Berita

Bagaimana Mengambil Gambar Terbaik Menggunakan Huawei P10?

Ogos 22, 2017 0

Huawei P10 dan Huawei P10 Plus menawarkan keupayaan fotografi mudah-alih yang menyeluruh, dengan menawarkan sejumlah fungsi menarik untuk digunakan sewaktu sesi penggambaran. Melalui kehadiran sensor kamera hasil kejuruteraan bersama Leica, Huawei P10 memberikan kualiti penggambaran yang cukup jitu, melalu padanan dwi-kamera 20MP berasaskan sensor monokrom dan berwarna. Dengan penawaran fungsi pengimejan yang pelbagai ini, beberapa […]

Papan kekunci mekanikal berlampu unik di laptop ILLEGEAR RAVEN

Ogos 22, 2017 0

Laptop kelas pertengahan pun dapat merasa papan kekunci mekanikal, apabila ILLEGEAR melancarkan RAVEN, model terbaru mereka menggantikan barisan Q5 EVO. RAVEN juga adalah laptop gaming bertahap permulaan, menggunakan pemproses dan kad grafik yang berkuasa. Dengan harga bermula dari RM4,099, RAVEN boleh dimuatkan dengan pemproses Intel Core i5-7300HQ bersama kad grafik NVIDIA GeForce GTX1050 4GB GDDR5. Ini mencukupi untuk menggerakkan semua tajuk permainan terkini dengan tetapan kualiti yang agak memuaskan. Selain harga yang menarik, ILLEGEAR juga menaik taraf RAVEN hampir semua aspek berbanding Q5 EVO. RAVEN kini 4mm lebih nipis, 300 gram lebih ringan malah dengan saiz badan yang lebih kecil. Tetapi, ia dimuatkan dengan kapasiti bateri yang 23% lebih besar, bersama kuasa bunyi tambahan, subwoofer berkuasa 3-watt. Laptop ini memiliki paparan IPS berukuran 15.6-inci HD Penuh. Ia boleh diisi sehingga 32GB RAM DDR4 dalam dua slot, serta storan hingga 4TB melalui 2 slot SSD M.2 dan 1 slot SATA HDD 2.5-inci. Perkara paling menarik di RAVEN adalah papan kekunci mekanikal bersaiz penuh ciptaan ILLEGEAR sendiri. Malah, semua kekunci ini memiliki lampu belakang RGB yang boleh diubahsuai warnanya. Untuk sambungan luar, ia dibina bersama port HDMI x1, USB 2.0 x2, USB 3.0 x2, USB-C 3.1 x1, Gigabit LAN x1, fonkepala dan mikrofon. Kesemua port ini terletak di belakang laptop, kecuali dua port audio. Ia juga disertakan pembaca kad memori 4-dalam-1. Semua laptop ILLEGEAR dibina atas tempahan, maka pelbagai spesifikasi boleh ditetapkan sebelum tempahan akhir dibuat. Antara pilihan perkakas dan harga yang disediakan ILLEGEAR untuk model RAVEN ini adalah: Core i5-7300HQ + GTX1050 + 8GB DDR4 + 1TB HDD = RM4,099 Core i7-7700HQ + GTX1050 + 8GB DDR4 + 1TB HDD = RM4,498 Core i5-7300HQ + GTX1050Ti + 8GB DDR4 + 1TB HDD = RM4,398 Core i7-7700HQ + GTX1050Ti + 8GB DDR4 + 1TB HDD = RM4,797 Untuk lebih banyak pilihan, semak di laman jualan ILLEGEAR RAVEN. Maklumat lanjut tentang laptop ini pula boleh didapati di laman produk ILLEGEAR RAVEN.

The post Papan kekunci mekanikal berlampu unik di laptop ILLEGEAR RAVEN appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Gerhana matahari punca Oreo dipilih untuk Android O?

