Berita

Benarkah Antivirus Cetak Rompak Berbahaya Digunakan?

Oktober 19, 2017 0

Dalam dunia IT yang semakin rancak ini, hampir kesemua tugasan memerlukan komputer peribadi untuk disempurnakan. Pelbagai tugas memerlukan kita menggunakan komputer samada untuk menyimpan rekod,

Celcom Menawarkan iPhone 8 Serendah RM 99 Pada Pelancarannya 20 Oktober Ini

Oktober 19, 2017 0

Bermula minggu ini Apple secara rasminya telah memulakan penjualan iPhone terbaru mereka iaitu iPhone 8 dan juga iPhone 8 Plus. Peranti ini boleh dibeli secara rasmi menerusi halaman web Apple, dan juga syarikat telekomunikasi lain. Namun Celcom bakal hadir dengan tawaran yang  menarik, menawarkan iPhone 8 serendah RM 99. Bersempena dengan tarikh permulaan penjualan ini, […]

Google Pixel 2 XL Akan Menerima Kemaskini Bagi Menyelesaikan Masalah Paparan Skrin Kurang Bermaya

Oktober 19, 2017 0

Ulasan untuk Google Pixel 2 XL muncul beberapa hari yang lalu. Banyak yang memuji perisiannya yang pantas dan juga kualiti gambar yang terbaik bagi peranti mudah alih. Tetapi semua ulasan juga menyentuh masalah paparan skrin yang sedikit bermasalah. Antara masalah yang dilaporkan ialah penghasilan semua warna tidak tepat, kurang bermaya dan mempunyai masalah noise apabila […]

Kad Grafik ZOTAC GTX 1080 Ti ArcticStorm Mini Kini Di Malaysia – Berharga RM4049

Oktober 19, 2017 0

Jika anda seorang pembina PC yang ingin membina sebuah komputer yang kecil tetapi berkuasa, ZOTAC akhirnya hadir dengan kad grafik NVIDIA GTX 1080 Ti yang paling kecil dan berkuasa mereka, ZOTAC GTX 1080 Ti ArcticStorm Mini. Rekaan kad grafik terbaru daripada ZOTAC ini hadir dengan blok penyejuk cecair, khusus untuk mereka yang mahu membina sistem […]

Perbandingan Nokia 7, Xiaomi Mi A1 Dan Asus Zenfone 4

Oktober 19, 2017 0

Peranti kelas pertengahan Nokia 7 telah dilancarkan di China hari ini. Ia dilengkapi skrin 5.2″ dan pempross Snapadragon 630. Seperti pada Nokia 8, Nokia 7 mempunyai fungsi bothie yang membolehkan rakaman gambar dilakukan serentak menggunakan kedua-dua kamera. Mari lihat perbandingan peranti ini dengan Xiaomi Mi A1 dan Asus Zenfone 4. Ketiga-tiga peranti adalah peranti kelas […]

Gran Turismo Sport Menyertakan Mod Foto Yang Mengandungi Lokasi-Lokasi Di Malaysia

Oktober 19, 2017 0

Peminat siri permainan Gran Turismo pasti menyukai mod foto yang disertakan bermula dengan Gran Turismo 4 yang dilancarkan di Playstation 2 lepas. Kini, mod foto tersebut kembali untuk permainan Gran Turismo Sport dengan nama mod Scapes Photography, dimana pemain berpeluang untuk merakamkan gambar foto kenderaan-kenderaan pemain di pelbagai lokasi yang menarik seluruh dunia. Antara lokasi […]

RM399 hadiah percuma sempena promosi Zenfone 4 Max (ZC520KL)

