TechSemut Malaysia

Gajet

Anda Boleh Jadi Pengarca Digital Menggunakan Xperia XZ1

Pengarca menghasilkan ukiran menggunakan bahan medium fizikal seperti batu, tanah liat, besi, dan kayu. Tapi, Sony Xperia XZ1 yang baru dilancarkan ini membolehkan anda mengjadi pengarca digital hanya dengan memegang telefon. Xperia XZ1 adalah flagship terbaru daripada Sony yang dilancarkan di IFA 2017 tidak lama dulu. Ia adalah Android Oreo pertama di Malaysia. Pada rupa parasnya, tidak banyak perubahan boleh dilihat berbanding model Xperia yang lain kecuali pada beberapa bahagian tertentu. Misalnya, Xperia XZ1 ditempa daripada sebongkah alumunium yang menjadikannya lebih rintang terhadap kelenturan. Pada paparannya, pengguna boleh menemui panel LCD 5.2″ berolusi HD 1080p dengan teknologi HDR terterap padanya. Lebih menarik, daripada segi audio, siri Xperia X adalah satu-satunya flagship yang ada speaker stereo menghadap kedepan. Pada papan utama, Xperia XZ1 dikuasakan cip Snapdragon 835 beserta RAM sebesar 4GB. Storan 64GB, jika tidak mencukupi boleh diperbesar melalui slot mikro-SD/SIM hibrid. Yang mengecewakan adalah kapasiti baterinya yang agak kecil. Sedang semua flagship jenama lain memeliki bateri melebihi 3,000mAh, Sony hanya memuatkan 2,700mAh pada XZ1. Sungguhpun begitu, terdapat pengecasan pantas untuk mengimbangi kekurangan itu. Bahagian optikal XZ1 tidak banyak perubahan berbanding sebelum ini. Pada bahagian belakang ada sensor 19MP TrueMotion berapertur F2.0. Anda boleh menangkap video 960fps pada resolusi 720p. Kamera depan pula menggunakan sensor 13MP dan memiliki fungsi fokus. Berbalik kepada pengarca digital, 3D Creator adalah sesuatu yang unik pada XZ1. Menggunakan kamera belakang, ia akan mengimbas satu objek fizikal dan menghasilkan model 3D digital objek tersebut. Xperia XZ1 akan mula dijual di penghujung September ini pada harga RM2,999. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut. Untuk kelas pertengahan, Sony menghantar Xperia XA1 Plus. Walaupun tidak sehbat XZ1, ia memiliki bateri yang lebih besar iaitu 3,430mAh dan boleh dicas pantas menggunakan teknologi MediaTek PumpExpress+ 2.0. Pada papan utama, pengguna akan menemui cip MediaTek Helio P20, RAM 4GB, dan storan 32GB (boleh diperbesar). Bahagian paparan pula menggunakan panel LCD 5.5″ HD 1080p. Sensor 23MP F2.0 menjadi komponen optikal kamera belakang XA1 Plus. Ia dibantu oleh pembidik fokus hibrid dan penstabil imej SteadyShot. Kamera depan pula sekuasa 8MP dan turut memiliki penstabil imej SteadyShot. Xperia XA1 Plus dijual pada harga RM1,499 bermula Oktober 2017. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

The post Anda Boleh Jadi Pengarca Digital Menggunakan Xperia XZ1 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Qualcomm beri petunjuk iPhone selalu di belakang Android

