TechSemut Malaysia

Gajet

Honor 7X jimatkan duit berganda, tewaskan iPhone 8 Plus

Berikutan kejayaan penjualan Honor 6X pada harga menarik setanding dengan spesifikasinya, Honor sekali lagi tampil dengan model terbaru, Honor 7X. Ia dijual pada harga RM1,099 bermula 18 Disember ini namun diskaun diberikan sehari pada hari tersebut bermakna anda boleh membelinya pada harga RM999 saja. Ia mempunyai badan logam berukuran 156.5 x 75.3 x 7.6 mm dan seberat 165 gram. Skrinnya pula seluas 5.93 inci bersama paparan HD penuh dan resolusi 2160 x 1080 piksel. Honor 7X dikuasakan oleh pemprosesan octacore dan sistem operasi Android 7.0. Kamera depan peranti ini cukup cantik untuk merakam selfie pada 8MP, manakala kamera belakang dengan 16MP sudah memadai untuk rakaman foto yang menakjubkan. Ia hadir dengan RAM 4GB dan storan 64GB. Honor 7X boleh didapatkan dalam dua warna berbeza iaitu hitam dan biru matte. OS: Android 7.0 RAM: 4GB Storan: 32GB Skrin: 5.93” Paparan: HD Penuh Resolusi: 2160 x 1080 piksel Kamera: 16MP, 8MP (depan) Bateri: 3,340mAh

The post Honor 7X jimatkan duit berganda, tewaskan iPhone 8 Plus appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Xiaomi kata fon ini mampu tahan 8 hari

Anda kini boleh mendapatkan sebuah telefon pintar yang lengkap prosesor Qualcomm Snapdragon 425 dan bateri mampu tahan 8 hari (mod sedia) pada harga murah melampau. Xiaomi Redmi 5A yang dijual pada harga RM399 saja datang dengan RAM 2GB serta storan 16GB disediakan bersama kamera 13MP Phase Detection Autofocus (PDAF) untuk fokus pantas pada kamera belakang dengan kelengkapan apertur f2.2. Kamera depan pula 5MP dengan apertur f2.0 serta fungsi beautify pro dan pintar. Menggunakan paparan 5 inci HD, anda boleh memilikinya dengan pilihan dua warna iaitu kelabu atau emas. Ia akan dijual secara eksklusif di Lazada bermula esok. Telefon ini mempunyai bateri 3000mAh dengan kenipisan 8.35mm.  

The post Xiaomi kata fon ini mampu tahan 8 hari appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Tak ‘hingin’ X kalau ada fon AI mudah pertama di dunia, Mate 10

