e-Permainan

Turtle Beach Dikatakan Bakal Membeli Syarikat Aksesori Permainan Roccat Untuk RM78.5 Juta

Mac 15, 2019 0

Berita mengenai pembelian syarikat permainan aksesori bukanlah sesuatu yang jarang didengari. Syarikat-syarikat seperti Logitech dan Razer diantara nama-nama yang sering didengari apabila syarikat-syarikat lebih kecil dibeli. Turtle Beach ialah sebuah syarikat yang terkenal untuk aksesori fon kepala gaming mereka, dan terkini, mereka nampaknya bakal mengembangkan sayap perniagaan ke aksesori-aksesori lain pula, kerana mereka dikatakan akan […]

Penjawat Awam Filipina Yang Memainkan Permua Ketika Waktu Pejabat Boleh Digantung Kerja Setahun

Mac 7, 2019 0

Rungutan yang sering muncul di media sosial ialah penjawat awam yang tidak melakukan kerja dengan baik ketika waktu pejabat. Video penjawat awam yang tidur kerap kali tular sehingga menimbulkan kemarahan warga. Di Filipina, penjawat awam yang didapati menggunakan permua ketika waktu pejabat boleh dikenakan hukuman yang berat. Kesalahan pertama boleh menyebabkan mereka digantung kerja selama […]

Sony Menamatkan Pengeluaran PlayStation Vita

Mac 3, 2019 0

Selamat tinggal Sony PlayStation Vita. Konsol mudah alih PlayStation ini secara rasmi telah dihentikan pengeluarannya menurut laman rasmi Sony semalam. Ini menamatkan hayat konsol yang kali pertama dilancarkan pada 17 Disember 2011 dan di Malaysia pada 9 Mei 2012 sebagai gantian kepada PlayStation Portable. Sony tidak pernah mengeluarkan angka rasmi jumlah jualan yang dicatatkan selepas […]

Razer Menamatkan Penawaran Kedai Permainan Digital, Razer Game Store

Februari 17, 2019 0

Pada bulan November 2018 lepas, Razer telah melancarkan Razer Game Store secara rasminya di Malaysia, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan untuk membeli pelbagai permainan PC yang digemari mereka secara digital melalui Razer Game Store di Lazada. Walaubagaimanapun, kini hanya selang beberapa bulan, pihak Razer hari ini telah mengumumkan mereka akan menamatkan penawaran Razer Game Store. […]

Mark Zuckerberg Pernah Mempertimbangkan Untuk Mengambil-Alih Enjin Permainan Popular, Unity

Februari 15, 2019 0

Mark Zuckerberg, CEO Facebook telah sedia mempunyai sejumlah syarikat popular dibawah portfolio mereka, termasuk Instagram, WhatsApp, dan juga pembangun peranti realiti-maya, Oculus. Menariknya, kini melalui sebuah buku baru, ia turut didedahkan yang mana Facebook turut pernah mempertimbangkan untuk mengambil-alih Unity. Unity merupakan salah satu enjin permainan popular yang digunakan ramai pembangun pada permainan mereka. Mark […]

PUBG Lite Untuk PC Kini Sudah Boleh Dimainkan Pengguna Tempatan

Februari 14, 2019 0

PUBG Lite merupakan versi permainan tembak-menembak bergenre Battle Royale popular yang dioptimasikan untuk komputer berspesifikasi rendah atau yang tidak mempunyai kad grafik. Setelah diuji di Thailand sebelum ini, hari ini penerbit PUBG Lite turut telah mula menawarkan permainan berkenaan kepada para pemain tempatan. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan tersebut hari ini secara percuma, […]

Jualan Steam Sempena Tahun Baru Cina Kini Berlangsung Sehingga 12 Februari

Februari 5, 2019 0

Selamat Tahun Baru Cina kami ucapkan kepada pembaca yang berketurunan cina dan selamat bercuti kepada mereka yang ingin melepaskan lelah. Sempena dua hari bercuti yang panjang pasti ramai yang mencari ruang untuk beriadah. Tetapi sekiranya anda seperti saya terperangkap di pejabat atas urusan kerja, mungkin anda mahu melepaskan kebosanan dengan membeli permainan video pada harga […]

Sony Mampatenkan Sistem Yang Memberikan Sokongan Permainan Konsol Lama Pada Konsol Baharu

Februari 3, 2019 0

Sony dijangka mengumumkan konsol PlayStation 5 pada penghujung tahun ini. Mereka tidak akan menghadiri E3 2019 dan sudah mula kedengaran ura-ura pembangunan permainan konsol generasi seterusnya. Semalam paten untuk sistem yang menyokong permainan lama pada konsol terbaru telah diterbitkan. Ini mungkin petanda awal PS5 kelak akan mempunyai kemampuan sokongan ke belakang untuk permainan konsol terdahulu. […]

PUBG Lite Untuk PC Akan Ditawarkan Bagi Pengguna Tempatan Tidak Lama Lagi

Februari 1, 2019 0

Pihak PUBG sebelum ini telah menguji versi permainan PC mereka yang lebih ringan sejak tahun lepas, dibawah nama kod PUBG Project Thai. Ia seterusnya telah dinamakan semula sebagai PUBG Lite dan ditawarkan hanya di Thailand sahaja sehingga kini. Hal ini dijangka akan berubah tidak lama lagi. Melalui laman Facebook rasmi PUBG Corporation, mereka mengumumkan kelak […]

Nintendo Dilaporkan Merancang Switch Yang Lebih Kompak Dan Murah Pada Tahun Ini

Februari 1, 2019 0

Nintendo sebelum ini telah hadir dengan konsol hibrid Nintendo Switch yang menerima reaksi positif para peminat seluruh dunia. Konsol berkenaan telah terjual lebih 32 juta unit sehingga kini, dan kini ia dilaporkan Nintendo turut merancang sebuah variasi baru untuk konsol berkenaan. Menurut Nikkei, Nintendo dikatakan merancang Nintendo Switch versi yang lebih kecil dan kompak, selain […]