Bagi peminat telefon pintar, nama Qualcomm adalah sesuatu yang penting semasa membuat pembelian. Ramai yang sentiasa memilih telefon pintar yang dikuasakan Qualcomm Snapdragon berbanding Mediatek, mahupun Samsung Exynos dan Huawei Kirin. Sebelum Tim Cook memperkenalkan iPhone 8, 8 Plus dan iPhone X semalam, Qualcomm sempat mengeluarkan satu artikel berkenaan telefon pintar Android yang sering menjadi yang pertama menggunakan teknologi terbaru. Kebanyakan teknologi ini dijayakan dengan penggunaan pemproses Qualcomm. Walaupun banyak teknologi dan model telefon pintar yang disenaraikan, kebanyakan teknologi terbaru ini boleh didapati di barisan flagship seperti Samsung Galaxy S8, HTC U11 dan juga Sony Xperia XZ Premium. Antara yang boleh diperkatakan adalah pengecasan pantas, skrin tanpa bingkai, kalis air dan debu, Bluetooth 5.0, paparan HDR dan banyak lagi. Semua teknologi yang disebut tadi, juga terdapat di dalam iPhone X yang baru dilancarkan pagi tadi. Ada yang mengatakan, Qualcomm menghasilkan jadual teknologi pertama dalam peranti ini adalah untuk merendahkan telefon pintar baru iPhone. Tidak dapat disangkal, iPhone sering ketinggalan dalam penggunaan teknologi terbaru. Tetapi iPhone X yang tiba pagi tadi merapatkan jurang apabila teknologi di dalamnya kini sebaris model flagship Android. Perkara sebegini sering menjadi punca pertelagahan peminat tegar Android dan iPhone. Tetapi bagi Qualcomm, ia mungkin lebih dari itu kerana terdapat kes mahkamah di antara Apple dan Qualcomm sedang berjalan. Ia dilihat kesinambungan kepada peperangan Qualcomm dan Apple ini. Adakah penting untuk sesuatu peranti flagship disertakan teknologi canggih terkini yang sering dilakukan pengeluar Android, atau memasukkannya satu persatu secara perlahan-lahan seperti di iPhone? Anda bersetuju dengan kenyataan Qualcomm, di mana Android sering menjadi yang pertama dalam teknologi mudah alih? Atau ada teknologi di mana iPhone adalah yang pertama? Jom kongsikan bersama kami. [SUMBER: Qualcomm]

The post Qualcomm beri petunjuk iPhone selalu di belakang Android appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Sony RX10 IV Dengan Superzum 25X Rakan Baik Paparazzi

Sony RX10 IV adalah kamera kompak terbaru dalam keluarga RX. Ia membawakan pelbagai penambahbaikkan berbanding RX10 III. Kamera ini kategori bridge camera. Dalam kategori ini, kameranya mempunyai rupa seperti sebuah DSLR tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk bertukar lensa.  Ia ditujukan untuk pengguna yang berminat untuk menaik taraf ke dunia DSLR tetapi masih selesa dengan kamera kompak point & shoot. Pada jantung kamera RX10 IV terdapat sensor 1″ 20.1 MP Exmor RS CMOS. Sensor ini menggunakan teknologi yang sama yang boleh ditemui pada Sony Xperia XZ Premium. Hal ini bermakna, gambar gerak perlahan 960fps bukanlah masalah bagi kamera ini. Selain itu, bahagian pembidik fokus juga telah dipertingkat. 315 titik PDAF diseluruh sensor ini menyelaputi hampir 65% permukaan sensor. Pada lensa, RX10 IV memang terkenal dengan keupayaan untuk menjangkau zum yang jauh. Ia memiliki julat fokal antara 24mm hingga 600mm (25X) dengan apertur tak malar antara F2.4 hingga F4. Jika itu belum mengujakan anda, untuk menjangkau jarak fokal sepanjang 600m dengan apertur F4 pada Canon, ia memerlukan lensa berharga hampir RM50,000! Untuk memudahkan kawalan, Sony ada menyediakan NFC, Wi-Fi, dan Bluetooth. RX10 IV akan mula dijual bermula Oktober ini pada harga yang belum diumumkan. Untuk perspektif, model sebelum ini, RX10 III dijual pada harga RM 6,599. Singgah ke laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

The post Sony RX10 IV Dengan Superzum 25X Rakan Baik Paparazzi appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Telefon Android One pertama Xiaomi makin hampir tiba

