Huawei

Honor Magic 2 Akan Dilancarkan Pada 31 Oktober Ini

Oktober 9, 2018 0

Prebiu rekaan Honor Magic 2 diperlihatkan di acara IFA yang berlangsung penghujung Ogos lalu. Peranti dengan kecerdasan buatan ini dilengkapi sistem kamera yang melungsur dan akan dijana oleh pemproses Kirin 980 yang terkini. Selepas berbapa kali diacah, tarikh pelancarannya disahkan akan berlaku pada 31 Oktober ini. Acara akan berlangsung di Beijing. Sistem kamera lungsur yang […]

Markah Tanda Aras Huawei Mate 20 Pro Tertiris – Lebih Berkuasa?

Oktober 8, 2018 0

Sudah banyak maklumat yang tertiris mengenai Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro. Baik dari rekaan, tetapan kamera, penggunaan cip Kirin 980 dan banyak lagi. Cip ini dikatakan akan lebih berkuasa dari Snapdragon 845 dan nampaknya kenyataan ini mungkin benar – kerana baru-baru ini Antutu menerbitkan markah penanda aras Huawei Mate 20 Pro dan ia […]

Rekaan Huawei Mate 20 Tertiris Dengan Skrin Bertakuk Kecil

Oktober 5, 2018 0

Tinggal sekitar sepuluh hari sahaja lagi sebelum Huawei Mate 20 Pro dan Mate 20 dilancarkan secara rasmi. Rekaan Mate 20 Pro telah tertiris minggu lalu yang menunjukkan penggunaan skrin bertakuk besar serta tri-kamera dalam susunan berkotak. Semalam imej pengolokan rasmi Mate 20 pula tertiris menunjukkan perubahan kecil berbanding versi Pro. Mate 20 dilengkapi skrin berdagu […]

Huawei Nova 3i Berwarna Putih Mutiara Kini Dilancarkan Di Malaysia

Oktober 5, 2018 0

Huawei Nova 3i adalah telefon pintar kelas pertengahan daripada Huawei dalam siri Nova. Ia adalah peranti yang dijana dengan Kirin 710, rekaan skrin bertakuk dan memori 4/128 GB. Sewaktu ia dilancarkan hanya warna hitam dan ungu (Iris Purple). Hari ini, warna baru buat Niva 3i dilancarkan dan sudah pun mula dijual iaitu, Putih Mutiara (Pearl […]

Komputer Riba Huawei MateBook Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Oktober 1, 2018 0

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan secara rasminya yang mana mereka bakal menawarkan komputer riba MateBook untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Buat masa ini, Huawei masih tidak nyatakan model apakah yang bakal memasuki pasaran tempatan. Jikalau mengikut pengesahan Sirim sebelum ini, Huawei MateBook X Pro telah pun melepasi pengesahan, sekaligus mungkin merupakan salah satu model […]

Huawei Y9 2019 Kini Rasmi – Hadir Dengan Kecerdasan Buatan Yang Lebih Berkuasa

Oktober 1, 2018 0

Huawei Y9 mula diperkenalkan pada Mac 2018. Ia dijana dengan Kirin 659 dan menggunakan skrin tanpa takuk yang mempunyai ‘dahi’ dan ‘dagu’ yang tebal. Hari ini, Huawei melancarkan warisnya iaitu Huawei Y9 2019 dengan janaan cip Kirin 710 dan skrin bertakuk. Huawei Y9 2019 menggunakan panel 6.5-inci ‘FullView Display‘ dengan kemasan lengkung 3D. Memori dan […]

Huawei MediaPad M5 Lite Dilancarkan Dengan Pembesar Suara Harman Kardon

Oktober 1, 2018 0

Pasaran tablet Android adalah kecil dengan sebilangan kecil sahaja pengeluar yang masih menjualnya. Bagi yang mencari sebuah tablet Android berspesifikasi kelas pertengahan, Huawei MediaPad M5 Lite telah diumumkan pada hujung minggu lalu.  Ia sebuah tablet dengan skrin 10.1″ dengan resolusi 1920×1200 pixel, dijana pemproses Kirin 659. memori sebesar 3/4 GB RAM, storan 32/64 GB, kamera […]

#KitaRakyatMalaysia – Mengabungkan Usahasama Maxis bersama PERHILITAN dan Huawei

September 28, 2018 0

Berslogankan #KitaRakyatMalaysia, kini Maxis tampil usahasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Malaysia serta Huawei bagi menjayakan kempen The Endangered Malaysian. Kempen ini adalah tanda sokongan Maxis memulihara spesis haiwan terancam. Antara haiwan terancam yang tersenarai adalah Harimau Malayan, Tapir Malayan dan Orang Utan. Tai Kam Leong – Ketua Jenama dan Kerjasama […]

Huawei Nova 3 Kini Boleh Didapati Dalam Pilihan Warna Emas Di Malaysia

September 28, 2018 0

Huawei Malaysia hari ini telah membawa masuk satu lagi variasi warna baru untuk telefon pintar Huawei Nova 3, iaitu dalam pilihan warna emas – atau turut dikenali dengan nama Huawei Nova 3 Primrose Gold. Huawei Nova 3 merupakan telefon berspesifikasi tinggi dibawah siri Nova. Ia hadir dengan skrin bertakuk 6.3-inci, dijana cip berkuasa Kirin 970, […]

Honor Menjadualkan Pengenalan Honor 8C Di China Pada 11 Oktober

September 26, 2018 0

Honor sebelum ini telah memperkenalkan Honor 8X, dan ia bakal memasuki pasaran tempatan pada bulan Oktober ini. Kini, selain daripadanya, pengeluar telefon pintar berkenaan turut sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan peranti mampu milik mereka, iaitu Honor 8C. Buat masa ini, Honor menjadualkan pelancaran telefon pintar berkenaan di China pada 11 Oktober kelak. Melalui gambar acah […]

1 69 70 71 72 73 97