Ogos 22, 2017 0

O untuk Oreo? Ia masih belum disahkan tetapi khabar angin ini bertiup kencang di dalam dunia internet hari ini. Apatah lagi, apabila majlis pelancaran Android O semakin hampir. Android O adalah sistem operasi terbaru dari Google, yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Lebih tepat lagi, pada 21 Ogos 2017 jam 2.40 petang iaitu hari ini. Bagaimanapun, tarikh ini adalah waktu di Amerika Syarikat, jadi waktu yang tepat di Malaysia adalah jam 2.40 pagi pada 22 Ogos 2017. A bird? A plane? No, it’s #AndroidO, touching down to Earth for #Eclipse2017 & bringing super (sweet) new powers: https://t.co/7nslzmxar3 pic.twitter.com/MFxHxUdiia — Android (@Android) August 18, 2017 Tetapi lebih menarik lagi, Google memilih masa dan tarikh ini kerana ia akan berlaku serentak dengan gerhana matahari di Amerika Syarikat. Malagnya, sebab ia waktu malam di Malaysia, jadi kita tak dapat tengok gerhana matahari ini. Oreo dan Android kuat dikaitkan kerana pada tahun 2015, Oreo pernah membuat kempen iklan berkenaan #oreoeclipse, atau gerhana Oreo. Dengan pemilihan Google untuk melancarkan nama rasmi Android O pada waktu gerhana, ia menambah kepastian nama Oreo akan dipilih. Majlis pelancaran Android O boleh ditonton menerusi strim secara langsung di laman web Android Eclipse. Fenomena gerhana matahari yang sama juga boleh ditonton di saluran YouTube Nasa. Nasa akan bersiaran secara langsung bermula jam 12 tengah hari EST, atau 12 tengah malam ini waktu Malaysia. Adakah anda merasakan Google akan memilih Oreo? Pengumuman Android KitKat yang lepas juga dibuat tidak dijangka ramai. Atau anda mempunyai nama manisan lain yang lebih menarik bermula dengan O? Layari laman web Android O untuk maklumat lanjut.

The post Gerhana matahari punca Oreo dipilih untuk Android O? appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Hacker Indonesia Godam 27 Laman Web Kita Selepas Isu Bendera Terbalik

Ogos 22, 2017 0

Sukan SEA yang sedang berlangsung di negara kita beberapa hari ini kecoh dengan isu bendera terbalik pada salah satu medium bercetak terbitan pihak penganjur. Yang menjadi mangsa adalah bendera Indonesia. Pembukaan #SEAgame2017 yg bagus tapi tercederai dg keteledoran fatal yg amat menyakitkan. Bendera kita….Merah Putih. Astaghfirullaah… pic.twitter.com/k92SlDdBqB — Imam Nahrawi (@imam_nahrawi) August 19, 2017 Ia mencetuskan kemarahan rakyat jiran terhadap negara dek kegagalanmengenal pasti kesalahan ini sebelum penerbitan. Para penggodam Indonesia tidak melepaskan peluang melempiaskan amarah kepada laman-laman web dari Malaysia. Sebanyak 27 alamat dikenal pasti sudah digodam dan laman utamanya digantikan dengan mesej yang menyatakan kemarahan mereka tentang isu tersebut. Walau bagaimanapun, tiada laman web kritikal ataupun laman web kerajaan yang menjadi mangsa. 27 laman web yang diserang adalah laman web picisan seperti: http://2017investorsguide.com http://aziziali.com http://aziziali.my http://aziziali.net http://beahappymillionaire.com http://beliemas.com.my http://belisuratpajak.com http://belowmarketvalue.properties http://bonda.com.my http://cashflowprinciple.com http://gosipadan.com http://innercircle.com.my http://innercircle.my http://kolejjutawan.com http://kualalumpurmalaysia.com http://lawyerhartanah.com http://masauntukemas.com http://mesinwang.com http://millionairesguidetogreatness.com http://money101mastery.com http://pakejumrah.com.my http://pelaburanhartanah.com http://pendapatanpasifseumurhidup.com http://rahsiaemas.com http://rahsiasuratpajak.com http://retirerich.guru http://rezekiberniaga.com Pemohonan maaf secara rasmi sudahpun dilakukan oleh YB. Khairi Jamaluddin sendiri dan beliau sudahpun bersemuka dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Tuan Imam Nahrawi. Terima kasih atas pertemuan yg hangat tadi siang Bapak @Khairykj Surat permohonan maaf ini akan saya laporkan kepada bapak Presiden.-IN pic.twitter.com/WzAu6y81SO — Imam Nahrawi (@imam_nahrawi) August 20, 2017 Walau apapun, mari kita raikan semangat kesukanan yang menebal dalam kedua-dua negara dan jangan jadikan isu ini merencat kemeriahan acara sukan ini bagi baki 9 negara yang menyertai. [Sumber: Elshinta]

