Langkawi dan Miri. Kini, Grab mengikut dibelakang, dan turut memperkenalkan perkhidmatan mereka di empat buah bandar baru sekitar Malaysia. Empat bandar baru yang telah dimulakan operasi Grab bermula hari ini adalah Langkawi, Kota Bahru, Kuala Terengganu dan juga Miri. Buat masa ini, hanya […]

Kereta Boleh Terbang AeroMobil Akan Dilancarkan Minggu Hadapan

April 12, 2017 0

Prototaip kereta boleh terbang Aeromobil diperlihatkan pada tahun 2015 dan mensasarkan jualan tahun ini. Nampaknya pihak Aeromobil akan menepati janji mereka. Model terkini Aeromobil untuk jualan secara komersial akan diperlihatkan secara rasmi pada 20 April hadapan di acara Top Maques Monaco 2017. Kereta boleh terbang ini dilengkapi sayap yang boleh dilipat apabila di dalam mod […]

Ford Hadir Dengan Buaian Pintar Yang Memberikan Simulasi Seumpama Dalam Kenderaan

April 8, 2017 0

Kebarangkalian untuk mengantuk dan tidur dalam kenderaan yang bergerak adalah sedikit tinggi disebabkan oleh beberapa faktor. Mengambil inspirasi daripadanya, kini Ford hadir dengan sebuah buaian yang mengambil faktor-faktor berkenaan, dan memberikan simulasi seumpama dalam kenderaan dalam memastikan bayi tidur didalamnya. Dinamakan sebagai Max Motor Dreams, ia dibangunkan bersama oleh pasukan pengeluar kenderaan terkemuka Ford. Buaian […]

(Konsep) Rekaan Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik Masa Hadapan

April 7, 2017 0

Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik dijangka berkembang pesat di seluruh dunia. Di Malaysia sudah ada inisiatif dari syarikat petroleum seperti Petronas untuk memasang stesen pengecasan elektrik di stesen mereka. Buat masa ini jumlah pengecas kenderaan yang sedikit masih belum menjadi isu besar. Tetapi di masa hadapan apabila jumlah kenderaan elektrik bertambah, rekaan stesen sedia ada tidak […]