e-Permainan

Permainan Klasik, Tamagotchi Kembali Dijual Semula Di Jepun Sempena Ulang-Tahun Ke-20

April 11, 2017 0

Tahun ini menyaksikan beberapa peranti berbentuk nostalgia diperkenalkan seperti Nokia 3310, pensel 2B, dan kini pihak Bandai dilihat kembali dengan permainan klasik Tamagotchi mereka bersempena dengan ulang-tahun ke-20. Melalui permainan Tamagotchi ini, pengguna ditawarkan dengan rekaan asal permainan berkenaan, termasuk tiga butang kecil, dan penggunaan skrin dua warna. Dengan perkembangan teknologi, saiz pelbagai komponen telah […]

Sekolah Di UK Merampas Telefon Dan Konsol Bagi Meningkatkan Gred Peperikasaan Pelajar

April 10, 2017 0

Semasa kami di sekolah dahulu perkara utama yang menghalangroses mengulangkaji ialah pelbagai gangguan di rumah. Ia hadir dalam bentuk televisyen dan konsol permainan video. Gangguan bagi pelajar moden lebih hebat kerana peranti mudah alih dan konsol yang mampu melakukan lebih banyak benda. King Solomon Academy, sebuah sekolah di London bertindak merampas telefon pintar dan konsol […]

Filem Dan Siri TV Adaptasi Call Of Duty Sedang Dalam Pembangunan

April 6, 2017 0

Call of Duty ialah siri permainan video yang sudah terjual melebihi 250 Juta unit sejak dilancarkan pada tahun 2003. Siri ini akan diadaptasi menjadi siri filem dan TV pula seawal 2018. Ini didedahkan sendiri oleh Stacey Sher dan Nick van Dyk yang merupakan presiden-bersama di Activision Blizzard di dalam sebuah temuramah bersama Guardian. Beberapa skrip […]

Masalah Animasi Wajah Mass Effect Andromeda Akan Diselesaikan Dengan Patch 1.05 Minggu Ini

April 5, 2017 0

Mass Effect ialah siri RPG yang menerima banyak pujian dari pemain dan pengulas permainan video. Pengembaraan Commander Shepard dan krew Normandy meletakkan BioWare sebagai pembangun yang berkaliber di dalam genre RPG. Mass Effect Andromeda yang hadir sejak bulan lalu diharap akan meneruskan legasi ni. Tetapi sebaliknya berlaku dan Andromeda menerima kutukan kerana animasi wajah dan […]

Syarikat Program Mengelat Untuk Permainan Video Diarahkan Membayar Ganti Rugi $8.5 Juta Kepada Blizzard

April 5, 2017 0

Program mengelat seperti Aimbot membuatkan permainan atas talian tidak lagi menyeronokkan. Kepakaran tidak diperlukan untuk menang dan menimbulkan kemarahan pemain yang menjadi mangsa. Bossland ialah syarikat yang membangunkan pelbagai program mengelat serta Bot untuk permainan World of Warcraft, Diablo 3, Heroes of the Storm, Hearthstone dan Overwatch. Mereka diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah $8.5 Juta […]

Spesifikasi Untuk Xbox “Project Scorpio” Akan Dikongsikan Pada Minggu Ini

April 5, 2017 0

“Project Scorpio”, iaitu kemaskini konsol generasi baru selepas Xbox One telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini. Terkini, hari ini pihak Eurogamer mengatakan mereka akan berkongsi spesifikasi untuk produk berkenaan pada minggu ini. Mengikut desas-desus sebelum ini, ia dijangka menawarkan rekaan yang lebih kompak dan mungkin mengintegrasikan unit bekalan kuasa ke dalam konsol berkenaan. Disamping itu, […]

Twitch Mula Menjual Permainan Video Kepada Pengguna

April 5, 2017 0

Twitch yang dimiliki oleh Amazon telah diperkatakan sebelum ini yang mana mereka akan mula menjual permainan video melalui platform berkenaan. Hari ini, secara rasminya pihak Twitch mengumumkan perkara berkenaan, dan telah mula menawarkan sekitar 50 permainan video untuk dibeli terus melalui Twitch. Antara permainan yang ditawarkan adalah termasuk For Honor, Minecraft, Ghost Recon, dan pelbagai […]

Konami Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Berkenaan Isu Saman Diego Maradona

April 4, 2017 0

Hujung minggu lalu kami melaporkan legenda bola sepak dunia Diego Maradona akan menyaman pihak Konami. Tindakan ini akan diambil beliau kerana wajah beliau didakwa digunakan tanpa kebenaran di dalam permainan Pro Evolution Soccer 2017. Pihak Konami akhirnya memberikan kenyataan rasmi mengenai kes ini. Mereka menegaskan pihak mereka tidak melakukan sebarang kesalahan kerana mereka mempunyai hak […]

Pengguna Nintendo Switch Melaporkan Konsol Mereka Melengkung Kerana Panas

April 3, 2017 0

Nintendo Switch ialah konsol dengan jualan tertinggi keluaran Nintendo sejak Wii. Permintaan terhadap konsol ini adalah di luar dari jangkaan dan di Jepun jumlah jualannya lebih pantas berbanding PlayStation 4. Beberapa pemilik mula melaporkan masalah baru selepas konsol digunakan selama beberapa minggu. Konsol mudah alih ini didapati melengkung kerana panas selepas dimasukkan ke dalam dok […]

Festival Permainan Video “HotShotz” Akan Diadakan Julung Kalinya Pada Julai Ini

April 3, 2017 0

Terdapat beberapa acara yang memfokuskan kepada permainan video di Malaysia, dan terkini, salah satu penerbitan digital tempatan, iaitu DigitalNewsAsia bakal menganjurkan acara festival permainan video mereka tersendiri dinamakan sebagai HotShotz. HotShotz ini bakal berlangsung antara 21 hingga 23 Julai 2017 kelak, dan turut disokong oleh MDEC dan juga Sony Interactive Entertainment. Ia bakal diadakan di […]

1 26 27 28 29 30 32