Sememangnya iPhone X tanpa disangkal menjadi pesaing yang ‘bertubuh sado’ dalam pasaran telefon pintar tapi semestinya fon tersebut ‘perfect’ untuk dibeli. Huawei Mate 10 telah terbukti mengatasi iPhone X dalam pelbagai aspek seperti memaparkan gambar yang lebih jelas dan lebih ‘sharp’ memandangkan Mate 10 mempunyai salah satu paparan terbaik di pasaran. Bahagian depannya semua mengenai atau penuh skrin, dengan nisbah skrin-ke-badan 81.6% yang mengagumkan. Di bawah skrin terdapat pengimbas cap jari manakala ruang atasnya memiliki kamera depan dan pembesar suara. Kerana kedudukan depan iPhone X, peranti itu kehilangan ruang tontonan. Mate 10 juga mempunyai fungsi SuperCharge yang menjadikannya lebih pantas mengecas dan mengekalkan hayat bateri 4000mAh, yang jauh lebih besar berbanding bateri 2716mAh pada iPhone X.   Lagipun, iPhone X ada batasannya. Sebagai contoh, ia tidak mampu menempatkan dua kad SIM pada satu masa. Tambah pula, jangka hayat bateri sudah pasti rendah kerana ia menggunakan skrin OLED yang dikeluarkan Samsung, bermakna lagi tinggi resolusinya, lagi cepatlah bateri habis. Meskipun cip Apple A11 Bionic berkuasa tinggi, jangan terus menyangkal Huawei Kirin 970 kerana Kirin 970 adalah prosesor mudah alih pertama yang mempunyai cip NPU tersedia di dalam. Ia juga mempunyai sambungan Cat.18 (downlink) dan Cat.13 LTE (uplink) dengan kelajuan muat turun peak berupaya menjangkau 1.2Gbps. Laju tu! Di samping itu, ia juga peranti pertama di dunia yang mempunyai Mali-G72 GPU (12 cores). Bukan itu saja, ia prosesor petama dibuat melalui proses 10nm. Tambahan lagi, Huawei Mate 10 datang dengan mod desktop yang dipanggila Easy Projetion. Dengan satu saja penyambung USB Type-C ke HDMI, anda boleh menghubungkan fon anda ke mana-mana paparan pada monitor dan anda sudah mempunyai PC desktop yang menggunakan versi EMUI 8.0. Sambungkan Mate 10 dengan papan kekunci bluetooth dan tetikus, anda boleh memiliki pengalaman dekstop penuh di depan mata. Ia seakan Samsung DeX Station tapi tanpa gajet-gajet tambahan lain yang mahal. iPhone X? Agak menyedihkan kerana langsung tiada fungsi ini. Anda juga boleh mengenepikan iPhone X kerana harganya memang melantun. Huawei Mate 10 mempunyai nilai harga yang jauh lebih baik. Bayangkan Huawei Mate 10 dijual pada harga RM2,699 tapi iPhone X pula RM5,349, itupun nilai yang paling murah. Kos untuk membuat iPhone bukanlah mahal tetapi margin harga jualan itu yang menjadi kepentingan Apple. Huawei pula bukan terlalu mementingkan keuntungan (memang penting tapi bukan melampau), tetapi jika dilihat mereka lebih mahukan penguasaan pasaran kerana segmen telefon pintar penting untuk mereka. Membandingkan harga Mate 10 dan iPhone X…Bagai langit dan bumi. Berdasarkan perbandingan harga dengan iPhone X, Huawei lebih dominan. Bandingkan pula dengan Samsung Galaxy Note 8, ia juga menang besar. Pengguna perlu melihat keseluruhan faktor ini sebelum membeli peranti masing-masing termasuk konfigurasi peralatan, tawaran perisian, nilai tambah dan juga paling penting, harga sebelum membeli. Iphone X memang agak ‘stunning’ tapi masih terlalu mahal untuk rakyat negara ini. Menjerut kocek dan sudah tentu melampau nilainya meskipun datang dengan pelan telco. Saya lebih memilih Huawei Mate 10 yang relevan dengan nilai wang boleh diterima bagi sebuah fon flagship dan juga spesifikasinya memang hebat. Keupayaan R&D Huawei juga jelas kelihatan kerana Huawei satu-satunya syarikat telefon pintar dari China yang mampu mengikut rapat gergasi Cupertino, Apple. Dari hari ke hari, Huawei semakin meningkat dari aspek kualiti dan inovasi dan tidak melampau jika dikatakan bakal menjadi antara yang terbaik dunia.

The post Tak ‘hingin’ X kalau ada fon AI mudah pertama di dunia, Mate 10 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Huawei Nova 2S, telefon dengan kamera 58 megapiksel

