Berita

Penghasilan Sony PlayStation 3 Akan Dihentikan Di Jepun

Mac 19, 2017 0

Kita kini sedang di dalam generasi ke-tujuh konsol permainan komputer. PlayStation 4 memenangi perang konsol untuk generasi ini dengan jualan yang jauh lebih tinggi berbanding Xbox One dan Nintendo Switch sejak mula dijual pada tahun 2014. Sudah tiga tahun berlalu dan permintaan untuk konsol generasi ke-enam sudah berkurangan. Oleh sebab itu laman Sony mula memaparkan […]

Bagaimana enjin kereta berfungsi?

Mac 18, 2017 0

Enjin kereta terdiri daripada beberapa sistem: Pertama – Fuel system Fuel system akan mencampurkan gas dan udara pada kadar tertentu supaya pembakaran boleh berlaku di combustion chamber dengan bantuan spark plug Kedua – lubricating system Lubricating system diperlukan supaya komponen pada enjin dapat bergerak dengan lebih efisien. 2 komponen penting yang memerlukan lubricating system ialah piston dan bearing. Piston adalah komponen bergerak yang terdapat dalam cylinder. Cylinder ialah ruangan yang terdapat dalam enjin dimana piston akan bergerak dalamnya (the space in which a piston travels). Biasanya silinder disusun dalam enjin menggunakan bentuk V (dikenali sebagai v-type) namun ada juga yang disusun dalam bentuk W. Tetapi kebiasaanya enjin pada kereta akan menggunakan susunan V-type untuk silinder. Enjin V-type mempunyai 2 silinder yang hujungnya bertemu pada sebuah crankshaft. Kedudukan dua silinder diletakkan samada pada kedudukan 90 ataupun 60 darjah diantara satu sama lain. Enjin V-type biasanya kecil dan ini membolehkan lebih ruang dibina untuk tempat duduk penumpang.  V-type mempunyai banyak jenis dari v-2 sampailah v-24. Angka selepas v menunjukkan jumlah silinder yang terdapat pada satu-satu model enjin v type. Contohnya, v-24 menunjukkan 24 jumlah silinder pada sesebuah enjin. Jumlah silinder pula menunjukkan keupayaan sesebuah enjin dan lambang kuasa kuda bagi sesebuah kenderaan. ...

PC Building Simulator Membawakan Permainan Simulasi Membina Komputer Anda Tersendiri

Mac 18, 2017 0

Terdapat pelbagai jenis permainan berbentuk simulasi, dan kini salah satu permainan berbentuk simulasi terbaru yang sedang dalam fasa pembangunan adalah PC Building Simulator. Melaluinya, seperti pada namanya, ia membolehkan anda membina komputer anda tersendiri dengan memilih pelbagai komponen berbeza. Permainan ini masih pada peringkat awal pembangunan. Buat masa ini, hanya peringkat tutorial sahaja yang boleh […]

Adakah JDT Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Tersendiri?

Mac 18, 2017 0

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim sering mempunyai kaedah pemasaran tersendiri, selain pelbagai penawaran khusus untuk peminat mereka. Terkini, pasukan bola sepak berkenaan melalui laman Facebook mereka berkongsi sebuah video, memperlihatkan seumpama mereka akan hadir dengan sebuah telefon pintar khusus tersendiri. Menurut perkongsian berkenaan, JDT mengatakan ia akan dikeluarkan tidak lama lagi, dan meminta peminat […]

TM Yang Masih Gagal Mempopularkan HyppMe Menguji Satu Lagi Aplikasi Permesejan Baru

Mac 18, 2017 0

Telekom Malaysia sebelum ini telah sedia memperkenalkan aplikasi yang dinamakan sebagai HyppMe. Ia merupakan salah satu aplikasi permesejan tetapi turut hadir dengan sokongan panggilan suara ke talian tetap atau talian mudah-alih menggunakannya. Walaubagaimanapun, sedikit mendukacitakan kerana Telekom Malaysia tidak mempromosikannya, dan lebih kepada sekadar membuatnya semata-mata tanpa sebarang progress untuknya sehingga kini. Semakan kasar sendiri […]

