Berita

Untunglah Orang Putrajaya Tak Perlu Menapak Untuk Barang Xiaomi

September 29, 2017 0

Dengar cerita kedai fizikal Apple akan dibuka di Thailand selepas Singapura jadi yang pertama di rantau Asia Tenggara. Tidak mengapalah kalau nak langkah bendul Kuala Lumpur pun, sebab kita ada Xiaomi. Selepas Queensbay Mall dan KLCC, Xiaomi dilapor akan membuka stor ketiga mereka di IOI City Mall. Beberapa keping gambar telah dikirimkan kepada kami menunjukkan penyelang sementara sudahpun didirikan di salah sebuah unit kedai di IOI City Mall yang memaparkan logo Mi terpampang padanya. Tahun ini saja Xiaomi telah membuka tiga kedai mereka di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa negara kita adalah pasaran utama syarikat itu. Xiaomi juga dilihat telah perlahan-lahan menggunakan pendekatan kedai fizikal selepas strategi dalam talian mereka dilihat sudah mencapai ketepuan. Lepas ini “orang kerajaan” di Putrajaya bolehlah beli-belah barang Xiaomi semasa waktu rehat panjang hari Jumaat. [Sumber: Qayyum Hamid]

The post Untunglah Orang Putrajaya Tak Perlu Menapak Untuk Barang Xiaomi appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Siapa baru beli GoPro Hero 5? Hero 6 Dah Dilancarkan

September 29, 2017 0

Anda baru beli GoPro HERO5? Ini berita kurang enak untuk didengar kerana GoPro baru saja melancarkan HERO6 di A.S sebentar tadi. Keupayaan merakam telah dinaik taraf sekali ganda lagi. Video 4K kini boleh mencapai kadar bingkai (FPS) setinggi 60fps dan gerak perlahan 120fps kini boleh dirakam dalam resolusi 2.7K. Semua kelebihan yang diperkenal pada GoPro HERO5 telah diwariskan kepada GoPro HERO6. Ia kalis air sehingga 10 meter tanpa memerlukan perumah khas, miliki sensor GPS, paparan peka sentuhan, dan kawalan suara. Walau bagaimanapun, masih tiada penstabil imej optikal diperkenal dan ia tetap menggunakan EIS. Apa yang baru pada GoPro HERO6 adalah cip pemproses khas, cip GP1, yang dihasilkan syarikat Socionext. Ia adalah satu penghijrahan yang besar kerana sebelum ini, semua kamera digital GoPro dikuasakan cip Ambarella. Ia membolehkan rakaman 4K sehingga 60fps dilakukan. Daripada segi sensor, ia masih menggunakan sensor 12MP seperti sebelum ini. Di A.S., HERO6 dijual pada harga USD499 (RM2,111). Ia dijual secara kombo bersama dron Karma pada harga USD1,199 (RM5,073).

The post Siapa baru beli GoPro Hero 5? Hero 6 Dah Dilancarkan appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Dapatkan pelbagai sebut harga insuran kenderaan dengan GetCover

September 29, 2017 0

Sistem baru insuran kenderan di Malaysia kelihatan agak rumit kerana banyak perkara perlu dipertimbangkan. Jika mahu mendapatkan sebut harga insuran kenderaan dengan mudah, anda boleh cuba menggunakan aplikasi GetCover. GetCover adalah platform mudahalih yang lahir dan dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Dengan GetCover, orang ramai boleh mendapatkan sebut harga insuran kenderaan mereka dan seterusnya membuat bayaran bersama cukai jalan, dalam masa 10 minit sahaja. Pengguna GetCover boleh mendapatkan sebut harga dengan sangat pantas, kerana sistem GetCover berhubung terus dengan sistem Insurance Services Malaysia (ISM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia juga mudah digunakan di mana jua kerana aplikasi GetCover boleh dimuat turun dari Apple Appstore dan Google Playstore. Untuk mendapatkan sebut harga, pengguna perlu memberikan maklumat peribadi iaitu nama, nombor kad pengenalan, emel, nombor telefon, nombor pendaftaran kenderaan serta syarikat insuran sebelum ini. Buat permulaan ini, GetCover bekerjasama dengan syarikat insuran MPI Generali, LonPac dan Zurich Insurance & Takaful. Lebih banyak lagi syarikat insuran lain akan ditambah ke platform GetCover kelak. Satu perkara yang membezakan GetCover dengan yang lain, adalah sistem ganjarannya. Pengguna boleh mendapatkan ganjaran menerusi rujukan (referral). Setiap pengguna mempunyai kod rujukan unik. Jika rakan atau sesiapa sahaja mendaftar dan menggunakan servis GetCover melalui rujukan pengguna, maka kedua-duanya akan menerima cashback sebanyak RM20. Tiada sebarang caj dikenakan untuk penggunaan GetCover. Malah mendapatkan sebut harga juga percuma. Hanya bayar jumlah insuran seperti biasa. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.getcover.asia.