Telefon pertama Xiaomi yang dikuasakan Android One semakin hampir tiba. Semasa pelancaran di India, ia telah dimaklumkan akan mula dijual di Malaysia pada hujung bulan September ini. Kini ia disahkan oleh DirectD, salah satu penjual peranti terkemuka di Lembah Klang. DirectD memaklumkan akan membuka tempahan telefon pintar Mi A1 tidak lama lagi. Ia bukannya set import, sebaliknya adalah set rasmi yang dijamin oleh Xiaomi Malaysia. COMING SOON!! ANDROID ONE – Created by Xiaomi, Powered by Google. Mi A1 Key features: 5.5′ FULL HD, ANDRIOD… Posted by DirectD on Tuesday, September 12, 2017 Harga rasmi Mi A1 di Malaysia masih belum didedahkan, tetapi melihatkan harga pelancarannya di India iaitu INR14,999, berkemungkinan harga dalam Ringgit Malaysia akan mencecah sekitar RM999 ke RM1,099. Seperti biasa, harga peranti Xiaomi ini sangat berbaloi. Pertama kerana ia menggunakan sistem operasi tulen Android tanpa ubahsuai. Ini menjamin kemaskini yang pantas sekurang-kurangnya selama 2 tahun. Ia akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo pada tahun ini, malah akan turut mendapat Android P selepas dilancarkan kelak. Kedua, perkakas yang digunakan di dalam MI A1, semestinya setaraf dengan jenama lain yang lebih mahal. Ia memiliki skrin HD penuh 5.5-inci, pemproses Snapdragon 625, 4GB RAM, 64GB storan dan sedia menerima kad mikroSD. Satu-satunya pencabar harganya adalah Redmi Note 4. Tetapi Mi A1 dengan mudah menjadi pilihan yang lebih baik dari Redmi Note 4 kerana dibekalkan pengecas pantas melalui USB-C, serta kamera berkembar 12MP dengan zum optikal 2x di belakang. Cuma baterinya lebih kecil, hanya 3,080mAh. Adakah anda tidak sabar untuk memiliki Mi A1 ini? Berapakah harga paling patut untuk Mi A1 di Malaysia? Janganlah kedekut sangat dengan perkiraan tu, tapi bandingkan dengan model lain yang memiliki spesifikasi yang hampir sama. RM1,099 kira ok laa kan. [SUMBER: DirectD]

The post Telefon Android One pertama Xiaomi makin hampir tiba appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Tempah Xiaomi Mi A1 Segera Dan Mula Gunakannya Minggu Depan

Kami menjangkakan Xiaomi Mi A1 akan dijual macam goreng pisang panas. Mana taknya, spesifikasi kelas pertengahan yang mantap beserta Android tulen sudah pasti membuatkan pengguna yang arif tak sabar untuk memegang telefon ini. Laman Lazada mula menyenaraikan telefon ini untuk tempahan pada harga RM1,099 dan akan mula diedarkan seawal 19 September 2017. Buat mereka yang terlepas pandang telefon ini, Xiaomi Mi A1 dilancarkan pada minggu lalu di New Delhi, India. Ia adalah telefon pertama Xiaomi yang menerima cap AndroidOne, satu inisiatif Google untuk mengoptimumkan pengalaman Android pada telefon kelas pertengahan. Selain laman Lazada, Mi Malaysia juga turut mengutuskan sesuatu di laman Facebook mereka. Tempahan Mi A1 melalui saluran Mi Store di Lazada, DirectD, Mobile To Go, dan Mi Premium Reseller hanya akan bermula 16 September jam 12 tengah malam. Mi A1 dikuasakan cip pemproses Snapdragon 625 bersama RAM sebesar 4GB. Storannya boleh diperluas sekiranya 64GB masih belum cukup. Konfigurasi kamera berkembar belakangnya menggunakan dua sensor 12MP. Salah satu kamera miliki 2X zum berbanding kamera pertama. Signifikannya telefon ini dalam kelas pertengahan adalah ia akan memberi pesaing yang maha hebat pada telefon kelas pertengahan yang lain, baik daripada segi harga, spesifikasi, dan penggunaan Android tulen.

The post Tempah Xiaomi Mi A1 Segera Dan Mula Gunakannya Minggu Depan appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Berapa harga iPhone 8 & iPhone X di Malaysia?

