Huawei

Adakah Huawei Akan Memperkenalkan Peranti Dibawah Siri Nova Dengan Empat Kamera?

Ogos 21, 2017 0

Huawei Malaysia hari ini telah menghantar sebuah gambar acah untuk peranti akan datang mereka dibawah siri keluarga Nova. Apa yang menariknya pada gambar acah yang dihantar adalah penggunaan #OOOO bersama dengannya – sekaligus memberikan petanda yang ia mungkin menyertakan sehingga 4 kamera bersama dengannya. Buat masa ini, terdapat beberapa peranti yang sedia menawarkan empat kamera […]

Huawei Mate 10 mahu atasi Apple iPhone

Ogos 21, 2017 0

Huawei Mate 10, sebuah phablet berkuasa tinggi dari Huawei bakal dilancarkan tidak lama lagi. Perkara ini disahkan menerusi satu gambaran yang dikongsi, di mana tarikh pelancaran ditetapkan pada 16 Oktober 2017, bertempat di Munich, Jerman. Dengan tagline, Bertemu dengan peranti yang berbaloi ditunggu, Huawei Mate 10 dijangka memberi saingan hebat kepada peranti bersaiz besar yang lain seperti Apple iPhone 7 Plus, atau Samsung Galaxy Note8 yang akan dilancar minggu ini. Dalam satu temuramah dengan Bloomberg, Richard Yu, Ketua Bahagian Pengguna Huawei berkongsi tentang apa yang akan datang di Mate 10 nanti. Menurut beliau, Mate 10 akan memiliki bateri yang bertahan lebih lama, dengan paparan skrin penuh. Mate 10 juga akan disertakan pengecasan yang lebih pantas serta kebolehan fotografi yang lebih baik. Pendek kata, ia memiliki pelbagai fungsi yang mampu menyaingi produk Apple. Apple dijangka akan melancarkan telefon pintar iPhone yang baru sekitar bulan September nanti. Gambaran Mate 10 yang tersebar di Weibo Dari kenyataan Richard Yu ini, boleh kita jangkakan Mate 10 akan mengekalkan kerjasama dengan Leica dalam aspek kamera, seperti gabungan lensa monokrom dan RGB di belakang. Prestasi yang lebih hebat pastinya dengan penggunaan pemproses yang lebih berkuasa. Selain itu, Mate 10 mungkin tampil dengan skrin tanpa bezel di tepi. Pengimbas capjari pula akan terletak di belakang, bagi memberi lebih ruang kepada skrin tanpa bezel, seperti yang terdapat di Galaxy S8. Satu perkara yang masih samar, berapa banyak model Mate 10 yang akan diperkenal? Kerana pada Mate 9 tahun lalu, Huawei menampilkan 3 model iaitu Mate 9, Mate 9 Pro dan paling hebat sekali, Mate 9 Porsche Design. Adakah Huawei akan meneruskan kerjasama dengan Porsche pada Mate 10 kali ini? Kita nantikan pengumuman selanjutnya tentang Huawei Mate 10 kelak. Sementara tu, apakah yang anda jangka atau harapkan pada Huawei Mate 10 ini?

The post Huawei Mate 10 mahu atasi Apple iPhone appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Huawei Mate 10 Akan Dilancarkan 16 Oktober Hadapan

Ogos 18, 2017 0

Bukan misteri peranti utama yang akan dilancarkan seterusnya oleh Huawei ialah Mate 10. Peranti ini disahkan akan menggunakan cip pemproses Kirin 970 dan rekaan hampir semua-skrin yang kini menjadi trend rekaan semasa. Misteri tarikh pelancarannya telah terjawab hari ini dengan teaser rasmi dari pihak Huawei. Sebuah acara khas akan dilangsungkan pada 16 Oktober hadapan di […]

Huawei P10 Kini Ditawarkan Dalam Warna Hitam Berkilat

Ogos 14, 2017 0

Ketika dilancarkan pada Februari yang lalu, Huawei P10 ditawarkan dalam enam warna iaitu hitam, emas, ros merah jambu, putih, biru dan hijau. Hari ini sebuah lagi warna baru ditawarkan iaitu Bright Black. Bright Black berbeza dengan warna hitam sebelum ini di mana ia mempunyai kemasan yang berkilat bukannya matte.Di China Huawei P10 Bright Black ini […]

