Berita

AUR Helpers: Pemasangan Pakej AUR Secara Automatik

September 21, 2017 0

Kita dah selesai mengetahui cara memasang Arch Linux (tapi mungkin saya akan kemaskini panduan tersebut), kita juga sudah berkenalan dengan Arch User Repository (AUR), dan juga

Telegram Is Down, Jutaan Pengguna Asia Terjejas

September 21, 2017 0

Kemas kini pada 20 September 2017, 5:39 petang Perkhidmatan Telegram dimaklumkan sudah pulih And it’s up for users in Asia. We’re still working on some residual issues, but you should be able to connect already. Sorry about this! — Telegram Messenger (@telegram) September 20, 2017 Pesaing hebat perkhidmatan permesejan Whatsapp, Telegram, hari ini berdepan dengan masalah apabila pelayan mereka terputus bekalan elektrik. Masalah yang melanda pelayan yang terletak di Singapura itu menyebabkan jutaan pengguna Telegram di rantau Asia terputus perhubungan. The cause of the connection issues in Asia is a major power outage in our datacenter in SG (supposed to never happen). Hang on! — Telegram Messenger (@telegram) September 20, 2017 The main network switch went down in the Telegram server cluster in Singapore. Asian users are affected. Investigating and fixing! — Telegram Messenger (@telegram) September 20, 2017 Berbanding Whatsapp, Telegram terlebih dahulu memperkenalkan fungsi penyulitan (encryption) hujung-ke-hujung untuk penggunannya. Ia bermakan tiada siapa boleh memintas kandungan mesej pengguna termasuklah pihak Telegram sendiri. Setakat Februari 2016, mereka memaklumkan terdapat 100 juta pengguna aktif di seluruh dunia menggunakan Telegram dan menghantar lebih 15 billion mesej sehari. Walaupun angka itu tidak sebanyak Whatsapp, sesetengah pengguna lebih menggemari Telegram dek kekayaan fungsi berbanding Whatsapp.  

The post Telegram Is Down, Jutaan Pengguna Asia Terjejas appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Si Kerdil Xperia XZ1 Compact Ditemui Di Malaysia

September 21, 2017 0

Peranti flagship Sony untuk 2017, Xperia XZ1, dilancarkan pada minggu lepas. Tapi, ada yang bertanyakan perihal XZ1 Compact yang tidak kelihatan dicelah-celah XZ1 dan XA1 Plus tempoh hari. Hari ini, kami ada jawapannya. Dalam pengkalan data SIRIM sudah ada nama XZ1 Compact yang menerima kelulusan SIRIM pada 19 September bersama-sama XA1 Plus. Walau bagaimanapun, menurut pengalan data, ia telah diluluskan bersama-sama XA1 Plus. Tapi mengapa hanya XA1 Plus dilancarkan secara rasmi? XZ1 Compact menjadi bualan ramai kerana ia berada dalam spesies terancam. Mana taknya, sedang kebanyakkan flagship berpusu-pusu untuk menjadi yang terbesar dan nirbingkai, XZ1 Compact kekal berada dalam kelas kompak, seperti iPhone SE. Pada papan utama, anda akan temui cip Snapdragon 835 dan RAM 4GB. Storan seluas 32GB disediakan tapi boleh diperluas melalui slot mikro-SD. Satu yang janggal pada telefon ini adalah pada paparannya. Berbekalkan hanya panel HD 720p sebesar 4.6″, sudah tentu pengalaman mengguna yang lancar boleh diramal pada telefon ini kerana CPU dan GPU tidak perlu berkerja keras untuk render gambar beresolusi tinggi. Lebihan kuasa itu boleh disalurkan ke sensor kamera 19MP Motion Eye, sama seperti yang dimiliki XZ1. Kamera 8MP yang ada di depan pula memiliki jarak fokal 18mm yang memberikan sudut pandang seluas 120 darjah. Si kerdil ini diberi bateri 2,700mAh dengan fungsi pegecasan pantas dan ia kalis debu/air pada tahap 1P68. Walau bagaimanapun, harga Xperia XZ1 Compact masih belum diumumkan.

The post Si Kerdil Xperia XZ1 Compact Ditemui Di Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Google Belanja USD1.1 Bilion Ambil Alih Sebahagian HTC

September 21, 2017 0

Semalam HTC menghentikan buat seketika urus niaga syarikat di pasaran saham. Ia dibuat untuk memberi laluan kepada pengumuman yang dibuat Google hari ini. Google dan HTC hari ini mengumumkan satu kerjasama, di mana sebahagian petugas HTC akan menyertai Google dalam bahagian perkakas. Kebanyakan mereka ini adalah petugas yang terlibat menghasilkan telefon pintar Google Pixel. Selain itu, Google juga akan mendapat akses kepada beberapa paten yang dimiliki HTC. Untuk kerjasama ini, HTC akan menerima wang tunai bernilai USD1.1 bilion daripada Google. Di pihak HTC, mereka akan terus menghasilkan telefon pintar seperti biasa. HTC juga akan meneruskan penghasilan ekosistem VR mereka, di bawah jenama VIVE. Langkah pengambilalihan syarikat sebegini, bukanlah yang pertama buat Google. 6 tahun lepas, mereka telah membeli Motorola Mobility yang menghasilkan telefon pintar Moto. Tetapi pemilikan tersebut tidak lama, kerana Google menjualnya kepada Lenovo pada harga yang lebih rendah dari harga dibeli. Ada yang mengatakan, Google hanya mahu mendapatkan paten yang dimiliki Motorola. [SUMBER : Google, HTC]

The post Google Belanja USD1.1 Bilion Ambil Alih Sebahagian HTC appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Ji Hyo Dan Galaxy Note8 Kata “Apa Khabar Pavillion?”