Pelancaran telefon pintar baru Apple sentiasa dinanti ramai, bukan sahaja oleh peminatnya malah orang ramai yang kurang berminat jua. Antara yang menjadi tarikan adalah harganya yang lebih mahal dari telefon pintar lain. Seperti yang dijangka, harga iPhone 8 yang kelihatan sama tapi tidak serupa dengan iPhone 7, telah dinaikkan. Tahun lepas, Apple melancarkan iPhone 7 pada harga bermula dari USD649 manakala iPhone 7 Plus dari USD769. Beza paparan iPhone X, iPhone 8 Plus dan iPhone 8 Bagi iPhone 8, ia memiliki tanda harga bermula dari USD699 dan iPhone 8 Plus pula dari USD799. Bagi iPhone X yang jauh lebih canggih, harganya bermula dari USD999. Kenaikan harga ini turut disumbang dengan pilihan storan asas yang digandakan, dari 32GB di iPhone 7 kepada 64GB di iPhone 8 & iPhone X. Tapi bukan ini fokus kita. Di sini, kami ingin menjangkakan harga iPhone 8 & iPhone X Jangkaan harga ini boleh dibuat berdasarkan sejarah harga jualan produk Apple di Malaysia sebelum ini, dengan syarat kadar tukaran matawang tidak banyak berbeza. Kita semak dahulu harga bagi produk Apple sebelum pelancaran iPhone 8 & iPhone X di bawah ini: iPhone 7 32GB = USD649 = RM3,199 iPhone 7 Plus 32GB = USD769 = RM3,799 Harga iPhone 7 dan 7 Plus di Malaysia semasa dilancarkan Kadar yang digunakan pada iPhone 7 32GB adalah USD1 = RM4.93. Manakala bagi iPhone 7 Plus 32GB pula USD1 = RM4.94. Jadi, tidak salah kalau dikatakan Apple Malaysia akan mengekalkan kadar ini untuk iPhone 8 dan juga iPhone 8. Kalau kadar tukaran tidak banyak berbeza seperti sekarang. Jika kita ambil kadar tukaran USD1 = RM4.93, maka harga iPhone adalah seperti berikut: iPhone 8 64GB = USD699 = RM3,446 iPhone 8 Plus 64GB = USD799 = RM3,939 iPhone X 64GB = USD999 = RM4,925 Selepas bertafakur dan bertasbih memuji kebesaran Ilahi, kami merumuskan jangkaan harga rasmi telefon terbaru iPhone di Malaysia adalah: iPhone 8 64GB = RM3,499 iPhone 8 Plus 64GB = RM4,099 iPhone X 64GB = RM5,199 Bagaimana? Bersediakah anda untuk membayar harga ini bagi model terbaru iPhone, atau ini adalah masa terbaik membeli model lama iPhone yang telah diturunkan harga? Beli iPhone 6s pun ok lagi ni, sebab tak ada beza rupa luaran pun. Fungsi pun semua sama je dengan iPhone 8 kan? Kalau nak kamera berkembar, iPhone 7 Plus pun dah cukup.

The post Berapa harga iPhone 8 & iPhone X di Malaysia? appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Mongji Akan Datang Ke Malaysia Untuk Galaxy Note8

Samsung telah mengedarkan jemputan rasmi untuk menghadiri majlis pelancaran flagship terbaru mereka, Galaxy Note8 pada 21 September ini. Bagi memeriahkan lagi majlis itu, Samsung akan menerbangkan salah seorang ahli “Monday Couple” ke Malaysia pada hari berkenaan. Laman YouTube Samsung Malaysia telah memuat naik satu video yang menampilkan Song Ji-Hyo berlatih menulis “Live Message”, salah satu ciri unik pada Note8. Song Ji-Hyo yang terkenal menerusi siri Runningman telah menjemput orang ramai untuk menyertainya di Pavillion, Kuala Lumpur. Malaysia adalah antara pasaran terbesar Samsung. Mereka berbelanja besar setiap kali ada flagship baru dilancarkan. Lihat sajalah Galaxy S7 edge yang menampilkan Kwang-so. Kita masih lagi jadi antara yang terawal menerima Note8. Tempahan Note8 sudahpun berakhir pada 10 September yang lepas melalui telco dan juga kedai dalam talian Samsung sendiri. Untuk yang terlepas, Galaxy Note8 dijual pada harga RM3,999 dan anda akan menerima pemberian bernilai RM888 bersama-sama Note8 anda.