Thermaltake Memperkenalkan Kerangka PC Thermaltake Core P1 Yang Boleh Digantung Pada Dinding

Mac 18, 2017 0

Rekabentuk kerangka komputer menjadi semakin kreatif saban hari. Walaupun rekabentuk tradisional masih menjadi pilihan orang ramai, semakin banyak kerangka atau casis dengan rekaan kreatif, seperti kerangka meja dan sebagainya menular di kalangan peminat pembina PC. Terkini, Thermaltake baru sahaja memperkenalkan kerangka mini-ITX terbaru mereka: Thermaltake Core P1. Kerangka ini adalah untuk mereka yang mahu membina […]

MSI Memperkenalkan Papan Induk MSI Z270 MPOWER Gaming Titanium

Mac 18, 2017 0

Jika wang bukan merupakan suatu masalah untuk anda, dan sedang mencari komponen untuk membina komputer gaming yang high-end, anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk membeli papan induk terbaru daripada MSI, iaitu MSI Z270 MPOWER Gaming Titanium. Papan induk siri Titanium merupakan siri yang tertinggi dari MSI. Ia bukan sahaja mempunyai kesemua teknologi terbaru daripada syarikat tersebut, […]

Microbiome Perut Boleh Jadikan Anda Gemuk atau Kurus!

Mac 18, 2017 0

Gambar ihsan sini. Rata-rata di antara kita sudah tidak kisah apabila ditanya tentang usia, benar? Tetapi apabila bertanya tentang berapa berat; ia mungkin satu malapetaka! Umum kita mengetahui ramai rakyat Malaysia sekarang bergelut dengan masaalah obesiti dan kegemukan. Sebenarnya, masalah ini bukanlah hanya tertumpu di Malaysia sahaja, malah menjadi perbincangan hangat sehingga ke peringkat Pertubuhan […]

Penuntut Malaysia Menang Pingat Emas Pertandingan Sains di Parlimen Britain

Mac 18, 2017 0

Oleh : Afiq Asri LONDON– Isnin lalu, seorang pelajar PhD dari Malaysia telah memenangi pingat emas bagi kategori Kimia di pertandingan STEM for Britain, yang diadakan di Parlimen United Kingdom. Di pertandingan tersebut, beliau telah membentangkan hasil penyelidikan beliau dalam laras bahasa yang mudah difahami golongan bukan saintis, dan disampaikan kepada ahli politik dan warga […]

Adakah asteroid 2012 TC4 akan menghentam bumi pada bulan Oktober 2017?

Mac 18, 2017 0

Pada 12 Oktober tahun 2017 sebuah asteroid yang bernama 2012 TC4 dijadualkan akan menghentam bumi. Setakat ini saintis masih belum tahu lagi berapa besarkah saiznya. Pada bulan Februari tahun 2013, sebuah bandar di Rusia iaitu Chelyabinsk telah dihentam sebuah meteorit mengakibatkan 1500 orang telah tercedera dan memusnahkan 7,200 bangunan. Meteorit yang bernama meteorit Chelyabinsk itu hanya mempunyai saiz sebesar 20 meter. Saintis menjangka saiz 2012 TC4 mungkin lebih kecil atau lebih besar dari saiz asteroid yang menghentam bandar Chelyabinsk dulu. Jika saiznyalebih besar, justeru kesan hentamannya akan lebih buruk daripada peristiwa 2013 dulu. Menurut seorang penyelidik, Judit Györgyey-Ries dari University of Texas berkata, “The size was estimated from the brightness, but we don’t know the reflectivity. So it could be smaller or larger, assume from 10 m to 40 m”  Sumber : Phys.org Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.