Honor

Honor VR Adalah Antara Kamera 360 Termurah Yang Boleh Dibeli Di Malaysia

Ogos 14, 2017 0

Jika anda tercari-cari kamera yang boleh menghasilkan panorama keliling ataupun kamera untuk ber-Facebook Live secara 360 darjah, Honor VR boleh menawarkan penyelesaiannya. Honor VR adalah kamera berbentuk sfera hasil kerjasama Honor dan Insta360. DirectD dilihat sudah menyenaraikan produk ini dilaman web mereka pada harga RM599. HONOR VR CAMERA THE MOST PORTABLE 360-DEGREE CAMERA! Suitable for all android with usb type C. Available in blue… Posted by DirectD on Sunday, August 13, 2017 Seperti kebanyakkan kamera 360 yang lain, Honor VR memiliki dua sensor yang diletakkan bertentangan antara satu sama lain bersama dua lensa berapertur F2.4. Kamera ini mampu menangkap gambar bersaiz 3008 x 1504 dan video 2560 x 1280 pada kadar 30 FPS. Selain menjadi kamera 360, ia juga boleh menjadi webcam untuk sidang video Skype. Honor VR memiliki spesifikasi hampir sama dengan insta360 Air yang sudahpun dijual oleh insta360 pada harga USD129 (~RM553). Cara menggunakan kamera ini adalah dengan memasukkan kakinya pada port USB telefon sebelum melancarkan aplikasi Honor VR pada Android masing-masing. Yang pelik, jika kamera sudah disumbat pada port USB telefon, ke manakah kabel pengcas harus pergi untuk membekalkan kuasa terus menerus semasa bersiaran langsung? [Sumber: DirectD, Insta360]

The post Honor VR Adalah Antara Kamera 360 Termurah Yang Boleh Dibeli Di Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Terima kasih Honor Malaysia turunkan harga Honor 8

Julai 31, 2017 0

Ketibaan Honor 8 Pro dengan harga yang menarik, menyebabkan kejatuhan harga kepada adiknya Honor 8. Telefon dengan kilauan kaca di belakang ini merupakan jelmaan Huawei P9 tetapi tanpa jenama Leica. Honor 8 yang dilancarkan pada September tahun lepas, diumumkan berharga RM1,699 bagi storan 32GB dan RM1,899 bagi storan 64GB. Selepas Honor 8 Pro diumumkan jualannya bulan lepas pada harga RM1,999, harga Honor 8 kini diturunkan kepada RM1,399 untuk storan 32GB dan RM1,599 untuk storan 64GB. Semakan di DirectD juga menunjukkan penurunan harga yang sama. Honor 8 adalah telefon pintar berkuasa tinggi, setaraf Huawei P9. Ia memiliki cip Kirin 950 bersama RAM 4GB. Persamaan ketara kedua-dua telefon ini adalah kamera berkembar di belakang, gandingan lensa monokrom & warna 12MP. Tarikan utama Honor 8 adalah penggunaan kaca di badan belakang. Ia menghasilkan kilauan unik yang tidak dapat dilihat pada telefon pintar lain. Bateri Honor 8 sebesar 3,000mAh dan boleh dicas pantas melalui port USB-C. Honor Malaysia kini sedang mengadakan pameran jelajah ke seluruh Malaysia, di mana pada hujung minggu ini, 28-30 Julai mereka akan berada di Sutera Mall, Johor Bahru. Pembeli telefon pintar Honor 8 boleh mendapatkan hadiah percuma berupa pelindung matahari untuk kereta, botol kaca Honor serta U-Ring. Promosi bagi pembelian Honor 8 Pro pula lebih menarik. Honor menyediakan hadiah percuma berupa T-Shirt Mobile Legend edisi terhad, skin Honor Miya eksklusif serta kotak hadiah premium. Buat peminat permainan Mobile Legends, Honor 8 Pro merupakan peranti rasmi pertandingan Piala Asia Tenggara Mobile Legends peringkat Malaysia, yang akan diadakan pada hujung minggu ini, 29 & 30 Julai 2017 di Tropicana Citu Mall, Kuala Lumpur. Jangan ketinggalan menyaksikan kumpulan mana yang akan mewakili Malaysia ke peringkat akhir Asia Tenggara. Lebih menarik, peringkat akhir Singapura juga akan diadakan di tarikh dan lokasi yang sama. Pengunjung Tropicana City Mall hujung minggu ini akan dapat menyaksikan dua pusingan akhir pertandingan Mobile Legends.