The post Mongji Akan Datang Ke Malaysia Untuk Galaxy Note8 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Misteri sebelah lain Meizu Malaysia

Lama tak dengar cerita pasal telefon pintar Meizu di Malaysia. Tapi tak lama lagi khabarnya mereka akan membawa masuk telefon pintar yang istimewa untuk pasaran Malaysia. Ini dapat dilihat menerusi Facebook Meizu Malaysia, di mana mereka memberi beberapa petunjuk bersama tanda pagar #TheOtherSide dan akan datang. Walaupun gambar yang diberikan dilihat samar-samar dalam kegelapan, tidak sukar untuk mengenalpastinya. Ia adalah Meizu Pro 7 yang bukan sahaja memiliki dua kamera belakang, tetapi juga dua skrin. Tanda pagar #TheOtherSide pastinya merujuk kepada skrin kedua yang terletak di belakang telefon pintar Meizu Pro 7. Ia dilancarkan di China pada bulan Julai lepas, dengan cip pertama Mediatek menggunakan proses 10nm, iaitu Helio X30. Tetapi tarikan utama pastinya pada skrin keduanya. Ia digelar paparan Fenetre, berukuran 1.9-inci dengan resolusi 240×536. Tambah menarik, ianya menggunakan paparan AMOLED. Skrin kedua ini boleh digunakan untuk pelbagai perkara, seperti notifikasi dan paparan muzik. Meizu memperkenalkan dua model iaitu Pro 7 dan Pro 7 Plus. Ia berbeza dari segi saiz skrin di mana Pro 7 memiliki skrin 5.2-inci HD Penuh, manakala Pro 7 Plus pula 5.7-inci QuadHD. Kedua-duanya menggunakan paparan Super AMOLED. Kapasiti bateri pastinya berbeza, dengan Pro 7 dimuatkan 3,000mAh bateri dan Pro 7 Plus pula 3,500mAh. Pengecasan dibuat melalui sambungan USB-C dan ia menyokong pengecasan mCharge 4. Kuasa dalaman juga sedikit berlainan. Hanya Pro 7 Plus yang menggunakan pemproses Helio X30, dan diberikan 6GB RAM. Manakala Pro 7 dibekalkan pemproses Helio P25 bersama 4GB RAM. Storan diberi pilihan antara 64GB dan 128GB bagi kedua-dua model. Kamera berkembar di belakangnya, menggunakan gabungan sensor RGB dan monokrom. Sensor ini merakam gambar sehingga 12MP, bersama apertur f/2.0, autofokus PDAF dan dwi tona LED Flash. Kamera hadapan pula dimuatkan sensor 16MP berapertur f/2.0. Di China telefon pintar ini dijual dengan spesifikasi dan harga berikut: Pro 7 64GB – RMB2,880 (~RM1854, Helio P25, 4GB RAM, 64GB Storan) Pro 7 128GB – RMB3,380 (~RM2176, Helio X30, 4GB RAM, 128GB Storan) Pro 7 Plus 64GB – RMB3,580 (~RM2305, Helio X30, 6GB RAM, 64GB Storan) Pro 7 Plus 128GB – RMB4,080 (~RM2627, Helio X30, 6GB RAM, 128GB Storan) Harganya mungkin tidak semenarik Xiaomi, tetapi ia hadir dengan keunikan paparan kedua di belakang. Selfie menggunakan kamera belakang pastinya lebih menawan hasilnya. Kena tunggu 15 September nanti, apakah pengumuman yang akan Meizu Malaysia lakukan. Sementara tu boleh belek-belek dulu pasal Meizu Pro 7 di laman produk rasmi Meizu. [SUMBER: Facebook Meizu Malaysia]   #theotherside- Episod 1 Trailer The boss compliment his performance in year end but only rewards him a certificate? What do you think? #theotherside #staytune Posted by MEIZU Malaysia on Friday, September 8, 2017     #theotherside- Episod 2 Trailer Her mum blamed her for bad result in exam, what do you think? #theotherside #staytune Posted by MEIZU Malaysia on Monday, September 11, 2017  

The post Misteri sebelah lain Meizu Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