Oktober 19, 2017 0

Adakah anda berminat dengan telefon pintar yang tidak terlalu besar, tetapi memiliki kapasiti bateri yang lebih dari biasa? Jika ya, kami cadangkan anda melihat telefon pintar ASUS yang baru sahaja tiba di Malaysia ini, ZenFone 4 Max (ZC520KL) dengan skrin sebesar 5.2-inci. Nama Zenfone 4 Max ini bukanlah baharu, kerana versi 5.5-inci (ZC554KL) telah pun dijual di Malaysia sejak bulan September lepas pada harga RM1,099. Jika ianya terlalu besar, anda boleh mendapatkan versi 5.2-inci yang lebih kecil ini pada harga hanya RM799 sahaja. Telefon pintar Zenfone 4 Max 5.2-inci kini telah dijual di seluruh Malaysia dengan tiga pilihan warna iaitu Hitam, Emas dan Merah Jambu. Tetapi terdapat satu promosi jualan khas akan diadakan pada hari Jumaat ini, 20 Oktober 2017. ASUS bekerjasama dengan stor premium Satu Gadget di Menara PGRM Cheras, dengan menawarkan hadiah percuma bernilai RM399 dengan pembelian Zenfone 4 Max 5.2-inci di sana. Hadiah percuma tersebut adalah: 1. Powerbank ZenPower Slim 4,000mAh 2. Lampu LED Lolli Flash 3. Kayu Selfie 4. Kabel OTG USB tambahan 5. Kable USB tambahan 6. Pelindung skrin 7. Bantal We Love Photo 8. Nota berpelekat We Love Photo Jualan khas ini akan bermula pada jam 9 malam pada hari Jumaat, 20 Oktober 2017. Alamat penuh stor premium Satu Gadget ini adalah: L1.01 & L1.08, Level 1, Tower 2, Menara PGRM, Jalan Pudu Ulu, 56100 Cheras, Kuala Lumpur. Zenfone 4 Max (ZC520KL) ini memiliki skrin IPS HD berukuran 5.2-inci, dan dikuasakan pemproses Snapdragon 425. Ia dilengkapi RAM 3GB bersama storan dalaman 32GB. Salah satu perkara menarik adalah sokongan tiga kad serentak, iaitu dua kad sim dan kad mikro boleh digunakan secara aktif. Tarikan utama pastinya kapasiti bateri yang besar, iaitu 4,100mAh yang dipadankan bersama pengecas 10W (5V/2A). Ia turut boleh bertindak sebagai powerbank bagi mengecas peranti lain. Kameranya juga tidak boleh dipandang enteng. Di belakang ia menggunakan lensa berkembar, lensa telefoto 13MP F2.0 25mm bersama lensa lebar 5MP 120-darjah 17.9mm. Kamera hadapan pula 8MP 24mm bersama LED Flash bercahaya lembut untuk swafoto yang senantiasa cerah. Jika bajet anda dibawah RM800 dan anda perlukan telefon pintar yang boleh bertahan seharian, jangan lupa untuk menjenguk Zenfone 4 Max (ZC520KL) ini. Lebih-lebih lagi dengan promosi terbaik di Satu Gadget yang memberikan hadiah percuma bernilai RM399. Maklumat lanjut tentang promosi ini boleh dirujuk di Facebook Satu Gadget. Manakala info tentang Zenfone 4 Max (ZC520KL) boleh dilayari di laman web ASUS.

The post RM399 hadiah percuma sempena promosi Zenfone 4 Max (ZC520KL) appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Tiga duta baru sambut ketibaan pakar selfie OPPO F5

Oktober 19, 2017 0

Vivo sudah, Huawei pun sudah. Samsung dah lama, tapi Xiaomi paling lama. Apple katanya hujung tahun baru tiba. Kini giliran OPPO pula untuk tampil dengan telefon pintar dengan skala skrin yang pelik 18:9. OPPO telah memberikan petunjuk tentang ketibaan telefon pintar terbarunya, OPPO F5 ke Malaysia. Ia dikatakan akan menjadi telefon pintar pertama OPPO memiliki skrin FHD+ dengan resolusi 2160×1080. Kelebihannya tidak terhad pada skrin sahaja, kerana OPPO F5 menjadi model terbaru kembalinya telefon pakar selfie dari OPPO. Belum ada sepsifikasi rasmi tentang OPPO F5, tetapi ia dijangkakan memiliki bukan satu, tetapi dua kamera hadapan untuk swafoto paling sempurna. Tetapi OPPO tidak berhenti sekadar memberi petunjuk tentang telefonnya sahaja. Di Facebook OPPO Malaysia, mereka kini sedang menjalankan peraduan teka duta baru OPPO F5. Dikhabarkan bukan satu, tetapi terdapat tiga orang duta baru akan diumumkan. Tiga orang duta ini kesemuanya berbangsa Cina, tetapi hanya seorang sahaja wanita. Dua orang lagi adalah lelaki. OPPO Malaysia kini mengadakan peraduan teka duta baru OPPO F5 di Facebook, yang berjalan dari 18 hingga 21 Oktober 2017. Hadiah misteri disediakan untuk mereka yang dapat meneka dengan tepat. Now, let's welcome our new OPPO F5 ambassador! She's the epitome of real beauty and goddess. Can you guess who is she?… Posted by OPPO on Tuesday, October 17, 2017 Sementara menanti tibanya OPPO F5 ni, apa kata pergi cuba teka nama duta baru dia. Nampak ada banyak petunjuk dalam ruangan komen tu. Belum ada tarikh rasmi ketibaan OPPO F5 ini di Malaysia, tetapi kami jangkakan ia akan tiba sebelum bulan November.

