e-Permainan

Storan Awanan PlayStation Plus Ditingkatkan Ke 100GB

Januari 31, 2019 0

Pelanggan PlayStation Plus sebelum diberikan storan 10GB untuk menyimpan data permainan kegemaran mereka. Ini menyelesaikan masalah tidak cukup storan untuk menyimpan data seperti yang wujud pada permainan terdahulu. Pihak Sony hari mengumumkan storan awanan untuk pelanggan PlayStation Plus akan ditingkatkan sehingga 100GB bermula bulan Februari ini. Ini ialah saiz yang amat besar membolehkan ribuan data […]

Yoodo Kini Menawarkan Data Percuma Untuk Anda Bermain PUBG Mobile

Januari 25, 2019 0

PUBG Mobile merupakan salah satu permua tembak-menembak yang popular dan mempunyai komunitinya tersendiri. Malah, pada penghujung minggu ini, kejohanan PUBG Mobile akan dipertandingkan. Selari dengannya, kini Yoodo, salah satu syarikat telekomunikasi tempatan turut menawarkan data percuma untuk para peminat permainan berkenaan. Penawaran percuma ini ditawarkan dalam bentuk add-on, dimana pengguna Yoodo boleh menambahnya dan menikmati […]

Honor Umum Kerjasama Bersama Fortnite – Tawar Kandungan Khas, Versi 60FPS Akan Datang

Januari 22, 2019 0

Honor hari ini telah melancarkan Honor View20 secara rasminya untuk pasaran global, dan mengumumkan peranti berkenaan akan dijual untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM1999. Ketika acara pelancaran berkenaan juga, pihak Honor mengambil peluang mengumumkan kerjasama bersama permainan video terkemuka, Fortnite. Honor mengumumkan tidak lama lagi Fornite akan ditawarkan dalam bentuk sokongan kadar 60fps untuk […]

MekaRoyale Online – Permua “Battle Royale” Pertempuran Robot Buatan Malaysia

Januari 22, 2019 0

Terdapat beberapa permua menarik daripada pembangun tempatan. Terkini, Illogical Games telah pun melancarkan permua berbentuk pertempuran robot untuk platform Android dan iPhone, iaitu MekaRoyale Online. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permua ini secara percuma hari ini, dan memainkannya bersama rakan-rakan anda yang lain.

MOQI – Satu Lagi Telefon Memfokuskan Permua, Hadir Dengan Butang Kawalan Terbina

Januari 15, 2019 0

Pada hari ini, terdapat pelbagai peranti mudah-alih yang memfokuskan kepada sokongan permainan video melaluinya – termasuk yang paling terkini dilancarkan di Malaysia hari ini adalah Razer Phone 2. Menariknya, selain daripada pelbagai pengeluar utama, kini pembangun bebas turut hadir dengan projek mereka tersendiri, dinamakan MOQI. MOQI kini mengumpul dana melalui IndieGogo untuk merealisasikan peranti mereka. […]

OnePlus Sertai Arena E-Sukan Dengan Kerjasama Bersama Fnatic

Januari 14, 2019 0

E-sukan adalah kategori ‘sukan’ bermain permainan video, baik dari konsol, PC atau juga telefon pintar (permua). Ia kini adalah satu segmen penting dalam industri permainan video. Terkini, OnePlus dilihat turut sertai arena e-sukan ini. Beberapa hari lepas, OnePlus mengicau di Twitter yang mereka sudah bersedia dengan musim e-sukan terkini. Hari ini, OnePlus mengumumkan pasukan e-sukan […]

Syarikat Pembangun Permainan Popular Nexon Akan Dijual Tidak Lama Lagi

Januari 4, 2019 0

Jika anda penggemar permainan-permainan komputer seperti Maple Story, Mabinogi dan siri FIFA Online, anda pastinya pernah sekurang-kurangnya mendengar nama Nexon sebelum ini. Nexon ialah sebuah syarikat pembangun permainan yang popular dari Korea yang biasanya hadir dengan pelbagai jenis permainan komputer dan permua yang dimainkan oleh beribu orang di atas talian. Berdasarkan pendapatan sahaja, Nexon berada […]

Dota 2, Starcraft II, Tekken 7, Arena of Valor dan Mobile Legends Disahkan Sebagai Esukan Pada Sukan SEA 2019

Disember 21, 2018 0

Beberapa minggu lepas, kita telah mendengar mengenai acara esukan yang akan diadakan pada Sukan SEA 2019 kelak yang menyumbang kepada pungutan pingat sesuatu negara. Ketika pengumuman tempoh hari, ia telah sedia diperkatakan yang mana acara esukan ini akan mempertandingkan dua permainan PC, dua konsol dan juga dua permua. Kini, lanjutan daripadanya, senarai permainan yang akan […]

PUBG Mobile Kini Mempunyai Angka Pemain Sama Seperti Fortnite – Lebih 200 Juta Pemain

Disember 19, 2018 0

Fortnite baru-baru ini telah mengumumkan yang mana mereka mempunyai lebih 200 juta pemain seluruh dunia melalui pelbagai platform mereka. Menariknya, kini pencabar terdekat mereka, PlayerUnknown’s Battlegrounds mengatakan versi permua mereka, iaitu PUBG Mobile mempunyai angka pemain yang lebih kurang serupa, iaitu lebih 200 juta pemain. PUBG Mobile juga kini mempunyai lebih 30 juta pemain aktif seluruh […]

Steam Akan Menamatkan Sokongan Untuk macOS Yosemite Dan Sebelumnya Bermula 1 Januari 2019

Disember 16, 2018 0

Valve kini melalui laman sokongan mereka telah mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sokongan Steam untuk beberapa sistem operasi macOS, termasuk macOS 10.7 (Lion), macOS 10.8 (Mountain Lion), macOS 10.9 (Mavericks), dan juga macOS 10.10 (Yosemite). Valve mengatakan hal ini kerana Steam bergantung kepada integrasi Google Chrome yang tidak lagi berfungsi pada versi macOS lama. […]