Berita

Alcatel 1 Dilancarkan – Peranti Android Go Kedua Daripada Alcatel

Jun 28, 2018 0

Android Go adalah sistem operasi Android yang ringan. Ia memfokuskan untuk peranti dengan RAM kurang 1GB. Pada waktu pengenalan Android Go, Alcatel 1X adalah antara peranti terawal yang menggunakan sistem ini. Kini, Alcatel melancarkan pula Alcatel 1 – iaitu adik kepada Alcatel 1X. Alcatel 1 ini dijana dengan cip MediaTek MT6739, skrin 480p dengan nisbah […]

Cikgu Harisfazillah Jamel, Orang Kuat Malaysia Open Source Conference

Jun 28, 2018 0

233 SHARES Beliau sendiri tidak tahu mengapa ramai yang mengelarnya cikgu termasuk kakitangan syarikatnya. Sedangkan beliau tidak pernah menjawat jawatan sebagai seorang guru. Katanya, mungkin

Apple Dan Samsung Bersetuju Menyelesaikan Kes Saman Rekaan iPhone Mereka Di Luar Mahkamah

Jun 28, 2018 0

Akhirnya cahaya dapat dilihat di hujung terowong di dalam kes saman Apple ke atas Samsung yang sudah berlarutan sejak 2011. Mei tahun ini mahkamah mengarahkan Samsung perlu membayar $539 Juta kepada Apple kerana didapati bersalah melanggar paten rekaan iPhone pada peranti Galaxy keluaran mereka. Pagi ini sedikit anti-klimaks, Apple dan Samsung telah bersetuju untuk akhirnya […]

Honor 6A Pro Kini Ditawarkan Pada Harga RM469 Untuk Tempoh Terhad

Jun 28, 2018 0

Honor 6A Pro merupakan salah satu peranti berspesifikasi pertengahan yang baik yang telah hadir pada tahun lepas. Hari ini, untuk tempoh waktu terhad, telefon pintar berkenaan boleh didapati pada harga RM469 melalui Shopee. Honor 6A Pro hadir dengan skrin 5-inci, dijana cip Snapdragon 430, memori 3GB RAM dan storan 32GB. Ia dilengkapi kamera belakang 13-megapixel […]

Instagram Hadir Dengan Variasi Aplikasi Instagram Lite Untuk Android

Jun 28, 2018 0

Instagram sedia popular dikalangan ramai pengguna, dimana ia menawarkan perkhidmatan sosial berbentuk perkongsian gambar dan video. Malah, baru-baru ini mereka turut telah menambah sokongan IGTV selain sokongan panggilan video pada aplikasi utama mereka. Dengan penambahan pelbagai ciri ini, ia secara tidak langsung menjadikan saiz aplikasi berkenaan sedikit besar – sekaligus tidak mesra untuk peranti dengan […]

Google Membuat Pelaburan Pada KaiOS – Sistem Operasi Untuk Telefon Bimbit

Jun 28, 2018 0

Google sedia popular dengan penawaran sistem operasi Android untuk telefon pintar, malah turut telah hadir dengan Android Go yang memfokuskan telefon pintar berspesifikasi rendah. Namun, pada masa yang sama, ia dilihat Google tidak melupakan telefon bimbit yang masih digunakan berbilion pengguna. Kini, hari ini Google telah membuat pelaburan pada salah satu sistem operasi untuk telefon […]

Frasa “Hey, Google” Kini Boleh Digunakan Pada Samsung Galaxy S9

Jun 28, 2018 0

Sejak Samsung Galaxy S8 diperkenalkan, Bixby telah diperkenalkan. Ia adalah pembantu maya daripada Samsung. Bixby diteruskan lagi sehinggalah Galaxy S9. Namun ia tidak menghalang bagi pengguna yang sudah biasa dengan Google Assistant. Terkini, bagi pengguna Google Assistant pada peranti Galaxy S9 – berita menarik hadir dalam kemaskini terbaru. Pengguna kini boleh membangunkan peranti atau mengaktifkan […]