The post Tiga duta baru sambut ketibaan pakar selfie OPPO F5 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Lagi banyak tap Samsung Pay lagi besar ganjaran Samsung Rewards

Oktober 19, 2017 0

Semakin banyak kali anda berbelanja, semakin hebat hadiah yang boleh anda perolehi menerusi Samsung Pay. Sistem pembayaran moden cashless atau nirtunai dari Samsung ini, kini menyediakan hadiah ganjaran yang dipanggil Samsung Rewards. Yang menariknya, tapi mungkin ada yang rasa kurang tertarik, mata ganjaran yang diberikan dalam Samsung Rewards ini berdasarkan penggunaan, bukannya jumlah perbelanjaan. Contohnya, anda ke McDonalds dan berbelanja RM20, kemudian ke pasaraya Giant dan berbelanja RM50, seterusnya mengisi minyak Petronas sebanyak RM50, semuanya menggunakan Samsung Pay. Berapakah mata ganjaran Samsung Rewards anda? Jika anda masih di peringkat Gangsa, mata ganjaran yang anda perolehi hanyalah 30 mata sahaja. Ini kerana setiap perbelanjaan memberikan 10 mata, tidak mengira jumlah pembayaran. Ini sangat berbeza dengan mata ganjaran kad kredit, yang mana biasanya diberi berdasarkan jumlah pembayaran. Tetapi membayar menggunakan kad kredit melalui Samsung Pay, memberikan anda dua kali ganjaran. Antara hadiah yang boleh ditebus menggunakan mata ganjaran di Samsung Rewards ini adalah seperti kupon minuman Juice Works, dal.komm COFFEE, Coffee Bean, kupon makanan Kenny Rogers, tiket wayang GSC, kupon Lazada, serta beberapa aksesori Samsung seperti pengecas wayarles, powerbank 10,000mAh, Gear IconX serta jam pintar Gear S3 Frontier. Sebagai bonus pengenalan, Samsung memberikan 450 mata ganjaran percuma untuk masa terhad. Kemudian, mata akan diberi berdasarkan tahap. Untuk 5 pembelian Samsung Pay yang pertama, pengguna akan berada di tahap Gangsa yang memberi 10 mata untuk setiap pembelian. 15 pembelian selepas itu pula, meletakkan pengguna di tahap Perak dengan 20 mata setiap pembelian. Selepasa 20 pembelian ini, pengguna berada di tahap Emas yang memperoleh 40 mata bagi setiap pembelian. Samsung Pay adalah satu sistem pembayaran mudah melalui telefon pintar, yang serasi digunakan bersama terminal pembayaran kad baru berasaskan NFC, atau model lama berasaskan jalur magenetik. Setakat ini, Samsung Pay boleh digunakan bersama beberapa kad debit/kredit yang terpilih dari Maybank, Citibank, CIMB Bank, RHB dan Standard Chartered sahaja. Manakala telefon pintar Samsung yang boleh menggunakan Samsung Pay pula adalah Galaxy A5 & A7 (2016 & 2017), Galaxy Note5, Galaxy S6 edge+, Galaxy A9 Pro, Galaxy S7 & S7 edge, Galaxy S8 & S8+, Galaxy Note8 serta jam pintar Gear S3. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Samsung Pay Malaysia.

The post Lagi banyak tap Samsung Pay lagi besar ganjaran Samsung Rewards appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Nokia 7 Kini Rasmi – Diperkasakan Snapdragon 630 Dan Fungsi Kamera Bothie

Oktober 19, 2017 0

Nokia 7 kini rasmi dan ia adalah peranti dengan skrin 5.2″ IPS LCD HD penuh, dijana pemproses Snapdragon 630, memori sebesar 4/6 GB RAM dan storan 64/128 GB. Dari segi kamera pula ia dilengkapi kamra utama 16-Megapixel 1.12um f/1.8 dan kamera hadapan 5-Megapixel 1.4um f/2.0. Sebuah bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa pada peranti ini dan mengecas […]