The post Hacker Indonesia Godam 27 Laman Web Kita Selepas Isu Bendera Terbalik appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Tak perlu risaukan storan dengan si cilik Nubia Z17 mini

Ogos 22, 2017 0

Nubia baru sahaja memasuki pasaran Malaysia pada Jun lepas, dengan penampilan bergaya 4 telefon pintar yang sesuai untuk segenap peringkat usia. Hari ini, mereka tampil sekali lagi dengan memperkenalkan Nubia Z17 Mini. Nubia Z17 Mini membawakan rupa mewah dan elegan Nubia Z17 dalam badan serba besi yang lebih kecil. Skrinnya seluas 5.2-inci, padat dengan piksel beresolusi HD penuh. Bak kata orang tua, kecil-kecil cili padi memang sangat sesuai dengan Nubia Z17 mini ini. Nampak sahaja kecil tetapi telefon ini disertakan RAM sebanyak 6GB serta storan dalaman yang amat besar iaitu 128GB. Slot mikroSD turut bersedia memberi ruang tambahan sehingga 200GB jika perlu. Kuasa pemproses diuruskan oleh cip Snapdragon 653 8-teras yang berkuasa tinggi. Cuma kapasiti bateri dilihat agak kecil untuk peranti masa kini, hanya 2,950mAh. Tetapi dengan teknologi NewPower, Nubia menyatakan Z17 Mini boleh bertahan sehingga 2 hari lamanya. Di bahagian kamera, Nubia beroleh bantuan Sony bagi menghasilkan dua lensa 13MP di belakang, gandingan sensor RGB dan monokrom seperti Leica di Huawei P10. Kamera ini dilindungi kaca nilam dan dibantu oleh sistem autofokus PDAF yang pantas serta LED Flash. Untuk kamera hadapan, Nubia memuatkan lensa 16MP dengan apertur F2.0 beserta pelbagai filter dan mod kecantikan bagi tangkapan swafoto sempurna. Satu lagi kekurangan ketara pada Nuia Z17 mini adalah penggunaan Android 6.0 Marshmallow. Melihatkan Android O bakal dilancarkan tidak lama lagi, ketiadaan ANroid 7.0 Nougat agak mengecewakan. Tetapi kekurangan Nubia Z17 mini kurang dirasai melihatkan kepada harga jualannya, iaitu RM1,699. Dan ia menjadi lebih menarik apabila Nubia Malaysia mengumumkan tawaran pengenalan yang amat istimewa. Nubia Z17 mini kini telah dibuka tempahan sehingga 31 Ogos 2017, dan dijual dengan diskaun RM100, menjadikan harganya RM1,599 sahaja. Malah, khas buat 100 tempahan pertama, pembeli akan menerima pelindung kulit, pelindung skrin tempered glass dan Plan Perlindungan Telefon Pintar Nubia yang memberi perlindungan kepada keretakan skrin, kerosakan disebabkan air dan kerosakan keseluruhan. Ketiga-tiga hadiah percuma ini bernilai RM599! Jika berminat, tempahan awal Nubia Z17 mini boleh dibuat dalam talian di Stor Online Nubia Malaysia, Lazada, Shopee, 11street dan DirectD, serta di pengedar sah Nubia di seluruh Malaysia. Jangan terlepas untuk merebut tawaran istimewa Nubia Z17 mini ini. Untuk mengenali dengan lebih lanjut, layari laman produk Nubia Z17 mini.