Honor VR Adalah Antara Kamera 360 Termurah Yang Boleh Dibeli Di Malaysia

Ogos 14, 2017 0

Jika anda tercari-cari kamera yang boleh menghasilkan panorama keliling ataupun kamera untuk ber-Facebook Live secara 360 darjah, Honor VR boleh menawarkan penyelesaiannya. Honor VR adalah kamera berbentuk sfera hasil kerjasama Honor dan Insta360. DirectD dilihat sudah menyenaraikan produk ini dilaman web mereka pada harga RM599. HONOR VR CAMERA THE MOST PORTABLE 360-DEGREE CAMERA! Suitable for all android with usb type C. Available in blue… Posted by DirectD on Sunday, August 13, 2017 Seperti kebanyakkan kamera 360 yang lain, Honor VR memiliki dua sensor yang diletakkan bertentangan antara satu sama lain bersama dua lensa berapertur F2.4. Kamera ini mampu menangkap gambar bersaiz 3008 x 1504 dan video 2560 x 1280 pada kadar 30 FPS. Selain menjadi kamera 360, ia juga boleh menjadi webcam untuk sidang video Skype. Honor VR memiliki spesifikasi hampir sama dengan insta360 Air yang sudahpun dijual oleh insta360 pada harga USD129 (~RM553). Cara menggunakan kamera ini adalah dengan memasukkan kakinya pada port USB telefon sebelum melancarkan aplikasi Honor VR pada Android masing-masing. Yang pelik, jika kamera sudah disumbat pada port USB telefon, ke manakah kabel pengcas harus pergi untuk membekalkan kuasa terus menerus semasa bersiaran langsung? [Sumber: DirectD, Insta360]

The post Honor VR Adalah Antara Kamera 360 Termurah Yang Boleh Dibeli Di Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Honor VR Camera – Kamera 360-darjah Untuk Telefon Android Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Ogos 13, 2017 0

Honor merupakan salah satu jenama telefon pintar dibawah Huawei. Selain daripada telefon pintar, Honor juga turut menawarkan tablet, dan beberapa aksesori lain. Salah satu yang telah dilancarkan Honor beberapa bulan lepas di China adalah Honor VR Camera, dan kini kamera berkenaan turut boleh didapati di Malaysia. Honor VR Camera adalah kamera rakaman 360-darjah, lebih kurang […]

Huawei Mate 10 Disahkan Menggunakan Kirin 970 – Akan Turut Memfokuskan Kecerdasan Buatan

Ogos 8, 2017 0

Huawei Malaysia hari ini telah mengadakan sesi ringkas bersama Bruce Lee (VP Handset Business), dimana padanya pihak Huawei telah berkongsi sejumlah perkara mengenai telefon pintar akan datang daripada mereka, iaitu Huawei Mate 10. Melalui perkongsian pihak Huawei, mereka mengesahkan yang mana Huawei akan menggunakan Kirin 970 pada telefon pintar Mate 10 kelak. Ia, seperti biasa […]

Bintang Swafoto 20MP Terhebat Huawei Akan Dijual Pada Harga…

Ogos 5, 2017 0

Huawei tidak mahu OPPO dan vivo selesa dalam gelanggang kamera xwafoto berdua sahaja. Huawei Nova 2 Plus yang dicanang bakal tiba di Malaysia tak lama lagi kini telah diketahui harganya. Melalui sekeping risalah prmosi bersempena hari Merdeka, Nova 2 Plus diberikan tanda harga RM1,999 dan pembeli akan menerima hadiah bernilai RM199. Nova 2 Plus adalah telefon dengan konfigurasi dual kamera yang berbeza daripada flagship P10. Ia tiada sensor monokrom sebaliknya kamera sekunder memiliki jarak fokal yang berlainan berbanding kamera utama. Ciri yang bakal menambat hati pengguna adalah kamera swafotonya yang berkuasa 20MP. Ia dilengkapi dengan teknologi pengecaman wajah 3D untuk mencatikkan wajah secara digital. Pada papan utama, pengguna akan menemui cip pemproses Kirin 659 yang dipadankan dengan RAM 4GB. Storan 128GB yang ada pada Nova 2 Plus menjadikannya telefon termurah memiliki storan sedemikian.  

