Huawei

(Ura-Ura) Honor Mungkin Bekerjasama Dengan Rolls-Royce Untuk Telefon Edisi Khas?

Julai 16, 2018 0

Seperti telah menjadi trend untuk pengeluar peranti untuk bekerjasama dengan pengeluar kenderaan mewah untuk memperkenalkan telefon pintar edisi khas. Sebelum ini kita telah melihat Huawei kerjasama dengan Porsche, selain Oppo yang bekerjasama dengan Lamborghini. Terkini, ura-ura baru hadir, mengatakan Honor akan bekerjasama dengan Rolls Royce. Ia dikatakan Honor akan memperkenalkan Honor Note 10 Edisi Rolls […]

Huawei Melancarkan Kedai Atas-Talian Tersendiri Tanpa Bergantung Ke Platform Lain

Julai 16, 2018 0

Huawei Malaysia hari ini telah melancarkan kedai atas-talian mereka tersendiri, dinamakan Huawei Shop. Berbeza dengan sebelum ini, laman e-dagang daripada Huawei kali ini berdiri pada domain huawei.com, dan tidak lagi bergantung kepada platform pihak ketiga seperti Lazada, Shopee dan sebagainya. Walaubagaimanapun, penawaran kedai atas-talian ini boleh dikatakan sebagai sebuah alternatif sahaja – memandangkan kedai di […]

Sekitar Kampus Baru Huawei Bernilai Lebih RMB10 Bilion Yang Kini Dalam Pembangunan

Julai 14, 2018 0

Beberapa syarikat teknologi menghargai pekerja mereka dengan menyediakan persekitaran pejabat atau kampus yang selesa – sekaligus membuatkan para pekerja mereka lebih selesa menghabiskan masa di pejabat, serta membangunkan pelbagai produk baru dengan lebih pantas. Sebelum ini, kita secara ringkas telah dapat melihat kampus Apple yang berbentuk kapal angkasa. Selain Apple, pihak Huawei turut sedang dalam […]

Huawei mahu kuasai dunia, jumlah paten mengejutkan

Julai 13, 2018 0

Huawei mempunyai fokus yang serius untuk memasarkan produk telefon bimbitnya di rantau Asia Pasifik selari dengan perkembangan serta trend teknologi dikaji dengan mendalam sebelum memperkenalkan sesuatu produk yang boleh diterima pasaran. Syarikat dari China ini mendakwa, pada 2017 ia sudah membelanjakan sebanyak 10.4 bilion euro (kira-kira RM54 bilion) untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D). Ia sekaligus meletakkan Huawei sebagai syarikat keenam tertinggi di dunia dalam perbelanjaan R&D. Naib Presiden Perniagaan Telefon Pintar Huawei, Fang Fei, berkata pelaburan itu lebih tinggi berbanding ap ayang dibelanjakan Apple. “Kami melabur 10.4 bilion euro pada 2017, ia mengalahkan Apple. Saya percaya pada masa depan kami akan menguasai telekomunikasi,” kata Fang Fei ketika taklimat yang dihadiri TheSkop di Huawei Exhibition Hall, Beijing. Jumlah pelaburan dijangka menghasilkan inovasi dalam bidang teknologi yang kemudiannya dipatenkan. Fang Fei berkata, pada tahun 2017 terdapat lebih daripada 2,000 paten yang dikemukakan kepada Kesatuan Eropah (EU). “Kami juga kerja keras untuk paten. Kami nombor satu apabila bercakap soal paten di seluruh dunia. Ada 2,398 paten yang dihantar pada 2017 dan hasilnya lebih 74 ribu item berjaya dipatenkan,” katanya. Dalam sekitar 74 ribu item yang dipatenkan, Fang Fei menyebut jumlah itu adalah pengumpulan semua item dalam kumpulan Huawei. Beliau berkata Huawei kini mempunyai 14 R&D dan 36 Pusat Inovasi Bersama di seluruh dunia, salah satunya adalah di Beijing. “Di Beijing, banyak makmal bertaraf dunia di mana prosesnya sangat kompleks, keupayaan penyelidikan dibina dengan industri yang kuat,” katanya.

The post Huawei mahu kuasai dunia, jumlah paten mengejutkan appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Huawei Bakal Memperkenalkan Sistem Pengecasan Pantas Berkuasa 40W

Julai 13, 2018 0

Majori peranti pasaran sekarang masih lagi menggunakan sistem pengecasan berkuasa 18W. Sebuah bateri sebesar 3200 mAh boleh dicaj dalam masa kurang dua jam menggunakan teknologi ini. Peranti utama Huawei kini menggunakan sistem SuperCharge yang mengecas pada kuasa maksimum 22.5W. Peranti keluaran mereka mungkin akan dilengkapi sistem yang lebih pantas dengan kuasa maksimum 40W. Pengecas baru […]

Huawei Nova 3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Julai 13, 2018 0

