Berita

Apple Menambah Sokongan AR Pada iOS 11

Jun 6, 2017 0

Apple hari ini telah memperlihatkan secara kasar sistem operasi iOS 11 terbaru mereka, yang mana merupakan sistem operasi yang bakal menjana iPhone generasi baru, dan juga iPhone yang kini terdapat dipasaran. Melalui pengenalan iOS 11, Apple turut mengambil peluang untuk memperlihatkan ciri augmented reality (AR) terbaru padanya. Apple sendiri mengumumkan sebuah perkhidmatan baru dinamakan ARKit […]

Apple Memperkenalkan Aplikasi Pengurusan Fail Yang Baik Untuk iOS

Jun 6, 2017 0

Seperti tertiris semalam, Apple telah pun mengumumkan aplikasi Files secara rasminya, sekaligus membolehkan para pengguna untuk menguruskan pelbagai dokumen dan fail mereka dengan mudah dan pada lokasi setempat. Melalui Files ini, pengguna boleh mengakses pelbagai dokumen mereka di awan dengan mudah – bukan sahaja pada iCloud, tetapi juga daripada Box, Dropbox, Google Drive dan juga […]

Aksesori Berwarna Space Gray Hanya Akan Dijual Kepada Pembeli iMac Pro

Jun 6, 2017 0

Di acara WWDC pagi tadi Apple memperlihatkan iMac Pro kepada umum dengan kemasan berwarna Space Gray. iMac paling berkuasa ini turut hadir dengan papan kekunci, tetikus dan trackpad berwarna  Space Gray. Bagi peminat Apple yang mahu membeli ketiga-tiga peranti input ini secara berasingan ada sedikit berita buruk bagi anda. Menurut laporan 9to5Mac, Apple hanya akan […]

ZTE Nubia Z17, Telefon Pintar Pertama Dilengkapi Quick Charge 4+

Jun 5, 2017 0

Dahulunya saya jatuh cinta pandang pertama dengan ZTE Axon 7, disebabkan dual stereo front facing speakers dimantapkan dengan Dolby Atmos. Kini mereka kembali lagi dengan

Illegear Bakal Hadir Dengan Gaming Laptop Baru – Mungkin Menggunakan Teknologi Grafik NVIDIA Max-Q?

Jun 5, 2017 0

Dengan akhirnya acara Computex 2017, kita telah melihat beberapa pengumuman laptop baru yang bukan sahaja hadir dengan rekabentuk yang nipis, tetapi spesifikasi yang cukup berkuasa juga. Illegear, pembuat gaming laptop dan desktop yang berasal dari Malaysia baru sahaja menunjukkan teaser sebuah laptop yang bukan sahaja cukup bergaya, tetapi juga hadir dengan spesifikasi yang hebat. Dari […]

Apple Membawa Muka Jam Dengan Integrasi Siri Pada watchOS

Jun 5, 2017 0

Apple hari ini telah mengadakan acara WWDC yang memfokuskan kepada para pembangun, sekaligus berkongsi sejumlah ciri-ciri baru yang akan hadir pada platform dan produk mereka. Acara ini dimulakan dengan pengumuman berkaitan platform jam tangan pintar Apple, iaitu Apple Watch OS. Versi terbaru akan datang adalah watchOS 4.0, dimana ia hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru. Menjadi […]

Apple macOS Baru Dikenali Dengan Nama “High Sierra” – Hadir Dengan Sistem Fail Baru

Jun 5, 2017 0

Apple hari ini turut telah mengambil peluang memperkenalkan sistem operasi versi terbaru mereka yang akan dilancarkan kepada semua pengguna dalam beberapa bulan lagi, dinamakan sebagai macOS High Sierra. Ini adalah kemaskini kepada macOS Sierra sebelum ini, dan seperti kebiasaan, akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna macOS Sierra sedia ada. Salah satu perubahan besar baru yang […]

iMac Pro Bakal Hadir Pada Penghujung Tahun Ini – Mac Paling Berkuasa Setakat Ini

Jun 5, 2017 0

Desas-desus mengenai iMac Pro telah kedengaran sejak beberapa minggu lepas, dan hari ini Apple pada acara WWDC mengesahkan perkara berkenaan, dan mengatakan ia bakal hadir pada penghujung tahun ini. iMac Pro dikatakan Apple sebagai komputer Mac paling berkuasa pernah dihasilkan oleh mereka. Ia hadir dengan cip pemprosesan Xeon sehingga 18-teras, selain dilengkapi dengan kad grafik […]

Carsome, Platform Jual Beli Kenderaan – Menerima Suntikan Dana Sebanyak $6 Juta

Jun 5, 2017 0

Carsome, salah satu laman dan platform jual-beli kenderaan tempatan, hari ini telah menerima suntikan dana sebanyak $6 juta daripada beberapa pelabur di rantau ini, termasuk daripada Gobi Partners, Lumia Capital, Innoven, dan beberapa yang lain. Carsome menghubungkan penjual kenderaan individu dengan pengedar kereta untuk membeli kenderaan mereka. Pelbagai langkah penjualan dipermudahkan, sekaligus proses jual-beli berlaku […]

Xiaomi Menghasilkan Penyesuai USB-C Ke Mini Display Dan USB-A

Jun 5, 2017 0

Penggunaan penyesuai kini semakin menjadi normal pada komputer riba baru. Penggunaan hanya USB-C menyebabkan pemilik tidak mempunyai pilihan lain terpaksa membeli penyesuai bagi mendapatkan I/O yang diperlukan. Xiaomi menyedari penyesuai dijual pada harga yang mahal dan melancarkan penyesuai USB-C To Mini Display Port Multi-Function Adapter mereka. Penyesuai ini mempunyai dua port USB-A, satu Mini Display […]