Berita

Big Bang dan teori alam mengembang

Januari 27, 2017 0

15 bilion tahun dulu kesemua jisim dan tenaga terperangkap dalam sebuah titik yang tersangat kecil dikenali singularity. Titik tunggal ini kemudiannya telah mengembang pada kadarnya yang cepat. Dan untuk pengetahuan, ahli astronomi sendiri tidak sepenuhnya tahu apakah yang menyebabkan titik singularity tadi telah mengembang. Cuma peristiwa selepas beberapa saat titik singularity tadi berkembang dan terus berkembang sehingga hari ini dinamakan sebagai Big Bang. Kebanyakan orang mempunyai tanggapan yang salah berkenaan Big Bang. Big Bang bukan merujuk kepada suatu letupan yang besar. Sebaliknya ia merujuk kepada proses pengembangan yang berlaku pada alam semesta. Sebelum mengembang, titik tunggal ini pada asalnya berkepadatan sangat tinggi selain ia juga berkeadaan sangat panas. Setelah alam berkembang ia mula menyejuk dan menjadi kurang tumpat. Dalam tempoh kasar lebih kurang 300, 000 tahun suhu alam telah jatuh sebanyak 3000 darjah selsius. Suhu yang semakin menyejuk ini membolehkan beberapa jenis partikel terbentuk. Pertamanya partikel elektron dan proton. Kemudian mereka bergabung menjadi sebiji atom hydrogen dan atom helium. Atom hydrogen adalah atom yang paling ringan dalam jadual berkala kerana hanya terdiri daripada sebiji proton dan sebiji elektron. Alam kemudian terus mengembang, mengembang dan mengembang. Kini ia telah menjadi kurang padat berbanding ia di peringkat singularity dahulu. Dan keadaan ini ...

Gambar Samsung Galaxy S8 Tertiris – Bakal Dilancarkan Pada 29 Mac

Januari 27, 2017 0

Pelbagai desas-desus mengenai telefon pintar Galaxy S8 telah kedengaran sebelum ini. Kini, tukang tiris terkenal, @evleaks telah pun berkongsi gambar telefon yang dikatakan sebagai Galaxy S8 versi besar, dan mengatakan ia bakal dilancarkan secara rasminya pada 29 Mac 2017 kelak.

Peranti Mewah Vertu Constellation Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 820

Januari 26, 2017 0

Vertu dan kemewahan tidak boleh dipisahkan seperti Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang. Jenama ini menghasilkan peranti pinta yang mensasarkan golongan hartawan yang mahukan peranti yang mencerminkan status mereka. Mereka melancarkan versi terkini Vertu Constellation yang dilengkapi skrin 5.5" WQHD, pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 128 Gigabyte.

Papan Kekunci Mekanikal Razer BlackWidow V2 Dilancarkan

Januari 26, 2017 0

Papan kekunci mekanikal menjadi pilihan golongan pemain PC tegar kerana ia mengesan tekanan lebih tepat, pantas dan tahan lasak berbanding kekunci membran. Razer BlackWidow yang dilancarkan pada tahun 2010 digunakan oleh ramai atlet e-sukan profesional. Selepas tujuh tahun akhirnya Razer BlackWidow V2 Chroma dilancarkan dengan beberapa penambahbaikan.

Netflix Untuk Android Kini Menyokong Muat Turun Ke Dalam Kad SD

Januari 26, 2017 0

Kemampuan memuat turun video ke peranti bagi tontonan di luar talian diperkenalkan oleh Netflix pada penghujung tahun lalu. Fungsi yang diminta oleh pengguna sejak sekian lama ini akhirnya diberikan bagi membolehkan perkhidmatan penstriman video bersaing dengan Amazon dan iFlix yang telah lama memberikan fungsi yang sama. Kerana kandungan video yang berkualiti tinggi, saiz muat turun […]

(Ura-Ura) Samsung Galaxy S8 Dilengkapi “Skrin Infiniti” Dan Pengimbas Jari Pada Panel Belakang

Januari 26, 2017 0

Samsung menggesa pekerja mereka supaya tidak meniriskan maklumat mengenai Samsung Galaxy S8. Walaubagaimanapun beberapa maklumat mengenai peranti yang sah tidak akan hadir di MWC tahun ini telahpun tertiris melalui pihak ketiga. Menurut laporan akhbar Guardian, beberapa lagi maklumat mengenai peranti ini diketahui menerusi sumber dalaman.

Google Translate Kini Menyokong Alih Bahasa Segera Jepun Ke Inggeris

Januari 26, 2017 0

Tahun lalu kami berpeluang ke Jepun bagi mengikuti program Google Adventure in Japan. Sepanjang program kami hanya dibenarkan menggunakan aplikasi Google untuk mengembara di negara matahari terbit. Penggunaan Google Maps, Travel, Search dan Translate banyak membantu kami kerana kekurangan papan tanda berbahasa Inggeris.

TORU IWATANI, PENCIPTA PAC MAC MENUNJUKKAN DRAF ASAL PERMAINAN VIDEO PAC MAN

Januari 26, 2017 0

Pac-Man adalah satu permainan arked yang dibangunkan oleh Namco dan mula dilancarkan di Jepun pada Mei 1980. Ia telah dicipta oleh pereka permainan video Jepun, Toru Iwatani. Sejak dilancarkan ia mencapai populariti dan menjadi antara permainan video klasik yang diingati dan masih dimain sehingga kini. Jom lihat draf asal permainan arked popular, Pac Man oleh...

FINAL FANTASY BRAVE EXVIUS PERMAINAN VIDEO UNTUK PERANTI PINTAR DARIPADA SQUARE ENIX & GUMI INC.

Januari 26, 2017 0

Pembangun permainan popular, Square Enix hadir dengan kerjasama Gumi Inc. telah muncul dengan permainan video untuk peranti pintar terbaharu genre RPG berjudul Final Fantasy Brave Exvius untuk peranti Android dan iOS. Permainan video yang menggunakan sistem klasik JRPG ini menampilkan watak-watak dalam pelbagai kategori  seperti Knight, White Magus, Warrior, White Mage, Black Mage, Thief, Ranger,...

PENCETAK MUDAH ALIH INSTAX SHARE SMARTPHONE PRINTER SP-2

Januari 26, 2017 0

Instax SHARE Smartphone Printer SP-2 adalah pencetak mudah alih terbaru keluaran Fujifilm. Ia adalah satu model yang dinaik taraf daripada model sebelum ini dengan prestasi yang lebih baik. Pencetak mudah alih ini membolehkan pengguna mencetak gambar serta merta di mana-mana sahaja dalam masa 10 saat untuk satu gambar. Untuk mencetak gambar, pengguna perlu menyambungkan peranti...