Huawei Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk sebuah acara pelancaran baru, memfokuskan siri Nova terbaru – iaitu Nova 3. Huawei Malaysia menjadualkan acara pelancaran ini pada 19 Julai 2018. Ia boleh dikatakan pelancaran kali ini berlaku sangat pantas untuk pasaran tempatan – apatah lagi memandangkan Nova 3 akan dilancarkan secara rasminya di […]

Honor 10 Telah Terjual Lebih 3 Juta Unit Setakat Ini

Julai 12, 2018 0

Honor merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dikalangan pengguna tempatan. Terkini, Honor mengumumkan yang mana pada tahun ini jenama mereka memperlihatkan pertumbuhan lebih 150% dari segi angka jualan berbanding pada tahun lepas pada peringkat global. Berkongsi sama, Honor mengatakan yang mana Honor 10 telah terjual lebih 3 juta unit sejak ia dilancarkan. Honor […]

Huawei TalkBand B5 Hadir Sebagai Gabungan Fon Telinga Dan Gelang Tangan Pintar

Julai 12, 2018 0

Huawei sebelum ini sedia hadir dengan beberapa generasi TalkBand – dimana seperti pada namanya, ia membolehkan anda menggunakannya sebagai gelang tangan, atau untuk berkomunikasi. Hal ini berjaya dicapai melalui penggunaan TalkBand sebagai sebuah gelang tangan pintar, atau ditanggalkan dan dipasang sebagai fon telinga. Terkini, bersama-sama pra-tempahan untuk Nova 3 yang dibuka di China, pihak Huawei […]

Huawei Mate 10 Pro harga baru

Julai 11, 2018 0

Huawei Mate 10 Pro yang mempunyai pelbagai warna termasuk hitam, coklat dan merah jambu kini mempunyai harga baru. Jika dulu harganya RM3,099, kini Huawei mengurangkannya kepada RM2,699 saja. Kita imbas ciri pada Huawei Mate 10 Pro ini. Skrin 6.0 inci Huawei Full-View Display, ditambah 18:9 OLED pada 2160 x 1080 piksel memang mengagumkan. Skrin OLED pada nisbah aspek16:9 dan menggunakan panel IPS LCD berupaya menampilkan visual dengan warna sebenar yang menawan. Berbadan aluminium di belakang menjadi perubahan besar yang menyaksikan rekaannya tidak lagi seakan-akan mainan. Memang cantik dan menggoda manakala penetapan dwikamera atas bawah yang disusuli pengimbas cap jari pula menakjubkan. Ada pula garisan berkotak secara horizontal di bahagian kamera yang estetik. Di sebelah kanan terdapat butang suara manakala di bawah terdapat pula port USB-C, sebelah pula mengandungi slot SIM hibrid bagi membolehkan anda memilih antara kad SIM atau microSD. Ia datang dengan model 128GB bagi storan dan RAM 6GB. Lajunya memang berdesup dan boleh dikatakan pembunuh utama telefon lain di pasaran ditambah sambungan Internet menjadi lebih pantas menggunakan telefon ini. Terdapat set cip HiSilicon Kirin 970 yang hebat serta gabungan AI menjadikan fon sebenar yang sudah lama ditagih. Empat `core’ pada Cortex A73 2.36GHz dan empat core lain pada Cortex A53 (1.8GHz) beroperasi cemerlang. Kapasiti bateri 4000mAh menyamai model Mate 10 serta menyokong cas pantas 4.5V/5A yang mana anda boleh mendapatkan jumlah bateri hingga 35 peratus dalam masa 15 minit saja. Ia boleh pula digunakan selama setengah hari. Cukup baik terutama jika anda seorang yang sangat aktif. Antaramuka baru ini mudah guna dan boleh dikatakan bersih. Rekaan antaramuka agak kompak tapi kemasannya memudahkan penggunaan terutama dalam aktiviti harian. Ciri yang ditunggu, kerjasama dengan Leica memang menghasilkan kualiti cemerlang terutama pada foto pasca rakaman sehingga boleh mengakibatkan jenama `buah’ tewas jauh ke belakang. Sejumlah 13 senario baru untuk rakaman dan ia boleh mengesan jenis objek dirakam serta dipamerkan sesuatu yang sangat baik. Dwi ISP untuk pengurangan noise dan prestasi kamera pada pencahayaan rendah sangat membantu. Lensa Summilux-H dengan apertur f1.6; sau sensor RGB 12MP manakala satu lagi 20MP memberi definisi baru fotografi.  

The post Huawei Mate 10 Pro harga baru appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Sirin Labs Melancarkan Finney – Telefon Pintar Rantaian-Blok, Dwi-Skrin Dan Snapdragon 845

Julai 11, 2018 0

2018 dilihat adalah tahun di mana beberapa pengeluar memfokuskan penghasilan peranti dengan sistem rantaian-blok. Ini sejajar dengan trend kriptowang. Sistem rantaian-blok ini dikatakan, menawarkan sistem sekuriti dan privasi yang baik. Sirin Labs – iaitu syarikat yang berasas daripada Israel ini, dilihat hadir dengan Finney. Iaitu telefon pintar rantaian-blok dengan dwi skrin dan dijana dengan Snapdragon […]

1 74 75 76 77 78 98