Berita

MediaTek Melancarkan Pemproses Helio P30 Dan P23 – Menyokong Penggunaan Dwi-SIM LTE Secara Serentak

Ogos 29, 2017 0

Seperti yang dijanjikan beberapa minggu yang lalu, pemproses MediaTek Helio P30 dan Helio P23 dilancarkan hari ini. Kedua-dua pemproses kelas pertengahan ini dilengkapi lapan teras dan dihasilkan menerusi teknologi 16nm FinFET. Kelebihan utama Helio P30 dan P23 ialah kemampuan menyokong penggunaan dua SIM LTE secara serentak pada sebuah peranti. Sebelum ini SIM kedua pada peranti […]

Samsung Memperkenalkan Tiga Monitor Baru Memfokuskan Pengguna Profesional

Ogos 29, 2017 0

Samsung sedia mempunyai penawaran skrin monitor untuk para peminat permainan video dan multimedia. Terkini, bersempena dengan IFA 2017, Samsung turut mengumumkan sebanyak tiga monitor baru yang memfokuskan kepada pengguna profesional untuk tujuan pejabat. Tiga model yang diumumkan adalah CH89 (berskrin 34-inci melengkung), CH80 (bersaiz 27-inci melengkung) dan juga SH85 (bersaiz dalam pilihan 23.8-inci dan 27-inci […]

Digi Membolehkan Anda Membeli Dari App Store Dan iTunes Menggunakan Bil Telekomunikasi

Ogos 29, 2017 0

Digi hari ini mengumumkan yang mana kini para pelanggan Digi – sama ada prabayar atau pascabayar, anda kini boleh membuat pembelian kandungan, aplikasi dan permainan daripada AppStore, Apple Music dan juga iTunes menggunakan akaun Digi. Ini bermakna, anda tidak lagi memerlukan sebarang kad kredit atau debit untuk melakukan pembelian, sebaliknya boleh mengecas ia terus kepada […]

Skrin Samsung Galaxy Note 8 Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

Ogos 29, 2017 0

Status skrin Samsung Galaxy S8 sebagai yang terbaik pada telefon pintar hanya bertahan selama empat bulan. Takhta ini diambil alih pula oleh Samsung Galaxy Note 8 menurut DisplayMate yang memberikannya gred A+. Ini ialah gred yang sama diberikan kepada Galaxy S8 April lalu tetapi skrin Note 8 telah menerima beberapa penambahbaikan. Keterangan skrin Note 8 […]

Celcom Kini Menawarkan Easyphone Untuk Xpax – Pelan Ansuran Untuk Membeli Telefon Pintar

Ogos 29, 2017 0

Celcom sebelum ini sedia menawarkan pelan ansuran untuk membeli telefon pintar bagi para pengguna pelan pascabayar. Hari ini, penawaran sama turut diperluaskan oleh Celcom untuk pelanggan prabayar mereka dibawah Xpax. Dinamakan sebagai Easyphone for Prepaid, pelan ansuran ini dijayakan oleh Celcom hasil kerjasama dengan AEON Credit Service. Perkhidmatan ini ditawarkan oleh Celcom dalam membolehkan para […]

Luna Display – Dongle Mengubah iPad Menjadi Skrin Sekunder Komputer Mac

Ogos 29, 2017 0

Peminat Apple majoritinya akan mempunyai lebih dari satu produk keluaran mereka. Pemilik MacBook berkemungkinan memiliki sebuah iPhone dan iPad. Oleh itu Luna Display ialah dongle yang mungkin juga boleh dibeli kerana ia mampu mengubah sebuah iPad menjadi paparan sekunder untuk komputer Mac.  Luna Display disambung ke port USB-C atau DisplayPort pada komputer. Pengguna hanya perlu […]

Penggunaan Identiti Sebenar Diwajibkan Di China Untuk Meninggalkan Komen Atas Talian