Huawei Nova 2S bakal dilancarkan hari ini di Beijing, China dengan beberapa gambar serta spesifikasi mula bocor sebelum acara pengenalan bermula malam nanti. Evan Blass yang sinonim dengan perolehan maklumat awal menunjukkan tweet bahagian depan Nova 2S warna biru yang mempunyai bezel nipis bersama dwi kamera. Ruang terhad antara skrin bahagian bawah yang menempatkan butang home juga berfungsi sebagai pembaca cap jari. TheSkop memperoleh maklumat awal menunjukkan ia mempunyat kamera 20 megapiksel dan 2 megapiksel di depan. Manakala kamera belakang pula gabungan 20 megapiksel dan 16 megapiksel bersama flash dwi LED. Skrinnya mempunyai paparan 6 inci HD penuh dengan resolusi 2160 x 1080 piksel pada nisbah aspek 18:9 manakala fon sama siap datang dengan Android 8.0 Oreo dan turut mempunyai bateri berkapasiti 3340mAh. Ia juga mempunyai prosesor HiSilicon Kirin 960, RAM sebanyak 6GB dan pilihan storan 64GB hingga 256GB. Warna pilihan seperti dalam gambar dan dijangka dijual sekitar RM1,500.

The post Huawei Nova 2S, telefon dengan kamera 58 megapiksel appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Neelofa lancar Oppo F5 6GB (edisi merah) pada harga bawah RM1,699

Oppo Malaysia membuka pra tempahan model telefon terbaru Oppo F5 6GB (edisi merah) hari ini dengan duta cantik mereka, Neelofa. Ia dijual pada harga RM1,698 Bagi menghargai O-fans, Oppo Malaysia mencipta kotak khas edisi terhad yang turut datang dengan hadiah istimewa sempena jualan Oppo F5 6GB ini. Kerjasama dengan Swarovski tersebut datang dengan kasing fon yang dipateri dengan kristal premium Swarovski. Hanya 1000 O-fans bertuah saja boleh mendapatkan hadiah istimewa ini apabila mereka membuat pra tempahan OPPO F5 6GB (Edisi Merah) bermula 6 Disember 2017, 12.30 tengahari. Majlis pelancaran hari ini juga dihadiri Neelofa yang akan melakukan penampilkan ‘unboxing’ fon ini. F5 6GB (edisi merah) mempunyai RAM 6GB dengan storan 64GB bersama bateri 3200mAh. Ia mempunyai skrin 6-inci 1080 x 2160 piksel dengan kamera utama 16 megapiksel f1.8 manakala kamera depan pula 20 megapiksel f2.0.

The post Neelofa lancar Oppo F5 6GB (edisi merah) pada harga bawah RM1,699 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Hidup bersama Huawei MediaPad M3 Lite tak pernah bosan

