e-Permainan

Pembelian Permainan Video Edisi Digital Mencecah 74% Di Amerika Syarikat Tahun Lalu

April 21, 2017 0

Bilakah kali terakhir anda membeli permainan video dalam bentuk fizikal? Sekiranya di konsol ia adalah sepanjang masa bagi kami. Tetapi untuk platform PC sudah hampir lima tahun kami hanya membeli edisi digital menerusi Steam. Di Amerika Syarikat pembelian edisi digital mencecah 74% tahun lalu. Angka ini dikongsi di dalam laporan yang dikeluarkan oleh Entertaintment Software […]

Illegear Troika Dilancarkan – Komputer Gaming Desktop Pertama Oleh Illegear

April 20, 2017 0

Illegear ialah syarikat tempatan yang menghasilkan komputer berprestasi tinggi untuk kegunaan golongan gamers. Hari ini mereka melancarkan komputer desktop pertama mereka dengan rekaan kerangka berbentuk tiga segi yang unik.  Illegear Troika mempunyai tiga ruang khas untuk komponen berbeza. Pada bahagian atas ialah ruang untuk kad grafik. Bahagian kanan ialah ruang untuk papan induk dan komponen […]

Sony PlayStation 4 HITS Bundle Akan Dijual Pada Harga RM 1349 Dengan Tiga Permainan

April 20, 2017 0

Bagi mereka yang tidak mahu menghabiskan masa membeli komponen komputer, konsol ialah jalan mudah untuk menikmati permainan video tanpa memeningkan kepala. Harga jualan konsol juga lebih murah berbanding sebuah PC. Bagi yang masih belum memiliki PlayStation 4, Sony akan melancarkan PlayStation 4 HITS Bundle pada 3 Mei hadapan. Pek ini mempunyai sebuah Sony PlayStation 4 […]

Tencent Dijangka Memperkenalkan Pesaing Steam Mereka Pada Peringkat Global

April 17, 2017 0

Tencent merupakan salah satu nama yang tidak asing untuk pengguna di rantau Asia, terutamanya melalui penawaran seperti WeChat dan lain-lain. Tencent juga turut memfokuskan kepada kandungan permainan video melalui pengambil-alihan Supercell yang memiliki Clash of Clans, selain juga merupakan pemilik untuk permainan League of Legends. Disamping pelbagai penawaran ini, Tencent turut memiliki Tencent Game Platform […]

Nintendo Switch Ialah Konsol Yang Mencatatkan Jualan Terpantas Dalam Sejarah Nintendo

April 15, 2017 0

Nintendo ialah nama yang amat besar dalam dunia permainan video. Sejak dekad 80an mereka menghasilkan konsol yang mencapai tahap legenda seperti Famicom, Super Famicom, NG4, Gamecube dan Wii. Tetapi kadar jualan kesemua konsol di atas tidak dapat menandingi kadar jualan konsol terkini mereka Nintendo Switch. Pihak Nintendo mengumumkan bahawa sebanyak 906000 unit Switch telah dijual […]

Jualan Nintendo NES Classic Edition Dihentikan

April 14, 2017 0

Tahun lalu Nintend0 NES Classic Edition dilancarkan dan mendapat sambutan yang amat diluar jangkaan. Pengguna merungut sukar mendapatkan konsol Nintendo NES dengan rekaan baru ini di pasaran. Hasilnya ialah ia dijual pada harga yang amat tinggi di laman lelongan seperti Ebay. Nintendo juga terkejut dengan sambutan dari golongan gamers kerana mereka tidak menyangka konsol 8-bit […]

Nintendo Akan Melancarkan Joy-Con Bewarna Kuning Neon Dan Pek Bateri Tambahan

April 13, 2017 0

Nintendo Switch mungkin bukanlah konsol yang paling berkuasa generasi ini. Sungguhpun begitu sambutan dari peminat terhadap konsol mudah alih ini amat memberangsangkan sehingga Nintendo terpaksa meningkatkan produksi. Pada hari pelancaran hanya tiga pilihan warna Joy-Con ditawarkan. Sempena pelancaran permainan video Arms 16 Jun hadapan, Joy-Con akan ditawarkan dalam warna kuning neon. Pada waktu yang sama […]

MDEC Ingin Membuka Level Up Inc – Pusat Setempat Untuk Komuniti Industri Permainan Video

April 12, 2017 0

Jenama LevelUp sedia digunakan oleh pihak MDEC dalam mempromosikan acara permainan video dan komuniti disebaliknya – termasuk dikalangan pembangun permainan video, pemilik syarikat permainan video, mentor, dana, pelabur dan sebagainya. Kini, dalam usaha untuk memudahkan semua dalam komuniti ini berhubung antara satu sama lain, MDEC dalam perancangan untuk membuka pusat khusus dinamakan Level Up Inc. […]

MDEC Menjadualkan Acara LevelUp Pada November 2017

April 12, 2017 0

MDEC sebelum ini telah mengadakan acara khusus memfokuskan permainan video dan juga dunia kreatif, dinamakan sebagai Level Up. Ia telah dimulakan pada 2015 lepas, dan turut diadakan pada tahun lepas. Untuk 2017, acara berkenaan akan kembali untuk tahun ketiga dan diadakan pada November 2017 kelak. Berkongsi mengenainya, wakil MDEC mengatakan ia bakal diadakan pada 7 […]

Pengawal Permainan DualShock 4 Berbentuk Watak Dragon Quest Dihasilkan

April 12, 2017 0

Pengawal permainan terbaik pernah dihasilkan bagi kami ialah untuk Xbox One. Ialah amat selesa dipegang tanpa menimbulkan ketidakselesaan ketika sesi permainan. Tetapi bagi mereka yang mahukan pengawal permainan dengan rekaan unik, DualShock 4 berbentuk watak Slime dari siri Dragon Quest telah dihasilkan. Pengawal permainan edisi khas ini dihasilkan oleh Hori sempena pelancaran permainan Dragon Quest […]

1 25 26 27 28 29 32