TechSemut Malaysia

Honor

    Segalanya Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Honor 10

Segalanya Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Honor 10

Telefon pintar Honor 10 yang telah dilancarkan pada bulan lalu merupakan satu peranti pertama dari keluarga Honor yang hadir dengan rekaan skrin bertakuk. Telefon pintar ini dilihat telah mengikuti trend rekaan terkini iaitu hadir dengan skrin nirbingkai dan rekaan takuk yang telah hadir pada kebanyakkan peranti flagship tahun ini. Namun, apakah ciri yang menarik tentang […]

0 comment Read Full Article
    Huawei Berkongsi Senarai Dan Tarikh Peranti Akan Menerima Kemaskini GPU Turbo

Huawei Berkongsi Senarai Dan Tarikh Peranti Akan Menerima Kemaskini GPU Turbo

Ketika pelancaran telefon pintar untuk permua Honor Play awal minggu ini, pihak Huawei memperkenalkan fungsi GPU Turbo. Ia dikatakan boleh meningkatkan prestasi keseluruhan GPU pada telefon pintar sebanyak 60% tetapi mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 30%. Menarik sekali GPU Turbo akan turut diberikan kepada peranti lain keluaran mereka. Senarai awal peranti yang akan menerima GPU Turbo […]

0 comment Read Full Article
    Honor Melancarkan Honor Earphones – Set Fon Telinga Dengan Pengimbas Nadi

Honor Melancarkan Honor Earphones – Set Fon Telinga Dengan Pengimbas Nadi

Beberapa hari lepas, telah kami laporkan di mana Honor bakal melancarkan set fon telinga dengan pengimbas nadi. Semalam, Honor telah lancarkannya secara rasminya set fon telinga Honor Earphones bersama-sama dengan gelang lengan Honor Sports Armband. Menurut Honor, mengimbas nadi melalui telinga adalah lebih tepat berbanding pergelangan tangan. Oleh itu, mereka bina Honor Earphones sekali dengan […]

0 comment Read Full Article

Honor Melancarkan Honor 9i Dengan Pemproses Kirin 659 Dan Skrin Bertakuk

  Honor Melancarkan Honor 9i Dengan Pemproses Kirin 659 Dan Skrin Bertakuk

Semalam, Honor telah lancarkan Honor Play di Cina – iaitu telefon pintar daripada Honor yang memfokuskan permua. Bersama-sama dengan Honor Play, Honor 9i turut dilancarkan. Honor 9i ini dijana dengan cip pemproses Kirin 659 dan juga hadir dengan rekaan skrin bertakuk. Skrin peranti ini adalah 5.84-inci dengan panel IPS LCD beresolusi FHD+. Selain itu, ia […]

0 comment Read Full Article

Honor Turut Memperkenalkan Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Video – Honor Play

  Honor Turut Memperkenalkan Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Video – Honor Play

Telefon pintar memfokuskan kepada permua semakin popular akhir-akhir ini. Sebelum ini kita telah melihat pengenalan peranti memfokuskan permua daripada Razer, Asus ROG, Xiaomi dan juga Nubia. Kini, Honor turut hadir dengan penawaran mereka tersendiri yang dinamakan Honor Play. Honor Play hadir dengan cip pemprosesan Kirin 970 – yang turut digunakan pada Huawei P20 dan Honor […]

0 comment Read Full Article

Super Honor Day Akan Diadakan Pada 8 Jun Di Shopee – Pelbagai Peranti Pada Harga Diskaun

  Super Honor Day Akan Diadakan Pada 8 Jun Di Shopee – Pelbagai Peranti Pada Harga Diskaun

Honor Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan Shopee, sekaligus mengumumkan yang mana mereka akan menganjurkan Super Honor Day pada 8 Jun 2018 ini. Pada acara berkenaan, produk Honor akan diketengahkan pada halaman utama Shopee, selain pada masa yang sama menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada pengguna. Honor mengatakan selain daripada Honor 7A yang akan ditawarkan pada […]