Tanita ES100 Ialah Alat Yang Menyukat Bau Tubuh Untuk Pekerja Pejabat Di Jepun

Jun 27, 2018 0

Ada banyak budaya unik yang mungkin hanya boleh ditemui di Jepun. Bekerja sehingga lewat malam sebagai tanda hormat kepada majikan adalah salah satu darinya. Adalah normal di Jepun untuk tidur di hotel kapsul selepas balik dari pejabat kerana ketinggalan kereta api terakhir. Ini menimbulkan masalah pakaian yang sudah berbau kepam. Warga Jepun sangat cakna tentang […]

Facebook Memperkenalkan Keyword Snooze – Sembunyikan Perkongsian Berkaitan Sesuatu Perkara

Jun 27, 2018 0

Facebook hari ini mengumumkan sebuah ciri baru untuk News Feed, iaitu dinamakan sebagai Keyword Snooze. Melalui ciri baru ini, ia membolehkan pengguna menyembunyikan sejumlah perkongsian daripada rakan-rakan yang berkait rapa dengan sesuatu kata kunci. Sebagai contoh, sekiranya anda tidak ingin membaca berkaitan sesuatu filem, anda boleh menambah kata kunci filem berkenaan dan segala perkongsian rakan-rakan […]

App wajib ada ketika melancong, dapat ratusan diskaun

Jun 27, 2018 0

Mahu mengembara dan menikmati pelbagai diskaun di negara lain? Tiba masanya anda memuat turun aplikasi Klook. Klook menjadi satu-satunya platform yang diperlukan pelancong Malaysia untuk meneroka, merancang dan menempah aktiviti serta menikmati pelbagai pengalaman, bukan sahaja di destinasi luar negara tetapi juga di seluruh Malaysia. Diasaskan di Hong Kong pada 2014, Klook telah mula beroperasi di Malaysia sejak November tahun lalu, membuktikan komitmennya dalam menawarkan satu platform yang telus dan mudah digunakan bagi memenuhi keperluan pengembara ‘Free & Independent’ (FIT) Malaysia. Dalam masa hanya beberapa saat, pengguna boleh mendapat akses kepada lebih 40,000 pilihan tempahan aktiviti serta perkhidmatan daripada lebih 200 destinasi di seluruh dunia. Aktiviti yang dimaksudkan termasuklah acara tarikan & pertunjukan, aktiviti & pengalaman, lawatan & melancong makan angin, makanan & restoran, serta logistik pengangkutan tempatan dan sambungan wi-fi. Klook menyediakan platform semua-dalam-satu untuk para pelancong membuat tempahan dan menerokai aktiviti-aktiviti menarik. Klook turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi untuk menggalakkan pelancong menerokai semua aktiviti yang ditawarkan oleh sesebuah destinasi; samada tarikan pelancong yang utama seperti Eiffel Tower di Paris; snek yang wajib dicuba seperti wafel telur di Hong Kong; mahupun aktiviti mesra keluarga seperti lawatan ke Universal Studios Jepun dan bersarapan sambil ditemani oleh hidupan liar di Zoo Singapura. Pelancong juga boleh menikmati pelbagai keistimewaan serta akses eksklusif hanya dengan membuat tempahan melalui Klook: tempahan pada hari yang sama dan pengesahan pembelian serta-merta, baucar di telefon mudah alih sebagai e-tiket dan akses pantas tanpa perlu beratur supaya pelancong boleh meluangkan lebih banyak masa menikmati aktiviti-aktiviti yang disediakan Klook turut mendedahkan bahawa lebih 60% daripada rakyat Malaysia membuat tempahan melalui aplikasi mudah alih pada telefon bimbit mereka.

The post App wajib ada ketika melancong, dapat ratusan diskaun appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com