6 perkara tentang iPhone baru yang dijangka diumumkan Tim Cook

Tengah malam ini, jam 1 pagi waktu Malaysia, Apple akan melancarkan model terbaru telefon pintar mereka. Apa yang membuatkan ia istimewa adalah kerana tahun ini mencatatkan tahun kesepuluh kelahiran iPhone. Seperkara lagi, peminat iPhone sangat teruja menantikan rekabentuk iPhone baru kerana ia tidak mengalami perubahan sejak 3 model sebelum ini. Jadi, apakah yang mungkin Tim Cooks perkenalkan kepada dunia malam nanti? Hasil kajian di internet memberikan beberapa petunjuk penting yang kami rumuskan di bawah ini. 1. Tiga model iPhone akan diperkenalkan Pada awalnya dikhabarkan model yang akan dilancarkan adalah iPhone 7s, iPhone 7 Plus dan iPhone 8. Tetapi khabar angin yang lebih kencang bertiup mengatakan tiga model yang akan diperkenalkan adalah iPhone X, iPhone 8 dan 8 Plus. Kenapa X? Sudah pasti kerana ulangtahun ke-10 iPhone. iPhone X dijangka menjadi model utama dengan perkakas terbaik, manakala iPhone 8 dan 8 Plus merupakan penambahbaikan dari model iPhone 7. Mungkin juga ia akan menerima nama yang lebih istimewa selain iPhone X. iPhone 8 iPhone 8 Plus iPhone X pic.twitter.com/OVLfhLxTdT — Steve T-S (@stroughtonsmith) September 9, 2017 2. Pengecas wayarles Apple sememangnya lambat menampilkan teknologi baru di dalam iPhone, tetapi bila dilaksanakan ia sering menjadi ikutan. Samsung telah lama memuatkan pengecas wayarles sejak Galaxy S6 lagi dan diteruskan ke dalam Galaxy S7, S8 serta Note8. Tetapi pengecas wayarles bukan bermakna ia tiada sentuhan langsung. Telefon pintar masih perlu bersentuhan, tetapi tidak lagi perlu mencucuk kabel ke dalam port pengecasan. Hanya letak dan tinggal. 3. Skrin penuh hujung-ke-hujung Mengikut trend tahun ini, iPhone yang baru dilihat sangat pasti akan datang dengan skrin yang memenuhi ruang hadapan, dengan bezel yang sangat nipis. iPhone 8 (encased) pic.twitter.com/9LpARCAML2 — Evan Blass (@evleaks) August 8, 2017 4. Tiada butang fizikal Home Sejak kemunculan pertama iPhone, butang Home adalah satu-satunya butang di hadapan iPhone. Tetapi dengan penggunaan skrin penuh di iPhone yang baru, butang fizikal yang sekian lama ada ini bakal dihapuskan. Apple benar-benar mahu menjadikan iPhone sebagai telefon pintar dengan nisbah skrin berbanding badan terbesar. Jadi di manakah pengimbas capjari Touch ID? Ia mungkin masih di hadapan, diintegrasikan ke dalam skrin. 5. Kamera 3D dan pengecaman wajah Jika pengimbas capjari tiada di hadapan, ia mungkin digantikan dengan sistem pengecaman wajah. Kamera hadapan iPhone yang baru ini dikatakan berkemampuan mengecam wajah secara 3 dimensi dan ia mungkin lebih mudah dan tepat digunakan berbanding pengimbas capjari. 6. Harga yang jauh lebih mahal Walaupun harga iPhone di Malaysia dilihat semakin mahal dengan pengenalan model baru, sebenarnya harganya tidak banyak berubah di dalam Dolar Amerika. Tetapi model terbaru iPhone kali ini mungkin akan melompat jauh dari harga iPhone 7 sebelum ini. Mungkin mengikut jejak langkah Samsung dalam perbezaan harga Galaxy Note7 dan Note8. Selain telefon pintar iPhone yang baru, Apple juga dijangka akan memperkenalkan beberapa lagi produk lain. Antara yang dikatakan akan membuat kemunculan malam ini adalah Apple Watch LTE, Apple TV 4K dan juga Airpods yang baru. Well fortunately there are no actual iPhone 8 or iPhone X renders in the OS, but the LTE Apple Watch and revised AirPods weren't so lucky pic.twitter.com/ddO1vL0PgA — Steve T-S (@stroughtonsmith) September 9, 2017 Anda juga boleh turut serta menonton secara langsung majlis pelancaran iPhone baru ini. Ia boleh ditonton menerusi laman web Apple tetapi hanya menggunakan peranti Apple seperti iPhone, iPad, Macbook dan lain-lain. Untuk komputer Windows 10, ia boleh ditonton hanya menggunakan pelayar Microsoft Edge. Sama-samalah kita berjaga jam 1 pagi nanti untuk menontonnya. [SUMBER: MacRumors, Forbes, Telegraph]

The post 6 perkara tentang iPhone baru yang dijangka diumumkan Tim Cook appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article
Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com