The post Bintang Swafoto 20MP Terhebat Huawei Akan Dijual Pada Harga… appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Hadiah untuk pembeli Huawei sempena Hari Merdeka-Malaysia

Ogos 5, 2017 0

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba, Huawei akan mengadakan promosi Hari Merdeka-Malaysia, bermula dari 11 Ogos sehingga 1 Oktober 2017, atau selagi stok masih ada. Peminat telefon pintar Huawei dan Honor harus tidak melepaskan peluang ini, apabila pelbagai produk Huawei dari jenis telefon pintar, tablet dan juga peranti Honor disediakan hadiah yang menarik. Selain dari Nova 2 Plus yang baru diketahui harganya, hampir semua peranti yang dilancarkan tahun ini akan menerima hadiah percuma. Peranti kelas utama, Huawei P10, P10 Plus, serta siri Mate 9 akan menerima sekotak hadiah premium. Pembeli telefon pintar Nova 2 Plus dan P10 Lite pula akan menerima perumah telefon serta botol kaca khas. Huawei Y7 Prime pula akan mendapat baucar KFC dan botol kaca khas. Honor 8 Pro yang baru sahaja dilancarkan, selain menerima skin & t-shirt Mobile Legend, perumah telefon serta pelindung skrin kaca, pembeli juga akan menerima botol kaca khas. Manakala tablet MediaPad M3 serta T2, akan diberikan perumah boleh lipat dan botol kaca khas. Jangan terlambat untuk mendapatkan peranti Huawei dan Honor yang anda minati, bersama hadiah percuma yang disediakan ini. Ingat, promosi ini bermula dari 11 Ogos sehingga habis stok hadiah.

The post Hadiah untuk pembeli Huawei sempena Hari Merdeka-Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Rose Gold tambah seri warna-warni Huawei P10 Plus

Ogos 3, 2017 0

Huawei P10 Plus sememangnya salah satu telefon pintar terbaik boleh dimiliki masa kini. Selain kameranya yang dihasilkan dengan kerjasama Leica, ia turut ditawarkan dengan warna-warni yang sangat menarik. Kini, Huawei Malaysia menambah satu lagi pilihan warna, Rose Gold. Datang dalam unit terhad, Huawei P10 Plus Rose Gold menyertai barisan warna sedia ada iaitu Dazzling Blue, Dazzling Gold, Greenery dan Graphite Black. Ia dijual di Malaysia pada harga yang sama dengan warna sedia, RM3,099 termasuk GST. Kecanggihan Huawei P10 Plus pastinya terletak pada dwi-kamera belakangya. Diperkasa dengan lensa 20MP monokrom dan 12MP RGB, ia menghasilkan tangkapan yang bukan sahaja menawan, malah penuh dengan ketelitian. Ini ditambah lagi dengan teknologi penstabil imej optikal (OIS). Mod Potret menghasilkan efek latar bokeh Selain itu, kamera Huawei P10 Plus bersama cap Leica ini datang dengan fungsi fotografi apertur lebar, mmeberikan hasil gambar potret artistik dengan kesan bokeh asli. Malah, ketajaman gambar boleh diubahsuai menggunakan algoritma kedalaman Huawei-Leica. Huawei P10 Plus dengan skrin 5.5-inci QuadHD, memiliki kuasa perkasa cip Kirin 960 8-teras. Ia digandingkan bersama 6GB RAM dan storan luas 128GB, yang boleh diperluaskan lagi dengan kad mikroSD. Telefon ini menjalankan sistem operasi Android 7.0 Nougat terkini, bersama antaramuka Huawei EMUI 5.1 yang terbaharu. Ia lebih bertenaga sepanjang hari dengan bateri 3,750mAh dipasang di dalamnya. Segera ke stor Huawei berhampiran untuk mendapatkan edisi terhad Huawei P10 Plus Rose Gold. Maklumat lanjut tentang telefon ini boleh dirujuk di laman produk Huawei P10 Plus.

The post Rose Gold tambah seri warna-warni Huawei P10 Plus appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

1 68 69 70 71 72 79