0 comment Read Full Article

Cantiknya Honor 10 bukan pada AI saja

Kecantikan dalam AI. Kenyataan tersebut nampak biasa namun sekiranya anda sedang memegang Honor 10 boleh membayangkan makna sebenar kecantikan. Ringkasnya, Honor 10 sebuah telefon pintar dengan kamera Ai 24 megapiksel, rekaan Aurora pada bahagian belakang, 5.84 inci Honor FullView dan pengimbas cap jari ultrasonic di bawah gelas. Honor 10 mengembalikan kenangan penciptaan gelas pada abad ke-7 apabila gelas yang dicipta di Syna (Murano) iaitu sebuah pulau yang berhampiran Venice, Itali menjadi pusat produksi gelas artistik terkemuka dunia. Pereka-pereka Honor berjaya menggabungkan nilai kasih sayang dan semangat dalam rekaan fon hasil inspirasi pada lapisan demi lapisan yang dipasang pada Honor 10. Lebih 15 lapisan proses menjadikan body Honor 10 menyerlah dan hasilnya sangat minimalis dengan teknik industri dan proses kejuruteraan yang komplikated seterusnya menghasilkan rekaan yang kemas dan terperinci. Honor 10 mempunyai dwi lapisan gelas coating belakang dengan gasket nano scale. Rekaannya dibuat di Paris Aesthetics Center yang menggabungkan warna Phantom Blue dan Phantom Green menghasilkan warna yang cantik pada rekaan Honor 10. Apabila bercakap dengan pengimbas cap jari ultrasonik pula, ia membawa maksud ia mampu mengimbas jari dengan pantas meskipun jari anda mungkin basah atau kotor apabila permukaan sensor ini datang daripada gel silikon yang mengesan dengan pantas jari anda. Dua kamera Ai di belakang menukar seorang yang amatur kepada jurugambar profesional. Kamera utama dengan AI dibantu prosesor Kirin 970 di mana ia mampu mengesan 500+ senario melalui 22 kategori dalam masa sebenar. Antara yang pantas dikesan termasuklah langit, tanaman, manusia dan air terjun kemudian mengesan pula lokasi gambar dirakam. AI pada kamera juga pula mengesan pelbagai objek dalam satu imej gambar. Ia mengubah tetapan kamera anda secara automatik untuk membantu meningkatkan skil seperti gambar landskap. Paparan warna akan disesuaikan dengan visual yang vivid seolah ia dirakam mata anda. Merakam gambar makanan pun sama apatah lagi ia antara aktiviti utama dilakukan dengan fon anda. Ciri potrait lighting juga ciri baru yang menarik untuk menghasilkan potret bokeh. Dengan AI, sebaik ia merakam gambar anda, ia akan mengesan wajah dan secara automatik juga mengesan posisi dan skala antara individu dan latar belakang kemudian menetapkan gambar pada bokeh yang sesuai. Dalam potrait lighting juga terdapat pencahayaan yang benar-benar sesuai untuk gambar-gambar yang kreatif. Misalnya, soft lighting, split lighting, butterfly lighting, stage lighting dan classic lighting. Kamera depan pun tidak kurang hebatnya apabila kamera 24 megapiksel tersebut mempunyai keupayana mengesan wajah 3D, optimumkan perincian pada wajah, mengesan lebih banyak poin dalam wajah untuk ketepatan muka manusia. Kemudian, ada pula groufie yang merakam gambar beramai-ramai kemudian latar belakang dikaburkan secara automatik. Ya! Ia dilakukan dengan Honor 10. Gambar-gambar yang dirakam akan disusun kemas dalam fail melalui Smart Gallery memudahkan anda melihat kembali dan mengaitkannya dengan memori yang anda ingat. Honor 10 mempunyai bateri 3400mAh dengan Honor Super Charge 5V/4.5A mampu mengecas 50% dalam masa 25 minit saja. EMUI 8.1 pintar pula menghasilkan Easy Talk yang membuang bunyi bising ketika anda sedang berbual di telefon. EMUI 8.1 juga membenarkan pembuka telefon dengan 180 darjah mengesan wajah untuk membukanya. Lagi menarik? Harganya kini hanya RM1,599. Bayangkan dengan pelbagai ciri menarik, harganya masih berbaloi-baloi untuk dimiliki. Mahu beli? Klik https://shopee.com.my/honormy.officialstore?utm_source=skop&utm_medium=adv https://www.hihonor.com/my/index.html?utm_source=skop&utm_medium=adv

The post Cantiknya Honor 10 bukan pada AI saja appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Honor 7A Dijangka Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

  Honor 7A Dijangka Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Honor Malaysia baru sahaja mengumumkan perubahan pada harga jualan kerana kadar GST sifar. Kini, selain daripadanya, pihak Honor turut menjadualkan sebuah acara khusus bersama pihak Shopee untuk memperkenalkan peranti terbaru mereka. Honor dijangka akan memperkenalkan Honor 7A, iaitu sebuah telefon pintar dengan spesifikasi rendah-pertengahan. Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5.7-inci, dilengkapi cip Snapdragon […]

0 comment Read Full Article

GST Kadar Sifar : Ini Adalah Harga Baru Untuk Telefon Pintar Honor

  GST Kadar Sifar : Ini Adalah Harga Baru Untuk Telefon Pintar Honor

Bermula 1 Jun 2018, kerajaan telah mula mengimplementasi perubahan pada kadar GST, dimana GST yang sebelum ini berkadar 6%, diturunkan menjadi 0%. Hal ini sekaligus mengurangkan harga jualan sejumlah produk dipasaran, termasuk telefon pintar dan tablet. Selari dengannya juga, kini Honor telah mengumumkan perubahan harga jualan untuk produk-produk mereka, termasuk untuk Honor 10 yang terbaru. […]

0 comment Read Full Article
Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com