Automotif

Pasar Raya Terapung Pertama Dunia Mula Beroperasi Di Dubai

Disember 15, 2018 0

Di Thailand anda boleh melawat pasar terapung yang dipanggil talātnām oleh penduduk tempatan. Pelbagai barangan dijual di talātnām dan tahukah anda ia sudah wujud sejak zaman kerajaan Ayutthaya lebih 600 tahun yang lalu. Kerana keunikannya, pasar terapung menjadi tarikan pelancong ke Thailand. Konsep pasar terapung kini dinaik taraf di Dubai dengan pelancarkan pasar raya terapung […]

Yamaha Motor Membuat Pelaburan Strategik Pada Grab

Disember 13, 2018 0

Grab sedia mempunyai pelaburan daripada beberapa syarikat automotif, dan terkini, mereka turut mengumumkan pelaburan dan kerjasama strategik bersama salah satu pengeluar motosikal terkemuka, iaitu Yamaha Motor. Yamaha Motor akan membuat pelaburan sebanyak $150 juta pada Grab, selain turut bekerjasama dalam berkongsi sejumlah perkara – termasuk memudahkan pembelian motosikal oleh para penunggang. Untuk makluman, Grab mempunyai […]

Grab Malaysia Menyasarkan Pengenalan Sejumlah Perkara Menjelang 2019 – Termasuk GrabClub

Disember 13, 2018 0

Grab baru-baru telah berkongsikan perjalanan mereka sepanjang tahun 2018 ini bersama rakan media di pejabat induk, Grab Malaysia. Antara yang digariskan adalah mereka telah melancarkan beberapa ciri sepanjang tahun ini, iaitu Everyday App, GrabFood, GrabPay dan penggunaan tagar #BreaktheSilence bagi program bersama pemandu kalangan orang pekak. Menjelang tahun 2019, Grab kini lebih berkomitmen dalam meneruskan […]

Pengeluaran Suzuki Hayabusa Dihentikan

Disember 9, 2018 0

Suzuki Hayabusa ialah antara motosikal produksi terpantas pernah dihasilkan. Motosikal dengan kelajuan maksimum 312 km/j ini mula dihasilkan sejak 1999 . Setelah hampir dua dekad menjadi antara motosikal produksi terpantas dunia, Suzuki mengumumkan penghasilannya akan dihentikan bermula 31 Disember 2018. Pengeluaran dihentikan kerana “burung helang” jalanan ini tidak lagi melepasi piawaian pelepasan asap Euro 4 […]

Anda Boleh Membayar Plaza Tol DUKE Menggunakan Wang Daripada Touch n Go eWallet Bermula 8 Disember

Disember 7, 2018 0

Touch ’n Go hari ini mengumumkan sebuah ciri baru untuk dompet digital mereka, iaitu kebolehan membayar plaza tol DUKE menggunakan wang daripada dompet digital mereka. Ciri ini merupakan salah satu ciri lanjutan daripada sokongan pautan kad yang diperkenalkan pada platform berkenaan sebelum ini. Dengannya, pengguna boleh memautkan kad fizikal TnG pada aplikasi dompet digital berkenaan […]

Pemandu Perkhidmatan Seru-Pandu Perlu Daftar Lesen PSV Sebelum 12 Julai 2019

November 26, 2018 0

Menteri Pengangkutan hari ini mengumumkan yang mana semua pemandu perkhidmatan seru-pandu seperti Grab akan diperlukan untuk mendaftar lesen PSV (Public Service Vehicle) seperti pemandu teksi. Pemandu perkhidmatan seru-pandu ini akan diberikan tempoh sehingga 12 Julai 2019 untuk mengikuti kursus PSV, dan mendapatkan lesen berkenaan. Pendaftaran PSV ini akan dimulakan mulai awal Januari 2019 kelak, dan […]

Semua Kawasan R&R PLUS Akan Dilengkapi WiFi Percuma Menjelang 2022

November 26, 2018 0

Menjelang 2022 kelak, semua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) PLUS di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan akan dilengkapi denan kemudahan WiFi secara percuma. Sebagai permulaan, R&R Seremban kelak dijangka akan menjadi antara terawal untuk diuji dengan perkhidmatan WiFi percuma sekitar awal 2020 kelak. Dengan penawaran WiFi percuma ini, ia akan memudahkan lagi para pengguna untuk kekal […]

Ini Ialah Motosikal Pertama Yang Dihasilkan Menerusi Cetakan 3D

November 22, 2018 0

Cetakan 3D kini telah digunakan untuk mencetak komponen pesawat penumpang, kereta, senjata dan juga rumah. Terdapat ramalan mengatakan di masa hadapan setiap rumah akan mempunyai pencetak 3D dan pengguna hanya perlu membeli pelan biru dari pengeluar untuk mencetak produk yang diingini. Ramalan ini masih belum menjadi realiti tetapi semakin banyak produk telah dihasilkan menggunakan teknik […]

Momodesign Aero Ialah Topi Keledar Dengan Sistem Penyejukan Terbina

November 20, 2018 0

Kepala penunggang motosikal di Malaysia pasti berpeluh kerana cuaca negara kita yang panas meleding. Tetapi topi keledar masih dipakai atas tujuan keselamatan serta mematuhi undang-undang. Momodesign yang terkenal dengan topi keledar mereka telah melancarkan model dengan sistem penyejukan terbina. Momodesign Aero mempunyai sistem kipas berkuasa elektrik pada bahagian atas topi keledar. Apabila mengesan suhu menjadi […]

Bas Ekspres Baharu Perlu Dilengkapi Kamera Litar Tertutup Dan Tali Pinggang Keledar

November 20, 2018 0

Kemalangan maut melibatkan bas ekspres akan meningkat terutamanya ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Saban tahun kita mendengar kerajaan akan mengkaji cara untuk mengelakkan insiden tragis melibatkan kematian puluhan penumpang dari berlaku tetapi ia kekal janji tinggal janji. Semalam Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan bas ekspres baharu perlu dilengkapi kamera litar tertutup dan tali pinggang […]

1 18 19 20 21 22 33