The post Tak perlu risaukan storan dengan si cilik Nubia Z17 mini appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Google lantik Oreo untuk Android O 8.0

Ogos 22, 2017 0

Tak perlu berteka-teki lagi. Pagi ini, Google mengesahkan nama Oreo dipilih untuk versi ke-8 sistem operasi mudahalih mereka. Nama Oreo ini juga nampakanya tidak memeranjatkan ramai pihak, kerana telah banyak maklumat bocor telah tersebar sebelum ini. Tetapi pemilihan Oreo kali ini sangat unik, boleh dikatakan akan berlaku sekali sahaja sepanjang hayat ini. Majlis pelancaran Oreo diadakan Google serentak dengan gerhana matahari yang melanda Amerika Syarikat. Ketibaan superhero Oreo ibarat bulan yang menutupi matahari dan menghasilkan gerhana. #AndroidOreo has touched down on planet Earth. See how our superhero makes your device smart, powerful, fast, & secure. #SolarEclipse2017 pic.twitter.com/Lkz4qSZunu — Android (@Android) August 21, 2017 Selesai dengan pengumuman nama rasmi, kita pergi ke bahagian yang lebih penting. Bilakah Oreo akan tiba di telefon pintar? Seperti biasa, peranti Google iaitu Pixel dan Nexus akan menjadi yang terawal menerimanya. Antara yang disenaraikan adalah Pixel, Pixel XL, Nexus 5X, Nexus 6P, tablet Pixel C dan juga Nexus Player. Produk Nexus yang lebih lama kelihatan tidak akan menerima Oreo kerana polisi kemaskini selama 2 tahun sahaja. Bagi jenama lain, ia bergantung kepada pengeluar tersebut. Boleh dijangka, peranti kelas utama yang dilancarkan tahun ini menjadi pilihan utama untuk menerima kemaskini Oreo. Untuk peranti kelas pertengahan dan permulaan, berdoalah agar pengeluar akan memberikan kemaskini Oreo untuk peranti anda. Atau anda boleh terus dapatkan Oreo di kedai berhampiran untuk mengubat duka lara ini. Android 8.0 Oreo membawakan banyak fungsi baru seperti gambar-dalam gambar (PIP), dot notifikasi, pelengkap borang automatik, emoji serba baru, aplikasi segera (instant apps) dan banyak lagi. Layari laman web Android Oreo untuk lebih banyak maklumat tentangnya. Sementara tu, adakah anda tahu susunan nama Android sebelum ini? Cuba uji memori anda sebelum melihat jawapan di bawah ini. Cupcake Donut Eclair Froyo Gingerbread Honeycomb Ice Cream Sandwich Jelly Bean KitKat Lollipop Marshmallow Nougat OREO P ???

The post Google lantik Oreo untuk Android O 8.0 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Sanggup tak beli Galaxy Note8 berharga RM5,000?

