Honor

Honor Berkongsi Imej Acah Peranti Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia Bulan Ini

Oktober 11, 2017 0

Honor ialah jenama peranti mampu milik oleh Huawei. Peranti Honor kerap menjadi alternatif kepada pengguna yang tidak mampu membeli peranti Huawei dengan spesifikasi yang setanding. Terkini pihak Huawei Malaysia berkongsi tiga imej acah peranti terbaru yang bakal mereka lancarkan di Malaysia bulan. Maklumat lain yang dikongsi ialah ia bakal mempunyai tubuh logo dan hanya mempunyai […]

Honor 7X Diperlihatkan – Mungkin Hadir Dengan Rekaan Skrin 18:9

Oktober 9, 2017 0

Honor 7X sedia dikatakan bakal dilancarkan pada 11 Oktober ini, iaitu pada minggu ini. Kini, lebih awal daripadanya, gambar peranti berkenaan diperlihatkan melalui pengesahan TENAA di China (seumpama SIRIM di Malaysia). Daripada gambar yang diperlihatkan, Honor 7X memperlihatkan yang mana ia akan turut menggunakan rekaan skrin pada nisbah 18:9 yang semakin menjadi popular akhir-akhir ini. […]

Honor 9i Diperkenalkan Di India – Membawa Penawaran Sama Seperti Huawei Nova 2i

Oktober 5, 2017 0

Huawei Malaysia baru sahaja memperkenalkan Huawei Nova 2i pada minggu lepas, dan bakal memasarkannya di Malaysia bermula 13 Oktober kelak. Kini, selain Huawei, sub-jenama mereka, iaitu Honor turut hadir dengan penawaran sama dengan sebuah peranti baru dinamakan Honor 9i. Honor 9i menawarkan rekaan dan spesifikasi yang sama seperti Huawei Nova 2i. Ia menggunakan skrin 5.9-inci […]

Honor 6X Menerima Potongan Harga Sehingga RM400

Oktober 3, 2017 0

Honor 6X merupakan salah satu telefon pintar dengan sokongan dwi-kamera. Ia telah diperkenalkan pada bulan Mac lepas, dan kini, selang sekitar tujuh bulan, pihak Honor Malaysia mengumumkan potongan sehingga RM400 Honor 6X dengan 4GB RAM dan 64GB storan kini dijual pada harga RM999. Sementara Honor 6X dengan 3GB RAM dan 32GB storan pula mula ditawarkan […]

Honor 7X Akan Dilancarkan Pada 11 Oktober

September 28, 2017 0

Oktober ialah bulan yang sibuk buat Huawei dengan pelancaran beberapa model Mate 10. Pada bulan hadapan, Honor juga tidak akan ketinggalan dan bakal melancarkan model terbaru mereka. Honor 7X disahkan akan dilancarkan pada 11 Oktober ini menurut laman rasmi Weibo. Peranti ini dipercayai akan turut menggunakan rekaan EntireView Display nirbingkai. Maklumat lain yang diketahui mengenai […]

Honor 8 Pro Disahkan Bakal Menerima Android 8.0 Oreo

September 20, 2017 0

Pihak honor Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mereka bakal menawarkan Android 8.0 Oreo untuk para pengguna Honor 8 Pro di Malaysia. Walaubagaimanapun, tarikh penawaran kemaskini Android untuk telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Melalui Android 8.0 Oreo, ia menawarkan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk lebih kawalan untuk notifikasi, ciri Picture-in-Picture, serta beberapa yang lain. […]

Honor V9 Play Dan Honor 6 Play Diperkenalkan Dengan Harga Mampu Milik

September 11, 2017 0

Honor baru sahaja memperkenalkan dua smartphone mampu milik iaitu Honor V9 Play dan Honor 6 Play untuk pasaran China. Ia dijual dengan harga bermula RMB 999 (Sekitar RM649 di Malaysia) untuk model V9 Play dan RMB 599 (Sekitar RM399 di Malaysia) untuk model Honor 6 Play. Ia akan mulakan pasaran bermula 12 September ini di China. Honor V9 Play Honor...

The post Honor V9 Play Dan Honor 6 Play Diperkenalkan Dengan Harga Mampu Milik appeared first on Mesra Mobile.