The post Dapatkan pelbagai sebut harga insuran kenderaan dengan GetCover appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

GoPro Hero 6 Black Dilancarkan Dengan Sokongan Rakaman Video 4K Pada Kadar 60fps

September 28, 2017 0

GoPro hari ini telah melancarkan kamera aksi terbaru mereka, iaitu GoPro Hero 6 Black. Secara kasar, ia menawarkan rekaan yang lebih kurang sama seperti Hero 5, tetapi menawarkan sokongan rakaman yang lebih baik, serta pemprosesan lebih berkuasa yang direka khusus untuknya. GoPro Hero 6 Black hadir dengan kamera 12-megapixel yang boleh merakamkan gambar dalam bentuk […]

Apple Store Kedua Asia Tenggara Akan Dibuka Di Thailand

September 28, 2017 0

Selepas membuka Apple Store pertama Asia Tenggara di Singapura, ramai yang merasakan Malaysia mungkin akan menjadi negara kedua menerimanya atas sebab ekonomi. Tetapi nampaknya Apple Store akan melompat Tanah Melayu dan mendarat di kota Bangkok menurut laporan The Nation. Laman Apple Thailand telah mula menyenaraikan 13 jawatan untuk pengurus, pegawai khidmat pelanggan, jurujual dan eksekutif […]

Facebook Memudahkan Pengguna Di India Untuk Menderma Darah

September 28, 2017 0

Facebook kini mengumumkan sebuah ciri khusus untuk pasaran India, dimana kebolehan untuk mendaftar sebagai penderma darah – sekaligus memudahkan lagi mereka untuk menderma darah untuk yang memerlukan. Di India, keperluan darah adalah sangat tinggi. Para penderma darah adalah kurang berbanding dengan permintaan – sekaligus membawa kepada pelbagai kesukaran. Dalam memudahkan proses berkenaan, bermula 1 Oktober […]

Tetikus Logitech G603 Dan Papan Kekunci Mekanikal G613 Tanpa Wayar Dilancarkan

September 28, 2017 0

Bagi insan yang benci dengan wayar berselirat, aksesori komputer tanpa wayar adalah keperluan harian. Sejak kebelakangan ingin teknologi aksesori semakin matang dengan bateri yang bertahan lebih lama dan sambungan yang lebih boleh diandalkan. Logitech telah melancarkan dua lagi aksesori tanpa wayar mereka dalam bentuk tetikus dan papan kekunci mekanikal.  Papan kekunci Logitech G613 LIGHTSPEED Wireless […]

Dirty COW, Exploit Yang Terdapat Dalam Linux Kernel, Kini Mengganas Menyerang Android Bersama ZNIU

September 28, 2017 0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai Android. Suatu ketika dahulu, pada tarikh 27/10/2016 saya ada sentuh isu ini dekat sini > OMG Hackers

Cara Menggunakan Aplikasi Facebook Melalui Rangkaian TOR

September 28, 2017 0

Menurut laporan dari THN, lebih dari satu juta pengguna telah mengakses Facebook melalui TOR (Facebook over TOR). Itu adalah statistik dari tahun lepas. Tahun ini

Hanya 5000 Unit Essential Phone Dilaporkan Telah Terjual Setakat Ini

September 28, 2017 0

Langkah pertama Andy Rubin untuk kembali ke dunia peranti mudah alih nampaknya sedikit bermasalah. Essential Phone yang menggunakan rekaan nirbingkai menerima pujian dari segi rekaan tetapi dikritik kerana kemampuan kamera yang buruk bagi sebuah peranti utama pada harga premium. Menurut laporan BayStreet Research, hanya 5000 unit Essential Phone telah terjual setakat ini. Anggaran jualan ni […]