Ogos 22, 2017 0

Esok, 23 Ogos 2017 adalah tarikh pelancaran phablet terbaru Samsung, Galaxy Note8. Ia adalah satu majlis yang sangat penting buat Samsung untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai, di samping melupakan duka lama. Tetapi berbaloikah mendapatkan Galaxy Note8 jika ia menjadi telefon pintar Samsung paling mahal dijual? Galaxy Note7 dalam kenangan Kita perlu nantikan perasmiannya dan meneliti segala teknologi dan kecanggihan Galaxy Note8 sebelum memutuskan berbaloi atau tidak harganya. Bagaimanapun satu laman web di China dilaporkan, memberi petunjuk harga Galaxy Note8 di sana. Laman web IT Home menulis, Galaxy Note8 akan hadir dalam tiga jenis storan dengan harga seperti berikut: 6 GB RAM / 64 GB storan – RMB6,288 (~RM4,040) 6 GB RAM / 128 GB storan – RMB7,088 (~RM4,554) 6 GB RAM / 256 GB storan – RMB7,988 (~RM5,132) Ianya tidak mengejutkan jika Galaxy Note8 hadir dengan storan minima 64GB, kerana ia adalah apa yang terdapat di Galaxy S8 & S8+. Tetapi yang mengejutkan adalah harganya bermula dari RM4,000 jauh meninggalkan Galaxy S8+ yang berharga RM3,699 di Malaysia. Menambah kejutan adalah harga Galaxy Note8 boleh mencecah RM5,000 dengan storan 256GB, memecah rekod harga telefon pintar Samsung Galaxy selama ini. Cuma jika benar versi 256GB ini dihasilkan, berkemungkinan besar ia tidak akan tiba di Malaysia, berdasarkan sejarah jualan Samsung Galaxy yang lalu. Apakah yang perlu dilakukan Samsung untuk menjadikan Harga RM4,000 sesuai dengan Galaxy Note8? Setakat ini, khabar angin menyatakan ia akan datang dengan cip yang sama dengan Galaxy S8 iaitu Snapdragon 835 atau Exynos 8895, RAM 6GB, paparan Infinity Display dan paling utama kamera berkembar berkuasa zum optikal. Sudah pasti ia tidak mencukupi dan Samsung perlu menerapkan teknologi yang jauh lebih tinggi dari ini untuk menjualnya pada harga RM4,000++. Apa lagi yang anda rasa perlu ada di dalam Galaxy Note8 untuk harga sebegini? Kita nantikan pengumuman rasmi Samsung di majlis pelancaran Galaxy Note8 malam esok. [SUMBER: AndroidAuthority]

The post Sanggup tak beli Galaxy Note8 berharga RM5,000? appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Cip Intel Core Generasi 8 Mula Perkasa Komputer Seawal September 2017

Ogos 22, 2017 0

Intel, selain Google, turut memperkenalkan sesuatu semasa berlakunya gerhana matahari di Amerika Syarikat awal pagi tadi. Intel Core generasi ke-8 adalah cip pemproses terkini daripada mereka yang dikatakan menjadi jambatan transisi daripada dunia 14nm ke 10nm. 8th Gen Core Processor Family Debut Simple, convenient, powerful. Introducing the 8th Generation Intel Core Processor: http://intel.ly/2wUfpr8 Posted by Intel on Monday, August 21, 2017 Keluarga generasi ke-8 Intel Core paling awal diperkenalkan adalah empat model pemproses untuk komputer mudah alih iaitu i7-8650U i7-8550U i5-8350U i5-8250U Pelbagai penambahbaikkan telah disuntik pada cip ini daripada peningkatan kelajuan hinggalah teknologi proprietari seperti Hyper-Threading. Yang pasti, pengguna boleh menjangkakan peningkatan prestasi sekurang-kurangnya 25% berbanding cip generasi ke-7 ataupun 200% peningkatan berbanding cip generasi ke-3. Cip terbaru ini juga ingin melicinkan akses pengguna terhadap kandungan mulitmedia 4K UHD serta teknologi VR. Komputer yang menggunakan cip Intel Core generasi ke-8 dijangka mula dijual seawal September ini.  Intel Core Generasi 8 juga akan menyaksikan Intel bakal hadir dengan pemproses 10nm pertama mereka dengan kod nama Cannon Lake. Ia menjadikan cip Intel Core Generasi 8 adalah keluarga yang pertama mempunyai tiga kod nama iaitu Kaby Lake (14nm), Coffee Lake (14nm), dan Cannonlake (10nm). [Sumber: Intel]

The post Cip Intel Core Generasi 8 Mula Perkasa Komputer Seawal September 2017 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Revolusi Kecerdasan Buatan (AI) Adalah Semua Mengenai Manusia, Kata Pengusaha Pembantu Suara Pintar, Siri

Ogos 21, 2017 0

Menjelang tahun 2050, dunia di sekeliling anda, berkemungkinan pembantu digital yang berasaskan kecerdasan buatan (AI) akan memastikan rumah anda akan beroperasi lancar.

