Berita

Generasi Kelima (5G) – Teknologi Komunikasi Akan Datang

Mei 24, 2017 0

Oleh: Prof. Madya Ir. Dr. Rosdiadee Nordin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)   Penulis sedang menjalani sangkutan penyelidikan di University of Bristol (UoB), UK berkaitan perlaksanaan teknologi ‘antena agam berganda’, ataupun Massive-MIMO (Multiple-Input Multiple-Output) untuk Rangkaian 5G. UoB merupakan pemegang rekod dunia kecekapan spektrum tertinggi melalui menara pemancar antena agam berganda ini.   Kenapa Perlu 5G? Ini kerana […]

iPhone SE Ialah Peranti Dengan Tahap Kepuasan Pengguna Tertinggi

Mei 24, 2017 0

Setiap peranti di pasaran mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. iPhone 7 Plus misalnya mempunyai tahap ketahanan bateri terbaik pernah kami lihat tetapi mengambil masa hampir 3 jam untuk dicaj semula kerana tiada sokongan pengecasan pantas. Oleh itu tahap kepuasan pengguna di antara peranti adalah berbeza. Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh American Customer Satisfaction Index […]

Acer Predator Z35P – Monitor Ultra-Lebar Dengan Resolusi 1440p Dan Kadar Segar Semula Yang Boleh Di-overclock

Mei 24, 2017 0

Paparan skrin dengan resolusi Ultrawide  semakin popular kebelakangan ini dengan beberapa jenama pembuat paparan membuat pengumuman mengenai model-model mereka. Acer merupakan salah satu jenama terawal yang hadir dengan konsep ini, dan nampaknya mereka bakal memperbaharui barisan monitor mereka dengan monitor ultrawide baru. Dinamakan Acer Predator Z35P, model ini merupakan penaik-tarafan model monitor tahun lepas, Acer Predator […]

Micro – Penyesuai Palam Elektrik Universal Kompak Untuk Kegunaan Pengembara

Mei 24, 2017 0

Satu perkara yang menarik bekerja di Amanz ialah peluang mengembara ke seluruh dunia untuk menulis mengenai teknologi. Sejak memulakan kerjaya di sini, kami telah mengumpul ratusan ribu kilometer jarak penerbangan. Aksesori yang paling utama apabila keluar negara ialah penyesuai palam elektrik universal. Tanpanya pengecas peranti tidak dapat berfungsi kerana palam dinding yang berbeza mengikut negara. […]

Menyingkap Pameran HUMAN+ Di ArtScience Museum, Singapura

Mei 24, 2017 0

Pameran HUMAN+: The Future of Our Species menempatkan idea daripada 40 para penggiat seni, ilmuan, dan saintis dalam memberikan persoalan mengenai kebolehan dan kemungkinan yang sedang dan bakal hadir pada spesis manusia.

Bersama Manusia Cyborg Pertama Dunia – Neil Harbisson

Mei 24, 2017 0

Bersempena dengan pameran Human+ yang berlangsung di ArtScience Museum, Singapura, kami berpeluang untuk menemui Neil Harbisson untuk mendengar sendiri pengalaman beliau sepanjang menjadi manusia cyborg ini.

Jualan GTA V Kini Mencecah 80 Juta Unit

Mei 24, 2017 0

Kebiasaannya jualan permainan video memuncak di dalam bulan-bulan pertama ia dilancarkan sebelum mula berkurangan. Tetapi GTA V bukanlah permainan video biasa dan jualannya masih lagi menunjukkan peningkatan walaupun sudah terjual sejak 2013. Pihak Take Two Interactive mengumumkan jualan GTA V kini sudah mencecah 80 Juta unit. Ini adalah peningkatan dari 75 Juta yang dicatatkan pada […]

Cara Memasuki Laman Deep/Dark Web Menggunakan Telefon Pintar

Mei 23, 2017 0

Adakah boleh memasuki deep atau dark web dengan menggunakan telefon pintar? Jawapannya ya, boleh. Kerana keperluan untuk memasuki laman tersebut ada satu sahaja iaitu ‘Tor

Vertu SIGNATURE Cobra Dilancarkan Dengan Harga Mencecah RM 1.5 Juta

Mei 23, 2017 0

Peranti mewah tidak mampu milik ialah sinonim dengan jenama Vertu. Mereka baru sahaja melancarkan sebuah lagi telefon mudah alih yang dijual pada harga yang mampu dimiliki golongan bangsawan. Vertu SIGNATURE Cobra sesuai dengan nama diberikan kerana mempunyai rekaan ular pada bahagian tubuhnya. Sebuah Vertu SIGNATURE diberikan sentuhan mewah oleh Boucheron, sebuah syarikat barang kemas mewah […]

Filem Adaptasi Uncharted Akan Dibintangi Bintang Spider-Man Tom Holland

Mei 23, 2017 0

Filem adaptasi permainan video Uncharted pertama kali diumumkan pada tahun 2009. Sejak itu beberapa pelakon dan pengarah dilaporkan terlibat dengan projek siri permainan video yang cukup popular ini. Terkini Deadline melaporkan Tom Holland, pelakon yang memegang watak Spider-Man diambil untuk melakonkan watak Nathan Drake. Filem ini mengambil inspirasi dari Uncharted 3 yang menunjukkan kali pertama […]