Ogos 29, 2017 0

Perkara yang menjengkelkan di atas talian ialah komen menyakitkan hati yang ditinggalkan oleh pemegang akaun awanama. Mereka berani meninggalkan komen yang jelek kerana menyorok di belakang akaun beridentiti palsu. Menurut laporan Financial Times, di China masalah ini tidak akan berlaku kerana kerajaan akan mewajibkan penggunaan identiti sebenar sebelum dibenarkan meninggalkan komen di atas talian. Menurut […]

Tak susah nak dapat khidmat lepas jualan Nubia di Malaysia

Ogos 29, 2017 0

Nubia, sebuah jenama di bawah ZTE yang baru bertapak di Malaysia tahun ini, mengukuhkan lagi keberadaan mereka di Malaysia dengna melancarkan Pusat Penjagaan Nubia di Plaza Lowyat, Kuala Lumpur. Pusat penjagaan ini dibuka bagi memudahkan lagi pemilik Nubia mendapatkan servis dan bantuan teknikal dengan lebih mudah. Pusat sebegini adalah yang kedua terdapat di Kuala Lumpur, di mana yang pertama terletak di Taman Midah, Cheras. Bulan September nanti, Nubia akan membuka 8 lagi pusat servis di seluruh Malaysia. Perasmian Pusat Penjagaan Nubia di Plaza Lowyat dihiasi Tarian Singa Di sini, pengunjung turut boleh menguji dan mencuba sendiri pelbagai telefon pintar Nubia, termasuk Nubia Z17 mini yang kini sedang dibuka tempahannya. Sehingga 31 Ogos, tempahan awal Nubia Z17 akan menerima diskaun RM100 menjadikan harganya RM1,599, kotak hadiah premium serta pelan perlindungan telefon pintar Nubia percuma. Nubia Z17 mini ditawarkan di dalam warna Biru Aurora, memiliki kuasa Snapdragon 653, 6GB RAM dan 128GB storan di dalam badan kecil dengan paparan 5.2-inci. Ia tampil dengan kamera belakang 13MP berkembar, gabungan sensor warna dan monokrom. Nubia Malaysia merancang untuk membuka lebih banyak pusat servis di seluruh Malaysia. Berikut adalah senarai penuh pusat servis Nubia yang sedia ada dan bakal dibuka, untuk kemudahan pengguna Nubia di Malaysia. HQ Taman Midah 72-M, Jalan Kilang Midah, Taman Midah, Cheras, 56000 Kuala Lumpur Tel: +603 9171 4949 Plaza Lowyat 1-TC 4&5, Tingkat 1, Plaza Lowyat, No 7, Jalan 1/77 off Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Tel: +6016 415 1621 Kota Bharu Lot 3-12, Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Ptera, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Tel: +6019 276 4010 & Faks: +609 744 9010 Petugas: Ms Azila Pulau Pinang No 3A-4-47, Kompleks Bukit Jambuul, Jalan Rumbia, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Tel: +604 642 2010 & Faks: +604 642 7010 Petugas: Ms Tan Lee Chien Ipoh L07, DGR 11&13, De Garden, No 1, Persiaran Medan Ipoh, MEdan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak. Tel: +605 542 3077 Melaka No 43-A, Jalan Melaka Raya 11, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka. Tel: +606 288 0710 Petugas: Ms Gan Lay Peng Johor Bahru No 11-1, Jalan Molek 1/12, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor. Tel: +607 353 9010 & Faks: +607 354 9010 Petugas: Ms. Amira Sabah Lot 1.77A, Tingkat 1, Star City, Jalan Asia City, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: +6088 311010 Petugas: Mr. Kenny Thien

The post Tak susah nak dapat khidmat lepas jualan Nubia di Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Diskaun hebat Moto G5 Plus di pembukaan Stor Moto di Lazada

