Berita

Huawei P40 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Secara Rasminya Esok, 2 April

April 1, 2020 0

Huawei Malaysia kini telah mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar mercu untuk tahun ini, iaitu siri Huawei P40 secara rasminya esok, 2 April 2020. Siri ini akan dilancarkan melalui acara atas-talian. Siri Huawei P40 menawarkan tiga peranti dibawahnya, iaitu Huawei P40, Huawei P40 Pro dan Huawei P40 Pro Plus. Ia hadir dengan spesifikasi […]

Sony WF-XB700 Dan WH-CH710N Dilancarkan Dengan Pembatalan Hingar Aktif

April 1, 2020 0

Pada tahun 2020, sistem pembatalan hingar pada aksesori audio mula dilihat sebagai fungsi penting sama seperti kemampuan kalis air pada telefon pintar. Sony ialah antara pelopor teknologi ini pada fon kepala dan fon telinga keluaran mereka. Terkini mereka melancarkan WF-XB700 Dan WH-CH710N yang kedua-duanya hadir dengan pembatalan hingar aktif. Sony WF-XB700 ialah fon telinga nirwayar […]

Fitbit Milik Google Memperkenalkan Fitbit Charge 4 Dengan Sokongan GPS

April 1, 2020 0

Fitbit merupakan salah satu syarikat pengeluar peranti kecergasan yang tidak asing bagi ramai pengguna. Pada November 2019 lepas, Google telah pun mengumumkan mereka akan mengambil-alih Fitbit, dan kini peranti pertama selepas pengambil-alihan telah pun diperkenalkan, iaitu Fitbit Charge 4. Fitbit Charge 4 hadir dengan rekaan yang lebih kurang sama seperti Charge 3 sebelum ini. Tetapi, […]

Kelak WhatsApp Boleh Digunakan Pada Lebih Dari Satu Peranti Serentak

April 1, 2020 0

Saya bukanlah pengguna tegar WhatsApp kerana pertama sekali ia hanya boleh digunakan pada satu peranti pada satu-satu masa. Sebagai insan yang kerap bertukar peranti untuk ulasan, proses mengaktifkan WhatsApp ada peranti baharu amat melecehkan. Tetapi ini mungkin akan dapat diselesaikan jika WhatsApp menyokong penggunaan pada lebih pada satu peranti serentak. Menurut WaBetaInfo, ciri ini sedang […]

OnePlus Mengesahkan OnePlus 8 Akan Menggunakan Snapdragon 865, Skrin 120Hz, Memori LPDDR5, Storan UFS 3.0

Mac 31, 2020 0

OnePlus semalam telah pun mengumumkan tarikh pelancaran OnePlus 8 yang dijadualkan pada 14 April 2020 kelak. Lanjutan daripadanya, kini pihak OnePlus berkongsi beberapa perkara teknikal yang bakal dibawakan oleh telefon pintar berkenaan. Menurut OnePlus, telefon pintar akan datang mereka ini akan dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 – sekaligus menawarkan peningkatan 25% pada CPU dan […]

Grab Mengumumkan Waktu Operasi Baru Untuk GrabCar, GrabExpress Dan GrabFood

Mac 31, 2020 0

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan memasuki fasa kedua bermula 1 April 2020, kini beberapa pihak telah mengumumkan waktu operasi baru untuk perkhidmatan mereka. Tidak ketinggalan adalah Grab, dimana kini mereka mengumumkan waktu operasi baru untuk GrabCar, GrabExpress dan juga GrabFood. Menurut Grab, bermula esok, 1 April 2020, perkhidmatan seru-pandu kereta mereka, iaitu GrabCar akan dihadkan operasi […]

Huawei Berharap Aplikasi Dan Perkhidmatan Google Dapat Ditawarkan Melalui AppGallery – Seumpama Pada AppStore

Mac 31, 2020 0

Google sedia menawarkan sejumlah aplikasi dan perkhidmatan mereka melalui kedai aplikasi milik Apple, iaitu AppStore. Lebih kurang sama sepertinya, kini Huawei berharap Google dapat menawarkan aplikasi dan perkhidmatan mereka melalui kedai aplikasi Huawei untuk peranti mudah-alih, dinamakan AppGallery. Seperti ramai sedia maklum, AppGallery merupakan alternatif untuk Google Play Store pada peranti Android keluaran Huawei. Mereka […]

Huawei P40 Pro Menerajui Skor Tertinggi Untuk Kamera Di DXOMark – Mencatatkan Skor 128

Mac 31, 2020 0

DXOMark sering hadir dengan skor untuk rakaman kamera belakang, sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk memilih sesuatu telefon pintar berdasarkan kepada keupayaan kamera. Terbaru, mereka telah pun mengeluarkan skor untuk telefon pintar terbaru Huawei, iaitu Huawei P40 Pro. Huawei P40 Pro mencatatkan skor sebanyak 128 di DXO Mark, sekaligus menduduki tangga teratas diantara semua telefon pintar […]

Kerangka “iPhone 9” Mula Muncul Dan Pelancaran Peranti Seawal Minggu Depan

Mac 31, 2020 0

Kewujudan peranti pengganti kepada iPhone SE telah kami dengari sejak tahun lalu. Pada waktu tersebut ia dijangka dipasarkan sekitar Mac 2019. Bulan Mac 2020 sudah hampir ke penghujung dan peranti yang dikatakan menggunakan nama iPhone 9 masih belum dipasarkan. Terkini menurut laporan MacRumor, kerangka untuk iPhone 9 telah mula muncul di pasaran, Kerangka “iPhone 4.7″ […]

(Dikemaskini) Cara Menebus Data Mudah Alih Percuma Sepanjang Tempoh PKP

Mac 31, 2020 0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion pada 27 Mac lepas. Ia bertujuan melindungi rakyat sekaligus membantu memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan Covid-19. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, kerajaan turut memperuntukkan pakej Internet khas percuma bernilai RM600 juta kepada semua pelanggan sehingga tempoh Perintah Kawalan […]