Skrin anda akan tahu citarasa anda dan menunjukkan saluran yang anda mahu lihat semasa anda memasuki bilik dan kereta anda boleh memandu tanpa seorang pemandu. 

Situasi masa depan yang dikuasai kecerdasan buatan (AI) semakin mungkin menjadi kenyataan, tetapi bagi Antoine Blondeau mempunyai pengalaman dalam mengolah serta berusaha dalam mengembangkan teknologi  menjadi teks ramalan dan pembantu pintar digital "Apple Siri".

"Dalam 30 tahun dunia akan sangat berbeza," katanya sambil menambahkan: "Perkara akan dirancang untuk memenuhi keperluan individu anda."

Katanya lagi - kemajuan visual dan deria dalam robotika akan melihat kilang-kilang pintar membuat keputusan masa nyata yang memerlukan hanya pengawasan manusia dan bukan pekerja, sementara profesion seperti undang-undang, kewartawanan, perakaunan dan runcit akan diselaraskan dengan proses menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang melakukan kerja-kerja awal dan proses biasa.

Industri kesihatan ditetapkan direvolusikan, dengan individu yang memegang semua data mengenai kesihatan umum masing-masing dan kecerdasan buatam (AI) mampu mendiagnosis penyakit, beliau menerangkan.

Blondeau berkata: "Sekiranya anda mempunyai temujanji doktor, ia adalah kemungkinan untuk perkara-perkara yang perlu bercakap melalui manusia, atau mungkin kerana peraturan perlu manusia untuk menetapkan perubatan. Tetapi anda tidak semestinya memerlukan doktor untuk memberitahu apa penyakit yang anda ada. "

Asasnya telah dilakukan: Amazon's Alexa dan Google Home kini dapat melakukan arahan seperti tempah pizza ke menguruskan perkakasan untuk beroperasi, sementara Samsung sedang menghasilkan pelbagai alat 'pintar', yang mampu memberi taklimat harian, tempahkan barangan runcit, atau menghantar mesej kepada keluarga anda atas permintaan anda.

Syarikat-syarikat media terkemuka telah menggunakan 'wartawan AI' untuk menghasilkan bahan cerita ekonomi dan cerita sukan yang mudah dari data dan templat yang dicipta oleh rakan sejawat mereka.

Firma Sentral Technologies miliki Blondeau telah berjaya menggunakan pedagang AI di pasaran kewangan.

Dakwaan orang ramai tentang kecerdasan buatan (AI) yang akan menyebabkan redundansi adalah menakutkan, tetapi pandangan Blondeau adalah pragmatik: manusia semestinya perlu memikirkan semula kerjaya dan tentang pendidikan.

"Orang ramai perlu melatih semula dan mengubah kemahiran seiring teknologi yang berkembang."

(Sumber - AFP)

 

Siapa Makan Cili, Dia Terasa Pedas…

Ogos 21, 2017 0

‘Kalau tak pedas, tak kick laaa….’ Masak lemak cili padi, rendang, kari kepala ikan, chicken cashew nut, mi sizzling…. Kebanyakan menu di Malaysia ini menggunakan sejenis bahan yang sangat penting – CILI. CILI Cili adalah sejenis buah dari pokok genus Capsicum. Kebanyakan cili-cili yang digunakan di negara kita mungkin dari Capsicum annuum dan Capsicum frutescens […]

The post Siapa Makan Cili, Dia Terasa Pedas… appeared first on Root of Science.