Ogos 29, 2017 0

Ibarat trend masa kini, Motorola kini membuka stor rasminya di Lazada, bagi memberi lebih pilihan dan servis kepada peminat telefon pintar Moto. Ia boleh dilayari di alamat www.lazada.com.my/motorola-malaysia-official-store. Bukan sahaja telefon pintar, malah aksesori untuk telefon juga boleh didapati di stor ini. Terutama sekali Moto Mods, aksesori yang mengubah siri Moto Z kepada pelbagai penggunaan. Tetapi perkara paling menarik adalah tawaran khas sempena pembukaan stor Motorola di Lazada ini. Dari hari ini, 28 Ogos sehingga jam 11.59 malam pada 31 Ogos 2017, telefon pintar Moto G5 Plus akan dijual di Lazada dengan diskaun RM300, menjadi RM999 sahaja dari harga asal RM1,299. Bukan itu sahaja, pembeli turut menerima hadiah percuma berupa beg, flip cover, jaminan tambahan tahun ke-2 dan pelan perlindungan kemalangan, semua ini berjumlah RM627. Jika berminat, boleh klik pautan di sini untuk membeli. Selain itu, Lenovo turut mengadakan kempen Merdeka dan Hari Malaysia. Pembelian telefon pintar Lenovo dan Moto terpilih akan menerima pelbagai hadiah percuma. Kempen ini berjalan dari 25 Ogos hingga 30 September 2017 dan boleh didapati dari pengedar sah Lenovo dan Moto serta di stor rasmi Motorola di Lazada. Promosi Moto G5 Plus di stor rasmi Motorola di Lazada memang sangat menarik. Diskaun RM300 + hadiah percuma RM627 tu. Jumlah tawaran ni dah hampir sama dengan harga promosi Moto G5 Plus, iaitu RM999. Perkara yang best dengan Moto G5 Plus ni, mestilah kemaskini Android terbaru dan kamera belakang yang ada autofokus dwi-pdaf macam di Samsung Galaxy S7 edge. Satu lagi, kalau nak membeli-belah di Lazada tu, jangan lupa gunakan Shopback. Dengan Shopback, pembeli di Lazada dan banyak lagi laman web lain boleh mendapatkan tunai kembali (CashBack) dengan setiap pembelian. Sekarang pun tengah ada promosi Shopback 9.9 sedang berlangsung. Jangan kata abang tak payung.

The post Diskaun hebat Moto G5 Plus di pembukaan Stor Moto di Lazada appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Ini Adalah Jam Tangan GPS Termurah Boleh Beli Dalam Pasaran

Ogos 29, 2017 0

WeLoop Hey 3S adalah sebuah jam tangan kecergasan yang lengkap dengan pelbagai ciri-ciri menarik serta kalis air sehingga 50 meter. Ia diedarkan di Malaysia oleh Olike Malaysia yang turut menjadi pengeluar aksesori rasmi untuk OPPO Malaysia. Hey 3S membaluti pergelangan tangan penggunanya dan menjejaki aktiviti seharian tanpa henti.  Pada bahagian belakang jam ini ada penjejak denyutan nadi. Untuk merekod lokasi, sensor GPS dibina di dalam jam yang menerima isyarat GPS/GLONASS untuk merakam laluan yang dilalui semasa bersenam. Jam ini disambung pada telefon pintar (Android/iOS) melalui sambungan Bluetooth 4.0 BLE. Selain paparan peka sentuhan, dua butang pada kedua-dua sisi jam ini berfungsi sebagai butang navigasi. Hey 3S boleh berfungsi selama 30 hari dengan sekali cas ataupun 25 jam jika fungsi GPS diaktifkan secara terus menerus. WeLoop Hey 3S dijual pada harga RM499 dan akan mula dijual bermula 31 Ogos 2017 di semua kedai konsep OPPO seluruh Malaysia. Terdapat juga model Hey 3S yang lebih murah iaitu XH3. Ia miliki fungsi yang sama seperti Hey 3S cuma fungsi GPS tiada dan ia dijual pada harga RM399.  

The post Ini Adalah Jam Tangan GPS Termurah Boleh Beli Dalam Pasaran appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com