6 pagi Hari baru bermula. Celik saja mata terus tengok Huawei MediaPad M3 Lite di sebelah katil. Notifikasi untuk berita pun menanti. Boleh baca berita atau menonton siaran berita yang terpampang di skrin MediaPad M3. Sambil bersiap-siap, biar saja lagu terpasang. Memang bunyinya bombastik sebab Harman Kardon menjadi speaker bagi tablet ini. 8 pagi Dah bersiap untuk ke pejabat. Baiklah jom mulakan pemanduan. Sebelum memandu, buka dulu Facebook, Instagram dan macam-macam lagi lepas itu balas lah sedikit mesej WhatsApp. Ops! Tentulah boleh sebab Huawei MediaPad M3 Lite boleh masuk kad SIM…Siap 4G lagi. 10 pagi Gear dua dimulakan untuk bekerja, banyak emel yang masuk dan orang kiri kanan sibuk memanggil dan menghantar mesej. Sambil dengar lagu dalam Spotify pun, boleh saja membuka aplikasi mesej dan membalas dengan pantas. Tiba-tiba perlu ke luar pejabat untuk mesyuarat….rekod saja minit mesyuarat dengan Huawei MediaPad M3 Lite yang ada! Kerja diteruskan. Tak perlu pun duduk depan meja. Mana tidaknya, segala kerja pejabat yang membabitkan Microsoft Office atau mana-mana sistem lain juga serasi dengan tablet ini. Tak cukup dengan itu, perisian Microsoft Office Mobile Suite pun sudah lengkap dipasang ketika membeli tablet ini. Kalau mahu lebih, padankan tablet ini dengan aksesori seperti papan kekunci mudah alih atau tetikus. Memang lebih mudah bekerja di luar pejabat. Lagipun, ia mempunyai teknologi ClariVu yang melindungi pandangan mata apabila menapis cahaya biru yang kerap berlaku apabila melihat skrin terlalu lama. Jadi bukan saja kerja pejabat atau ‘assigment’ universiti, membaca novel melalui Huawei MediaPad M3 Lite juga bukan masalah besar. 12 tengahari Mesyuarat baru habis, lapar lah pula…Jom cari makanan tapi bosan makan tempat sama jadi layarilah internet dalam Huawei MediaPad M3 Lite sekejap…Terliur tengok makanan dalam skrin telefon yang cerah dan HD+ ini. 2 petang Dalam perjalanan pulang ke pejabat tiba-tiba hujan, alamak! Duduk dulu sekejap sambil bekerja dan berhibur waktu hujan. Nampak hujan yang turun melimpahi air pancut di sebelah kafe memang cantik. ‘Snap’ saja gambar terus dengan tablet ini. 8 megapiksel, pun dah cukup. Kalau mahu melakukan kerja sambil berhibur pula, pecahkan skrin kepada dua dengan mod ‘split screen’ yang ditawarkan dengan mudah iaitu hanya leret dan sentuh melalui jari pantas merubah kepada konsep terbabit. Masih lagi agak lewat, gunakan kamera depan beresolusi 8 megapiksel untuk sidang video bersama bos memaklumkan hal kerja. Sambil sidang video untuk mesyuarat ringkas, boleh teruskan kerja dengan split mode tadi. 6 petang Balik ke rumah, anak nak pinjam tablet. Mahu tonton kartun katanya. Biarkan saja. Jangan risau. Jika anda berikan tablet ini kepada anak, jangan risau dengan pelbagai kandungan mengarut yang mungkin ditonton kerana Huawei MediaPad M3 Lite mempunyai aplikasi Kid’s Corner yang membolehkan ibu bapa mengawal penggunaan dan akses kepada aplikasi tertentu saja. 9 malam Kita pun mahu berehat. Jom tonton sekejap siri kegemaran di iflix. Untung anda memiliki paparan jenis HD+ penuh pada resolusi 1920 x 1200 piksel. Memang ketara sangat kalau mahu bermain game atau menonton video pada definisi yang tinggi. Dah lah gambar cantik, tak nampak pun ‘lag’nya dan menonton filem atau siri kegemaran bersama iflix atau Netflix memang cun. 12 tengah malam Masuk tidur, terlupa, bateri Huawei MediaPad M3 Lite masih kuat bertahan dengan kapasiti bateri 4800mAh tapi eloklah cas di sebelah sebelum hari esok bermula lagi!

The post Hidup bersama Huawei MediaPad M3 Lite tak pernah bosan appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Anda mampu miliki 3 telefon ini pada harga kurang RM400