The post Terima kasih Honor Malaysia turunkan harga Honor 8 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Honor 8 Pro Kini Boleh Dipra-Tempah Pada Harga RM1999

Julai 4, 2017 0

Honor 8 Pro akan dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada minggu hadapan, tetapi beberapa pihak telah mula mengambil pra-tempahan untuk peranti berkenaan. Terkini, 11Street turut telah mula mengambil pra-tempahan untuk Honor 8 Pro pada harga RM1999. Honor 8 Pro menawarkan skrin bersaiz 5.7-inci dengan resolusi QHD, dilengkapi cip berkuasa Kirin 960, memori sehingga 6GB RAM, […]

Honor 8 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 11 Julai

Julai 3, 2017 0

Honor Malaysia sebelum ini telah hadir dengan beberapa teaser untuk telefon pintar Honor 8 Pro mengatakan ia bakal dipasarkan di Malaysia bermula Julai ini. Hari ini, pengeluar telefon pintar berkenaan turut telah mula menghantar jemputan media untuk pelancaran Honor 8 Pro secara rasmi di Malaysia pada 11 Julai kelak. Honor 8 Pro merupakan salah satu […]

Honor 8 Pro Disahkan Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Julai 2017

Jun 20, 2017 0

Honor Malaysia hari ini mengesahkan yang mana mereka bakal memperkenalkan telefon pintar Honor 8 Pro secara rasminya pada bulan Julai 2017 ini di Malaysia. Harga jualan dan tarikh mula pra-tempahan bakal dikongsikan oleh Honor dalam masa terdekat ini. Honor 8 Pro membawakan skrin bersaiz 5.7-inci, dan menawarkan resolusi Quad HD, dilengkapi cip Kirin 960, memori […]

Honor 9 Dengan Dwi-Kamera Belakang, Serta Memori Sehingga 6GB RAM Diperkenalkan

Jun 12, 2017 0

Honor hari ini telah memperkenalkan telefon pintar Honor 9 mereka secara rasminya, sekaligus menjadikan ia sebagai telefon pintar flagship daripada Honor untuk tahun 2017 ini, menggantikan Honor 8 sebelum ini. Honor 9 hadir dengan skrin bersaiz 5.15-inci pada paparan resolusi HD penuh, dan dilengkapi menggunakan cip Kirin 960. Honor menawarkan sejumlah variasi pilihan, iaitu antara […]

Honor 9 Akan Dilancarkan 12 Jun Hadapan

Jun 7, 2017 0

Jenama Honor cukup popular di Malaysia kerana menawarkan peranti dengan spesifikasi yang baik pada harga lebih mampu milik. Honor 9 ialah peranti yang amat dinantikan kerana ia dianggap peranti alternatif kepada Huawei P10. Ia akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Jun ini di Shanghai. Poster untuk acara pelancarannya diperlihatkan dengan duta produk Hu Ge. Ia […]

Honor 8 Dalam Warna Sakura Pink Kini Ditawarkan Di Malaysia

April 14, 2017 0

Di negara yang mempunyai empat musim, bulan ini ialah menandakan permulaan musim bunga. Sekiranya anda ke Jepun, China dan Korea Selatan bunga Sakura mula berkembang dengan indahkan. Selari dengan itu pihak Honor mula menawarkan Honor 8 dengan pilihan warna Sakura Pink untuk pasaran tempatan. Honor 8 Sakura Pink dilengkapi skrin 5.2″ IPS LCD 1080P, diperkasakan […]

Honor 8 Pro, Phablet 5.7 Inci Dengan Paparan Quad-HD 1440p

April 7, 2017 0

Selain smartphone pertengahan Honor 6C, Honor juga telah melancarkan sebuah phablet bersaiz 5.7 inci iaitu Honor 8 Pro yang hadir dengan spesifikasi atasan, rekaan premium serta dual kamera di bahagian belakangnya. Ianya akan memasuki pasaran Eropah tidak lama lagi dengan harga jualan €549 untuk model 6 GB RAM atau bersamaan sekitar RM2599 untuk pasaran Malaysia kelak. Spesifikasinya standing dengan phablet...

The post Honor 8 Pro, Phablet 5.7 Inci Dengan Paparan Quad-HD 1440p appeared first on Mesra Mobile.

Honor V9 Dilancarkan, Hadir Dengan 6GB RAM, Paparan Quad-HD

Februari 23, 2017 0

Akhirnya Honor V9 kini telah dilancarkan setelah desas-desus mengenai peranti ini telah banyak tersebar di internet sebelum ini. Ia merupakan model pertama dari Honor yang di lengkapi dengan skrin Quad-HD. Buat masa ini, Honor V9 hanya akan dipasarkan untuk pasaran China dengan harga bermula 2599 Yuan atau sekitar RM1699 di Malaysia. Untuk pasaran antarabangsa, peranti ini dijangka akan dipasarkan dengan nama...

The post Honor V9 Dilancarkan, Hadir Dengan 6GB RAM, Paparan Quad-HD appeared first on Mesra Mobile.