September 21, 2017 0

Phablet kegilaan masa ini, Galaxy Note8, akhirnya tiba di Malaysia melalui satu majlis pelancaran besar-besaran yang diadakan di pusat beli-belah Pavillion, Kuala Lumpur pada 21 September 2017. Pada hari ini juga, Note8 mula dijual secara walk-in, sehari selepas pengguna yang telah menempah antara 5 hingga 10 September lalu mengambil tempahan mereka. Menyertai pelancaran ini adalah pelakon terkenal dari Korea Selatan, Song Ji Hyo. Dia sempat meluangkan masa bermesra dengan peminat dan 100 pembeli Note8 pertama akan menerima casing yang ditandatangani pelakon itu sendiri. Samsung Galaxy Note8 dijual pada harga RM3,999 dam boleh dibeli dalam tiga warna iaitu Midnight Black, Orchid Grey, dan Maple Gold. Antara 21 hingga 24 2017, setiap pembelian Galaxy Note8 akan disertakan sebuah Samsung Gear VR beserta alat kawalannya yang bernilai RM499, serta jaminan tambahan terhadap panel paparan bernilai RM149. Satu jerayawara turut diadakan untuk mempromosi peranti itu pada tarikh yang sama di tiga lokasi berbeza seluruh negara iaitu Pavillion Kuala Lumpur, AEON Tebrau City Johor Bahru, dan Gurney Plaza Gurney Plaza. Selain melalui Samsung, anda juga boleh membeli Galaxy Note8 melalui telco secara ansurans yang telah kami bincangkan dalam satu artikel lain.

The post Ji Hyo Dan Galaxy Note8 Kata “Apa Khabar Pavillion?” appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Pengecas Tanpa Wayar Apple AirPower Tidak Menyokong Apple Watch Series 1

September 21, 2017 0

Pengecas tanpa wayar Apple AirPower diperlihatkan ketika acara pelancaran iPhone beberapa minggu yang lalu. Dengan AirPower, iPhone, Apple Watch dan AirPods boleh dicas serentak dengan hanya meletakkannya di atas permukaan AirPower. Bagi pemilik Apple Watch yang ingin memiliki AirPower, ada sedikit maklumat yang perlu dikongsi pagi ini. Hanya Apple Watch Series 3 boleh dicas secara […]

i Hotel – Hotel Yang Dilengkapi Komputer Gaming Di Setiap Bilik

September 21, 2017 0

Bilik hotel biasanya mempunyai televisyen, peti sejuk dan seterika. Ini ialah kemudahan asas. Hotel yang lebih mewah akan memberikan mesin membuat kopi Starbucks dari dalam bilik dan televisyen 4K. Tetapi di Taiwan, i Hotel memberikan sedikit kelainan. Setiap bilik di dalam hotel ini dilengkapi dua komputer gaming butana Asus lengkap dengan kerusi DXR Racer. Jelas […]

Samsung Galaxy Note 8 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM3999

September 21, 2017 0

Samsung Galaxy Note 8 hari ini akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Peranti dengan stylus S-Pen terbina ini adalah peranti pertama keluaran Samsung yang dilengkapi dengan sokongan dwi-kamera di belakang. Ia juga merupakan peranti pertama di pasaran dengan sokongan dwi-OIS, serta menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya.. Di Malaysia Samsung Galaxy Note 8 dilengkapi skrin […]

11.06 % Peranti iOS Sudah Menggunakan iOS 11 Dalam Masa 24 Jam

September 21, 2017 0

Semalam ialah hari kemaskini peranti iOS seluruh dunia. Peranti yang layak boleh memuat turun iOS 11 bagi menikmati pelbagai fungsi baru yang sebelum ini hanya ditemui pada peranti Android. Dalam masa hanya 24 jam, peratusan peranti iOS yang menggunakan sistem operasi terbaru ini telah mencecah 11.06%. Ini adalah data yang dikumpul menerusi laman Mixpanel yang […]

KKMM Sasar Selesai Agih Dekoder Percuma MYTV Awal Tahun Depan

September 21, 2017 0

GEMENCHEH - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyasarkan untuk selesai mengagihkan dua juta dekoder percuma MYTV kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negara menjelang awal tahun depan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor berkata setakat ini lebih 400,000 dekoder MYTV telah diagihkan kepada kelompok isi rumah yang layak.

 

Sumber : BERNAMA