Honor V9 Play Dan V6 Play Dilancarkan – Peranti Android Mampu Milik

September 7, 2017 0

Dua model baru Honor dilancarkan di China semalam. Honor V9 Play dan V6 Play kedua-duanya adalah peranti kelas permulaan dengan harga jualan mampu milik. Honor V9 Play dilengkapi skrin 5.2″ HD, diperkasakan pemproses MediaTek MT6750, memori 3/4 GB RAM dan storan 32GB. Kamera utama sebesar 13-Megapixel f/2.2 dan kamera selfie 8-Megapixel. Bateri sebesar 3000 mAh […]

Honor VR Adalah Antara Kamera 360 Termurah Yang Boleh Dibeli Di Malaysia

Ogos 14, 2017 0

Jika anda tercari-cari kamera yang boleh menghasilkan panorama keliling ataupun kamera untuk ber-Facebook Live secara 360 darjah, Honor VR boleh menawarkan penyelesaiannya. Honor VR adalah kamera berbentuk sfera hasil kerjasama Honor dan Insta360. DirectD dilihat sudah menyenaraikan produk ini dilaman web mereka pada harga RM599. HONOR VR CAMERA THE MOST PORTABLE 360-DEGREE CAMERA! Suitable for all android with usb type C. Available in blue… Posted by DirectD on Sunday, August 13, 2017 Seperti kebanyakkan kamera 360 yang lain, Honor VR memiliki dua sensor yang diletakkan bertentangan antara satu sama lain bersama dua lensa berapertur F2.4. Kamera ini mampu menangkap gambar bersaiz 3008 x 1504 dan video 2560 x 1280 pada kadar 30 FPS. Selain menjadi kamera 360, ia juga boleh menjadi webcam untuk sidang video Skype. Honor VR memiliki spesifikasi hampir sama dengan insta360 Air yang sudahpun dijual oleh insta360 pada harga USD129 (~RM553). Cara menggunakan kamera ini adalah dengan memasukkan kakinya pada port USB telefon sebelum melancarkan aplikasi Honor VR pada Android masing-masing. Yang pelik, jika kamera sudah disumbat pada port USB telefon, ke manakah kabel pengcas harus pergi untuk membekalkan kuasa terus menerus semasa bersiaran langsung? [Sumber: DirectD, Insta360]

The post Honor VR Adalah Antara Kamera 360 Termurah Yang Boleh Dibeli Di Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Terima kasih Honor Malaysia turunkan harga Honor 8

Julai 31, 2017 0

Ketibaan Honor 8 Pro dengan harga yang menarik, menyebabkan kejatuhan harga kepada adiknya Honor 8. Telefon dengan kilauan kaca di belakang ini merupakan jelmaan Huawei P9 tetapi tanpa jenama Leica. Honor 8 yang dilancarkan pada September tahun lepas, diumumkan berharga RM1,699 bagi storan 32GB dan RM1,899 bagi storan 64GB. Selepas Honor 8 Pro diumumkan jualannya bulan lepas pada harga RM1,999, harga Honor 8 kini diturunkan kepada RM1,399 untuk storan 32GB dan RM1,599 untuk storan 64GB. Semakan di DirectD juga menunjukkan penurunan harga yang sama. Honor 8 adalah telefon pintar berkuasa tinggi, setaraf Huawei P9. Ia memiliki cip Kirin 950 bersama RAM 4GB. Persamaan ketara kedua-dua telefon ini adalah kamera berkembar di belakang, gandingan lensa monokrom & warna 12MP. Tarikan utama Honor 8 adalah penggunaan kaca di badan belakang. Ia menghasilkan kilauan unik yang tidak dapat dilihat pada telefon pintar lain. Bateri Honor 8 sebesar 3,000mAh dan boleh dicas pantas melalui port USB-C. Honor Malaysia kini sedang mengadakan pameran jelajah ke seluruh Malaysia, di mana pada hujung minggu ini, 28-30 Julai mereka akan berada di Sutera Mall, Johor Bahru. Pembeli telefon pintar Honor 8 boleh mendapatkan hadiah percuma berupa pelindung matahari untuk kereta, botol kaca Honor serta U-Ring. Promosi bagi pembelian Honor 8 Pro pula lebih menarik. Honor menyediakan hadiah percuma berupa T-Shirt Mobile Legend edisi terhad, skin Honor Miya eksklusif serta kotak hadiah premium. Buat peminat permainan Mobile Legends, Honor 8 Pro merupakan peranti rasmi pertandingan Piala Asia Tenggara Mobile Legends peringkat Malaysia, yang akan diadakan pada hujung minggu ini, 29 & 30 Julai 2017 di Tropicana Citu Mall, Kuala Lumpur. Jangan ketinggalan menyaksikan kumpulan mana yang akan mewakili Malaysia ke peringkat akhir Asia Tenggara. Lebih menarik, peringkat akhir Singapura juga akan diadakan di tarikh dan lokasi yang sama. Pengunjung Tropicana City Mall hujung minggu ini akan dapat menyaksikan dua pusingan akhir pertandingan Mobile Legends.

The post Terima kasih Honor Malaysia turunkan harga Honor 8 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com