Jika anda mempunyai bajet yang ketat tapi memerlukan sebuah telefon pintar, tiga model ini mampu diperoleh pada harga kurang RM400. Bagaimanapun, keduanya datang bersama pelan Digi Postpaid 48 yang bermakna anda perlu membayar jumlah bulanan sebanyak RM48 saja dengan data diberikan berjumlah 3GB sebulan di samping 100 minit berbual ke semua rangkaian. Model tersebut termasuk ZTE Blade V7 Lite, Vivo Y53 dan Samsung J3 Pro. ZTE Blade V7 Lite menggunakan prosesor MediaTek MTK6735P quad core 1.3GHz selain RAM 2GB serta storan 16GB malah tersedia dengan ciri pengesan cap jari. Ia mempunyai skrin 5-inci tersedia untuk tatapan pengguna manakala kameranya pula 13 megapiksel bersama kamera depan 8 megapiksel. Model ini dikeluarkan pada tahun lepas. Untuk membeli fon ini, anda perlu menyediakan RM207 sebagai bayaran keseluruhan manakala RM48 bulanan berdasarkan pelan Digi tadi. Model kedua pula Vivo Y53 pula mempunyai kamera 8 megapiksel manakala kamera depan pula 5 megapiksel dengan sokongan tiga slot untuk dua kad sim serta satu microSD. Telefon ini mempunyai bateri 2500mAh dan pengguna perlu membayar sebanyak RM347 secara keseluruhan bagi mendapatkan fon ini selain bayaran bulanan berjumlah RM48. Manakala model ketiga pula Samsung Galaxy J3 Pro yang mempunyai RAM 2GB bersama storan 16B dengan kamera utama 13 megapiksel dan 5 megapiksel bagi kamera depan. Harga keseluruhan yang perlu dibayar untuk Samsung J3 Pro ialah RM395. ZTE Blade V7 Lite Digi Postpaid 48 Bayaran pendahuluan: RM48 Pendahuluan: RM0 Bulanan: RM48 Harga peranti: RM159 Bayaran muka: RM0 Bayaran keseluruhan: RM207 Samsung J3 Pro Bayaran pendahuluan: RM48 Pendahuluan: RM0 Bulanan: RM48 Harga peranti: RM299 Bayaran muka: RM0 Bayaran keseluruhan: RM395 Vivo Y53 Bayaran pendahuluan: RM48 Pendahuluan: RM0 Bulanan: RM48 Harga peranti: RM299 Bayaran muka: RM0 Bayaran keseluruhan: RM347

The post Anda mampu miliki 3 telefon ini pada harga kurang RM400 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Jika Neelofa duta F5 6GB warna pink, siapa pula duta baru F5 6GB warna hitam?

Selepas muncul warna feminin, Oppo memperkenalkan pula warna jantan bagi model telefon F5 6GB. Ia bakal dijual sama dengan tarikh pelancaran F5 6GB dua hari lagi. F5 6GB (edisi hitam) mempunyai spesifikasi sama iaitu RAM sebanyak 6GB dengan storan 64GB bersama bateri 3200mAh. Ia mempunyai skrin 6-inci 1080 x 2160 piksel dengan kamera utama 16 megapiksel f1.8 manakala kamera depan pula 20 megapiksel f2.0. Oppo melantik aktres terkemuka, Neelofa sebagai duta untuk Oppo F5 6GB warna merah manakala Fattah Amin juga menjadi duta Oppo untuk model telefon sebelum ini.

The post Jika Neelofa duta F5 6GB warna pink, siapa pula duta baru F5 6GB warna hitam? appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Note8, S8 & S8+ dapat warna baru…shh, jangan bagitau isteri/awek anda

Samsung mula menjual dua model, Galaxy Note8 serta Galaxy S8 dan S8+ berwarna merah jambu di Malaysia. Galaxy Note8 Soft Pink dan Galaxy S8 and S8+ Rose Pink disasarkan untuk wanita yang menunggu warna feminin ini. Manakala spesifikasinya kekal seperti biasa. Harga juga kekal sama iaitu RM3,999 (Note8), RM3,299 (S8) dan RM3,699 (S8+). Setiap pembelian Galaxy Note8, S8 dan S8+ Pink Edition akan didatangkan dengan kasing Alcantara bernilai RM209 dan 20% diskaun bagi premium flatbed AirAsia X. Note8 bersaiz berukuran 6.3 inci itu turut hadir bersama paparan berdefinisi tinggi (HD) Infinity Super AMOLED bagi memberikan kepuasan menjonton, membaca serta melukis kepada penggunanya. Bagi keluaran terbaru ini, Samsung masih mengekalkan reka bentuk dan kualiti yang menjadi identiti Samsung Galaxy S8 dan S8+ iaitu paparan tanpa bazel yang digelar Infinty Display. Ia juga dilengkapi dengan kamera belakang 12 megapixel dengan bukaan f1.7 manakala kamera hadapan 8 megapixel bagi menawarkan rakaman gambar yang lebih jelas.

The post Note8, S8 & S8+ dapat warna baru…shh, jangan bagitau isteri/awek anda appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article
1 2 3 36
Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com