Honor

Honor Menjadualkan Pengenalan Peranti Nirbingkai Baru Pada Bulan Disember

Oktober 12, 2017 0

Peranti dengan rekaan nirbingkai semakin menjadi popular pada tahun ini. Pelbagai pengeluar telah hadir dengan rekaan peranti nirbingkai mereka tersendiri, dan kini Honor turut menjadualkan pelancaran sebuah peranti baru dengan rekaan nirbingkai pada bulan Disember kelak. Buat masa ini, apakah peranti yang bakal dilancarkan masih menjadi tanda tanya. Honor turut menggunakan tagar “#IOOI” untuk acara […]

Honor 6A Pro Berharga RM699 – Dijangka Dijual Bermula 17 Oktober

Oktober 12, 2017 0

Honor Malaysia telah hadir dengan beberapa gambar acah untuk produk akan datang mereka sebelum ini. Kini, beberapa pengedar telah mula mengambil pra-tempahan untuk telefon pintar berkenaan, dan mengesahkan ia adalah Honor 6A Pro. Honor 6A Pro merupakan peranti kelas rendah-pertengahan, dan menyasarkan untuk mereka yang inginkan telefon pintar dengan ciri asas pada harga kurang RM700. […]

Tablet Honor WaterPlay Dilancarkan Dengan Ketahanan Kalis Air IP67

Oktober 12, 2017 0

Selain Honor 7X, tablet Honor WaterPlay turut dilancarkan semalam di China. Tablet ini mempunyai kemampuan kalis air IP67 dan dilengkapi empat pembesar suara yang ditala oleh Harman Kardon. Dari segi spesifikasi ia adalah setanding dengan Honor 7X kerana dijana oleh pemproses Kirin 659. Skrin Honor WaterPlay ialah sebesar 10.1″ HD penuh, memori sebesar 3/4 GB, […]

Honor 7X Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi-Kamera Dan Skrin 18:9

Oktober 11, 2017 0

Honor hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dengan skrin 18:9, dibawah nama Honor 7X. Honor 7X menggunakan skrin bersaiz 5.93-inci dengan cip Kirin 659, menggunakan memori 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB. Honor 7X menggunakan dwi-kamera dibelakang, yang mana mengabungkan kamera 16-megapixel dan 2-megapixel, selain kamera 8-megapixel dihadapan. Membezakan ia dengan Honor […]

Huawei Honor 7X Diumumkan, Smartphone Dual-Kamera Dan Skrin FullView

Oktober 11, 2017 0

Huawei baru sahaja melancarkan Honor 7X iaitu sebuah smartphone dengan skrin 18:9 dan aturan dual-kamera di bahagian belakangnya. Di depannya, Honor 7X membawakan skrin bersaiz 5.93 inci dengan resolusi Full-HD+ 1080 x 2160 pixels. Model baru ini memiliki kelebaran yang hampir sama dengan Honor 6X namun sedikit memanjang memandangkan ia menggunakan nisbah skrin 18:9. Honor 7X juga dikuasai oleh cip...

The post Huawei Honor 7X Diumumkan, Smartphone Dual-Kamera Dan Skrin FullView appeared first on Mesra Mobile.

Malaysia Akan Terima Sebuah honor Yang Sangat Mesra Bajet

Oktober 11, 2017 0

honor Malaysia hari telah memaklumkan kami yang mereka akan memperkenalkan sebuah telefon honor yang ditujukan khas kepada pengguna yang memiliki bajet terhad. Sungguhpun begitu, ia masih disuntik pelbagai ciri-ciri premium bagi memberikan sebuah peranti yang berkualiti tinggi kepada peminat honor. Daripada imej teaser yang dikongsikan, ia kelihatan seperti sebuah honor 6A/6A Pro. Beza antara keduanya cumalah pada RAM dan storan. Kedua-dua mereka adalah sebuah telefon dengan panel paparan 5″ beresolusi HD 720p. Daripada segi spesfikasi, ia berada separas dengan Redmi 4A kerana ia memiliki komponen yang hampir serupa seperti cip Snapdragon 430 besama-sama RAM seluas 3GB/4GB (Pro). Ia turut memiliki storan seluas 16GB/32GB (Pro) yang boleh diperluas menggunakan kad mikro-SD. Untuk menguasakan segala perkakasan elektroniknya, telefon ini dibekalkan bateri sebesar 3,020mAh. Menurut butiran spesifikasi honor Itali, nampaknya telefon ini tiada pengecasan pantas kerana dibelkan blok pengecas 5A/1A ataupun dicas menggunakan pengecas 5 Watt sahaja. honor 6A berharga EUR 149 (RM741) manakala 6A Pro EUR169 (RM840) di pasaran Eropah. Sama-sama nantikan pengumuman telefon ini dalam masa terdekat.

The post Malaysia Akan Terima Sebuah honor Yang Sangat Mesra Bajet appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Honor Berkongsi Imej Acah Peranti Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia Bulan Ini

Oktober 11, 2017 0

Honor ialah jenama peranti mampu milik oleh Huawei. Peranti Honor kerap menjadi alternatif kepada pengguna yang tidak mampu membeli peranti Huawei dengan spesifikasi yang setanding. Terkini pihak Huawei Malaysia berkongsi tiga imej acah peranti terbaru yang bakal mereka lancarkan di Malaysia bulan. Maklumat lain yang dikongsi ialah ia bakal mempunyai tubuh logo dan hanya mempunyai […]

Honor 7X Diperlihatkan – Mungkin Hadir Dengan Rekaan Skrin 18:9

Oktober 9, 2017 0

Honor 7X sedia dikatakan bakal dilancarkan pada 11 Oktober ini, iaitu pada minggu ini. Kini, lebih awal daripadanya, gambar peranti berkenaan diperlihatkan melalui pengesahan TENAA di China (seumpama SIRIM di Malaysia). Daripada gambar yang diperlihatkan, Honor 7X memperlihatkan yang mana ia akan turut menggunakan rekaan skrin pada nisbah 18:9 yang semakin menjadi popular akhir-akhir ini. […]

Honor 9i Diperkenalkan Di India – Membawa Penawaran Sama Seperti Huawei Nova 2i

Oktober 5, 2017 0

Huawei Malaysia baru sahaja memperkenalkan Huawei Nova 2i pada minggu lepas, dan bakal memasarkannya di Malaysia bermula 13 Oktober kelak. Kini, selain Huawei, sub-jenama mereka, iaitu Honor turut hadir dengan penawaran sama dengan sebuah peranti baru dinamakan Honor 9i. Honor 9i menawarkan rekaan dan spesifikasi yang sama seperti Huawei Nova 2i. Ia menggunakan skrin 5.9-inci […]

Honor 6X Menerima Potongan Harga Sehingga RM400

Oktober 3, 2017 0

Honor 6X merupakan salah satu telefon pintar dengan sokongan dwi-kamera. Ia telah diperkenalkan pada bulan Mac lepas, dan kini, selang sekitar tujuh bulan, pihak Honor Malaysia mengumumkan potongan sehingga RM400 Honor 6X dengan 4GB RAM dan 64GB storan kini dijual pada harga RM999. Sementara Honor 6X dengan 3GB RAM dan 32GB storan pula mula ditawarkan […]